Untuk sesiapa yang sedang berfikir ingin membeli KIJANG EMAS ( syiling emas keluaran Malaysia ), naim ingin kongsikan 4 perkara yang selalu naim fikirkan sebelum membuat keputusan membeli syiling emas Kijang Emas.
Untuk pengetahuan semua, Kijang Emas ialah syiling emas yang dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. Bermula pada tahun 2001, syiling ini dikeluarkan dalam 3 saiz, iaitu 1 oz ( Nilai Muka RM200 ), 1/2 oz ( Nilai Muka RM100 ) dan 1/4 oz ( Nilai Muka RM50). Kijang emas ialah syiling yang cantik dan berharga. Naim memang sangat menggemari syiling emas ini. Gambar depan syiling kijang emas ini ialah gambar seekor kijang. Di muka sebaliknya pula ialah gambar bunga raya ( lambang bunga kebangsaan ).
Malaysia adalah negara ke 12 yang mengeluarkan syiling emas sendiri. Kijang emas ini adalah keluaran terhad dan diedarkan hanya oleh Maybank sahaja. Berkenaan ketulenan emas, syiling kijang emas mengandungi 999.9% ketulenan asli emas. Naim pernah membeli kijang emas bersaiz 1oz ( saiz yang paling besar ) dan kijang emas bersaiz 1/4 oz ( saiz terkecil ). OZ ialah singkatan bagi ounce dan dalam ukuran gram ialah 1 oz = 31.105 gram.
1 Troy OZ |
![]() |
Nilai Muka:RM200 Ketulenan Emas :99.99% |
1/2 Troy ounces | 1/4 Troy ounces |
![]() |
![]() |
Nilai Muka :RM100 Ketulenan Emas :99.99% |
Nilai Muka :RM50Ketulenan Emas :99.99% Berat Normal :7.780g UkurLilit :22.00mm |
Selain dari keunikan syiling emas ini, kijang emas mudah diterima oleh mana-mana institusi kewangan yang menawarkan sistem pajak gadai apatah lagi pengusaha-pengusaha emas kecil-kecilan. Mudah kata, ini syiling emas negara. Memiliki syiling emas ini umpama memiliki sebahagian kecil emas negara.
Untuk memudahkan pembacaan, naim telah pecahkan artikel ini kepada 5 artikel ( termasuk artikel ini ). Pada artikel-artikel yang seterusnya, naim akan kupaskan setiap tips membeli kijang emas. Berikut ialah pautan link kepada 4 tips membeli kijang emas :
- Beli sewaktu berduit & harga emas murah
- Memantau harga kijang emas
- Beli hanya dari yang dipercayai
- Kos belian dan risiko keselamatan
Sila klik setiap pautan untuk membaca huraian penuh tentangnya. 🙂 Nak tulis semua disini, risau panjang dan meleret-leret. Jadi naim taknak menulis untuk buku teks sekolah. Mudah-mudahan dengan pecahan ini nanti akan lebih memudahkan capaian pembaca dan mendapat gambaran penuh awal tentang apa yang ingin naim kongsikan.
PS: artikel akan dimasukkan secara berperingkat.
Bro,nape link Beli hanya dari yang dipercayai,Kos belian dan risiko keselamatan tak boloe buka
apa itu nilai muka?
artikel tak terkemas kini 🙂
Nilai muka :Nilai yang tertera pada syiling tersebut
hi,
saya nak tanya, is it a good time to buy gold now? tolong reply 🙂
Yup…membeli emas untuk jangkamasa panjang memang tepat pada bila2 masa saja. Tapi jika untuk untung jangkamasa singkat, perlu sedikit kajian
askum..sahabat tanya sikit…sekarang saya ada Rm100k..macamana nak menjana duit tu?bulan2 potong bnk 1000..pening juga…nak beli emas takut emas jatuh harga.kena tipu…minta nasihat sikit..
wslm….duit tu bnyak…susah nak jana rm1000 sebulan dr emas…klu saya ada duit byk tu, saya akan simpan dn amek sebahagian buat modal niaga sendiri yg kecik2 mcm biz online atau guna utk yuran kursus ilmu2 lain yg blh buat duit
askum sahabat…sekarang sy ada rm100k…pinjam bank..mau tanya nak jana pendapatan?perasaan takut adajuga nak beli emas ini!takut rugi..takut kena tipu…minta nasihat sikit..bulan2 kena bayar bank 1000 lebih..tq
salam.. sy student degree in finance.. sy mcm berminat nk buat thesis berkenaan kijang emas ni.. tp mcm susah je nk cari info pasal kijang emas ni.. klu x keberatan, blh share info pasal ni x? – tq-
hashim abd rahman
boleh hubungi sy, gold supplier, 017 7600205
or, add friends di facebook sy , Haqeem Shams
tq..
naim..
ad jual syiling emas tak??
kalau ad email saya lutfi_fender@yahoo.com
Wslm..dah xde stok
salam encik..sy nk bertanya apa perbezaan benefit antara menyimpan dlm buku akaun simpanan emas dengn membeli emas kijang?
bezanya akaun simpanan ni takde emas depan mata.
Salam saudagar emas.
Adakah kijang emas diterima pajak di Arrahnu bank rakyat dan agro bank?
TQ
wslm..maaf..dulu ya..sekarang saya tak pasti
hmm..best topic ni..i bru nak ternak..hehe
hmm..best topik ni