Potong Gaji & Pencen Penjawat Awam!!!

Huh!..marah sungguh ni …

Apapun nanti dulu.

Naim bukan rekomenkan perkara ni. Tapi inilah situasi sebenar yang terjadi di Greece baru-baru ini. Kerajaan Greece mengambil pendekatan “POTONG GAJI & PENCEN” penjawat awam mereka bagi menampung masalah ekonomi yang dialami. ( Greek Civil Servants Strike Over Austerity )

Apa yang Greece alami? Greece menanggung lebihan hutang ( Bajet Defisit 12.7% dari GDP ) yang tidak dapat ditampung dengan aliran tunai mereka bagi menampung interest ( bunga lagi ) . Akhirnya kerajaan berpendapat jalan Fiskal ( tindakan kerajaan terhadap perbelanjaan dan percukaian negara ) sebegini perlu diambil.

The government has announced $2.75 billion in public spending cuts. It also aims to raise $6.87 billion more from new taxes and measures aimed at fighting tax evasion, which analysts said deprived the federal budget of $44.2 billion last year. It has frozen salaries, said it would increase the average retirement age among men and women by two years to 63 by 2015 and introduced a higher gasoline tax.

Memang kasihan. Greece, nak tak nak, memang kena kurangkan hutang. Greece ialah salah satu negara yang bernaung di bawah kesatuan eropah dan negara-negara tersebut menggunakan Euro sebagai matawang. Akibat hutang tersebut, kesan tidak lansung akan kena pada matawang Euro. Tak mustahil Greece bakal bankrupt dan muflis dek hutang tak terbayar. Sekarang, Greece digesa mengurangkan hutang nya dan pendekatan yang digunakan pula akan lebih mendesak kepada kegagalan ekonomi Greece sendiri. Dan sudah tentu sekali Greece akan terpaksa berhutang dari Kesatuan Eropah ataupun IMF. Justeru dari mana hutang tersebut diberikan ? melalui Quantitative Easing ( cipta wang)?

ermm….

Oh ya, adakah semua ini mempunyai kaitan kepada kita semua?

Cuba anda lihat dalam konteks negara kita pula. Naim agak kurang jelas dengan pendekatan kerajaan memperkenalkan GST ( Goods & Services Tax ) dalam menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan. Selain itu, gesaan pihak kerajaan untuk menaikkan harga minyak ( dah naik dulu sebab harga minyak setong cecah USD90 ) , ditambah kenaikan sedia ada gula. Dan nantikan lagi berita-berita terbaru dalam langkah-langkah untuk mengurangkan defisit kerajaan melalui “peras dan ugut” keringat rakyat.

Semua yang dilakukan hanyalah tidak lain dan tidak bukan akan memberi kesan kepada INFLASI dan inilah item yang dicari oleh pihak bank negara.

Begitu juga dengan keadaan selangkah ke depan oleh Greece dalam mendepani isu yang sama. Cuma di Malaysia, kerajaan lebih berhati budi untuk tidak memotong gaji penjawat awam mereka ( walaupun bonus xbanyak tahun lepas 🙂 ). Jika apa yang dilakukan oleh Greece bakal mengundang situasi lebih bahaya, maka kita turut akan terima tempiasnya kerana pendekatan yang digunakan dalam sistem ekonomi konvensional adalah sama. Semuanya berteraskan kadar bunga ( RIBA ).

INFLASI bermaksud lebihan wang. Bukan lagi kerana kenaikan harga barang. Tetapi kegagalan penciptaan wang atas angin yang akhirnya menjatuhkan nilai matawang tersebut. Kesan akhir ialah harga barangan terus meningkat seiring dengan kemerosotan nilai matawang. Alangkah ruginya hari ini kita berkerja membanting tulang 4 kerat dengan peluh sebaldi untuk beras seguni, tahun berikutnya kita terpaksa membanting tulang 8 kerat ( tulang isteri ) dengan peluh seisi guni untuk beras yang masih seguni.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Adakah masih mahu mengeluh Gaji tak cukup, kerajaan tak perihatin, ekonomi yang tak pernah pulih ( kalau pulih pun, harga barang tetap mahal ) ?

atau,

Kita memikirkan cara-cara alternatif untuk menampung kelemahan sistem ekonomi berteraskan riba ini?

Sama-sama lah kita menghitung diri menginsafi kelemahan diri. Berkerjalah umpama kita akan hidup 1000 tahun lamanya dan beribadahlah umpama kita akan mati sebentar lagi. Wslm

PS: naim fikir cara terbaik ialah mencari ilmu, mendampingi orang berilmu dan bertindak.

Comments

  1. Terkini : hutang Greece ialah 112% dari GDP menjadikannya negara yang paling besar hutang luaran.

  2. Saya bersetuju dengan cadangan potong gaji dan pencen penjawat awam kerana kerja tidak seberapa, gaji tiap bulan masuk, dan tidak produktif. Maka rakyat biasa dianggap kelas kedua, hanya dapat lebihan daripada apa yang telah disonglap oleh mereka.
    Justeru dengan nilai layanan yang buruk dan tidak cekap, wajiblah dipotong gaji kakitangan Malaysia ini.
    Penjawat awam lebey banyak berpolitik daripada berkerja. Mulut lebey banyak berkeja dari pada tangan dan kaki.
    Hal ini merupakan barah dalam negara, gaji tidak mengikut produktiviti.
    Walaupun tidak semua orang kerajaan bergitu, namun sistem dalam kerjaan itu menyebabkan orang yang tak nak ikut pun akan jadi bergitu.
    Jadi sistem perlu ditukar..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.