Semalam naim main sorang-sorang game Cashflow 101 gameboard tu. Lebih kurang jam 12.30 tgh malam. Hoho..macam orang gila pun ada. Saja-saja nak main sebab dah lama tak main game ni sejak 4 tahun yang lalu. Rupa-rupanya banyak yang naim dah tinggal dan terlupa. Alhamdulillah dapat buat sedikit revision. Naim main sehingga jam 3 pagi. Apa yang naim dapat semasa main semalam, naim perlukan 19 kali gaji bulanan untuk menamatkan pusingan dalam perangkap Rat Race. Maksudnya naim berjaya bina pendapatan pasif lebih besar dari perbelanjaan bulanan hanya setelah 19 bulan berlalu. Kalau dalam ‘Real Life” . 19 kali paycheck bersamaan lebih kurang 19 bulan. Gaji yang naim terima semasa dalam permainan ialah RM2000 dan perbelanjaan bulanan lebih kurang RM1320. Sepanjang permainan tu, naim lebih fokus pada kad ‘opportunity’ Small Deal je. Ye la, gaji sikit.
Apa yang naim dapat simpulkan ( pelajari ) dari permainan semalam :
- naim lebih banyak ambil langkah waspada. Oleh sebab gaji RM2k, dan paycheck sebanyak RM720 ( Active Income- Total Expenses ), naim lebih kepada ‘Small Deal” dan kurang mengambil risiko.
- hanya 1 rumah saja yang naim beli. Mujur dengan rumah tersebut lah, naim berjaya kumpul cash dan akhirnya dapat peluang untuk beli opportunity dari Big Deal card sekaligus berjaya keluar dari Rat Race
- Naim hanya mula membuat keputusan-keputusan besar kewangan selepas berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji ( RM6000 ) sebagai rizab peribadi.
Apapun memang best le game ni. Walaupun main sorang-sorang, ada sesuatu yang boleh naim ‘check & balance’ dalam diri terutama dalam hal-hal melibatkan kewangan.
Oppss… Oleh sebab bulan Februari 2010 hampir ke penghujung, naim ada buat sedikit ulasan untuk prestasi bulan semasa ( prestasi bulan lepas di sini ) . Baki bulan untuk tahun 2010 ini cuma tingal lagi 10 bulan sahaja lagi. Maksudnya cuma ada 10 bulan lagi tinggal untuk sesiapa yang telah tetapkan matlamat mereka dan ingin mencapainya. Mudah-mudahan apa yang naim buat ni dapat mengingatkan diri tentang matlamat setahun naim. InsyaAllah mungkin ini perkara remeh yang kita dapat lakukan, tapi jika menjadi rutin diri, naim pasti kaedah “pemantauan” macam ni boleh diaplikasikan dalam mencapai pelbagai matlamat. Mungkin untuk matlamat sederhana ( 3-5 tahun ), matlamat jangka panjang ( 10 tahun ) ataupun matlamat hidup ( seumur hidup ).
Berikut ialah apa yang naim dah buat dan tak buat:
Part Time Job :
- Adsense : 25% matlamat dicapai ( $300 sahaja ). 2 akaun baru adsense berjaya didaftarkan. Cuma perlukan 1 lagi akaun.
- YSM : tak terurus. Tiada perkembangan yang baik
- Produk : tiada produk percuma yang diterbitkan bulan ni. Kecewa sungguh. Produk sedia ada pun masih terbengkalai untuk diuruskan.
- Affiliate : hanya fokus 1 sahaja. Itu pun tak serius. Pendapatan affiliate jatuh merosot sebab tiada pembaharuan pada produk sedia ada. Hilang fokus untuk kemaskini buatkan diri rasa lemah untuk mempromosi produk orang lain.
- Pendapatan Sampingan : Terkurang RM550 untuk bulan 2 ni. Alhamdulillah ada sedikit perubahan.
Lain-lain :
- Kerja : 3 hari terkebelakang hampir lewat datang kerja.
- Bahasa Mandarin : Tiada kemajuan. Terhenti sekerat jalan
- Bahasa English : Macam tu je. Di Takuk lama. Adoii…bermasalah bila nak bercakap.
- Akhbar : Hanya baca MalaysiaKini sahaja setiap hari. Dah terlupa nak semak The Edge Malaysia
Saving :
- RM30 000 : Masih dalam pemantauan. Terlalu awal untuk cakap gagal..Hehehe. Kalau tak dapat kumpul cash banyak ni ( bg naim memang banyak ), terpaksa reduce ke matlamat backup le
Peluang-peluang Baru :
- Ebay : Alhamdulillah..Nampak macam eBay boleh jadi 1 lagi asset bernilai dalam kolum asset kunci kira-kira naim. Mudah-mudahan dapat jana income dari sini
- Stock : Baru mula belajar. Tiada apa yang nak dicakapkan
- Buku : Bulan ni dah beli 1 lagi buku. Conspiracy of The Rich. Bulan lepas gagal. Adoyai…InsyaAllah untuk bulan 3 kena ubah tune skit. Rasa kekurangan “isi” dalam diri. Ini kena cari dari “majlis-majlis” ilmu.
Baru perasan, rupa-rupanya ada beberapa matlamat yang naim tetapkan tak SMART. Tak realistik dan susah nak digapai sebab tiada aras penanda. InsyaAllah naim boleh lakukan sesuatu yang baik untuk bulan depan bagi matlamat-matlamat yang kabur. Anda bagaimana?
Leave a Reply