Tips Kijang Emas :Memantau Harga Kijang Emas

Alhamdulillah…Malam ini masih ada lagi daya kekuatan untuk menulis sesuatu yang boleh dikongsi bersama dengan orang lain. Mata dah layu, badan pun agak letih..Tapi sayang pula kalau masuk tidur awal 🙂 Umur masih muda,kata orang…Lagipun masih ‘single”…hehe

Ok..Apabila bercakap tentang Kijang Emas, soalan lazim yang tak lekang dek hujan di bibir ialah berkenaan harga kijang emas itu sendiri. Di sini naim akan ceritakan perihal perbezaan harga kijang emas dan sedikit perbandingan antara kijang emas dan syiling emas di UOB bank.

Pertama sekali, kita harus faham bahawa semakin banyak gram emas digunakan untuk membentuk syiling emas, semakin mahal syiling tersebut. 1 oz kijang emas lebih mahal berbanding 1/2 oz dan 1/4 oz kijang emas secara nyata. Namun ,jika dibuat pengiraan lebih terperinci, naim yakin kita akan dapati semakin besar saiz syiling tersebut ( 1oz kijang emas ), semakin murah harga nya per gram.

Di bawah naim tunjukkan contoh pengiraan. Data diambil dari harga semasa Kijang emas dari web BNM ( Bank Negara Malaysia )

SAIZ GRAM HARGA
(RM)
1
GRAM (RM)
1
oz
31.105 4070 130.8471307
1/2
oz
15.5525 2073 133.2904678
1/4
oz
7.77625 1056 135.7981032

Dari jadual di atas, harga 1 oz kijang emas paling mahal iaitu RM4070. Memang la mahal sebab 31.105 gram emas digunakan untuk membentuk syiling emas tersebut. Namun, jika dikira harga bagi setiap gram emas, harga emas untuk 1oz kijang emas lebih murah berbanding 1/2 oz dan 1/4 oz kijang emas. Harga emas per gram ialah RM130.85 sahaja.

Lihat. Inilah kriteria pertama yang akan naim fikirkan sebelum membuat pembelian syiling emas. Harga emas per gram ini perlu dibuat perbandingan dengan syiling emas lain seperti syiling-syiling emas dari UOB Bank. Di situ la naim akan pertimbangkan mana satu harga emas yang lebih murah.

Oh ya! Kalau anda ingin tahu, naim berpendapat syiling emas di UOB bank lebih murah berbanding Kijang Emas di Maybank. Selain dari syiling yang cantik dan unik, syiling-syiling emas di UOB bank adalah syiling emas Global yang dikenali ramai. Selalunya naim akan buat sedikit kira-kira bagi membezakan harga emas per gram bagi setiap syiling emas yang dijual. Yang pasti Syiling Emas di UOB lebih murah dari Kijang Emas dan jauh lebih murah dari emas-emas bar Public Gold. Kalau tak percaya, buatlah sendiri kira-kira. Bahagikan harga jualan emas tersebut dengan gram bagi emas tersebut. Nescaya anda akan dapat jawapannya.

Mudah bukan? 🙂

Ingat pada tips pertama, belilah kijang emas ketika anda mempunyai duit lebihan. Tak perlu memaksa diri. Kebiasaannya naim akan cuba membeli Syiling Emas di UOB bank kerana boleh dibeli dalam pelbagai saiz yang agak bersesuaian dengan gaji yang naim terima. 30% simpanan setiap bulan daripada gaji boleh diagihkan lagi . Pecahannya sebanyak 50% dari simpanan boleh digunakan untuk membeli sekeping syiling emas. Sekeping syiling emas yang bersaiz kecil di UOB bank ialah saiz 1/20 oz…Lebih kurang 1.5gram sahaja.

Apa tunggu lagi! Mari kita sama-sama mulakan simpanan emas secara kecil-kecilan. Inilah cara paling mudah untuk melindungi simpanan kekayaan dari dimamah HYPERINFLASI tak lama lagi .

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.