Orang kampung naim sebut “Money Is Evil” 🙂
Artikel ini hasil dari bacaan naim dari buku “Rich Dad’s Conspiracy of The Rich” dan ditulis berdasarkan pemahaman keseluruhan bagi pengenalan buku tersebut. Kiranya naim menulis semula apa yang naim faham dan ringkaskan dalam artikel ini supaya mudah untuk dibuat rujukan pada masa depan. Dulu, malas nak menulis 🙂 Sekarang terpaksalah rajin-rajinkan diri. Kalau tak, susah nak melekat dalam ingatan.
Wang Punca Kejahatan
wang = punca kejahatan
punca kejahatan = syaitan
wang = syaitan
orang yang ada wang = orang itu kawan syaitan
Benarkah persamaan yang naim catitkan di atas? Kalau benar, kenapa kejahatan wujud di zaman manusia belum mengenal wang? Jika salah, kenapa masih dikatakan wang adalah punca kejahatan?
Persoalan ini memang sukar untuk dirungkaikan. Walaubagaimanapun, wang digunakan menyeluruh pada zaman sekarang. Tak kira orang tersebut ustaz ataupun penyangak, cendekiawan atau bodohsana, yang tua mahupun yang muda, yang kaya raya bahkan yang mengemis ditepi jalan raya, semuanya menggunakan wang. Kelemahan manusia untuk mengawal diri, mempersiapkan diri dengan ilmu adalah punca kenapa wang tersebut punca kepada kejahatan. Ini naim percaya. Ada sesetengah orang berfikir, dengan wang mereka mampu beli apa saja. Yang salah dan jahat disini ialah fikiran mereka. Bukan wang. Begitu juga ada yang berfikiran dengan wang ,mereka mampu membantu orang-orang yang tidak berdaya. Walauapapun, sebenarnya orang yang berharta ini lebih besar tanggungjawab berbanding dengan yang kurang berkemampuan. Persoalannya mampukah “mereka” menjalankan tanggungjawab dengan sempurna?
Perubahan Peraturan Wang
Apa itu peraturan wang ? Bagi naim, wang adalah medium pertukaran. Digunakan dalam setiap proses jual beli. Wujudnya wang mengantikan kelemahan sistem Barter. Namun, adakah wang yang kita gunakan hari ini masih wang yang betul? Wang yang boleh digunakan untuk membeli barangan tanpa ada penipuan. Hari ini, apa yang kita katakan wang digunakan secara meluas bahkan diniagakan (forex) atas tujuan keuntungan. Bagaimana wang yang kita kenal sebagai alat pertukaran kini boleh pula digunakan untuk diniagakan dengan wang yang lain. Bahkan tanpa perlu risau, bank-bank menggunakan keupayaan penciptaan kredit mencipta wang atas angin berasaskan kepercayaan masyarakat terhadapnya. Adakah wang boleh dicipta? Jika boleh, kenapa masyarakat perlu berkerja untuk mendapatkan wang? Kenapa masyarakat tidak mempunyai keupayaan mencipta kredit seperti pihak bank?
Segala-galanya menjadi teruk setelah ikatan wang – emas dileraikan pada tahun 1971 oleh Presiden Amerika ketikat itu ( Richard Nixon). Bermula dari saat tersebut, wang bukan wang sebaliknya wang adalah hutang. Wang yang wujud hari ini ialah alat hutang yang diyakini masyarakat ( pembayar hutang ). Lazimnya pembayar hutang akan membayar hutang tersebut. Tapi….Bagaimana hutang tersebut dibayar hari ini? Adakah hutang tersebut dibayar dengan hutang? Ini yang naim hairankan. Bagaimana kerajaan yang sudah hampir tiada wang boleh membuat perbelanjaan besar untuk membayar hutang? Kalau benar hutang tersebut dibayar dengan hutang, bagaimana masalah ekonomi dunia dapat diselesaikan. Bahkan hari ini, sistem kewangan begitu rumit dan setiap hari penyelesaian yang diambil semakin merumitkan keadaan.
Sebagai contoh, inflasi. Wang yang sebenar tidak susut nilai tetapi kenapa hari ini wang boleh susut nilai ( inflasi ). Ini lagi pelik. Lain tak bukan, kerana wang yang ada hari ini wang atas angin yang dicipta secara sah dan berasaskan jaminan kerajaan. Sebab itu jika kerajaan goyah, matawang yang dipegang turut goyah dan tiada nilai. Contoh mudah ialah negara-negara yang bergolak dan berperang. Dulu, tanah air kita juga mengalami masalah sama . Masalah duit pisang.
Salah sebuah buku yang menceritakan tentang rompakan besar dan konspirasi yang wujud ialah buku Dr R. Buckminster Fuller yang bertajuk ” Grunch of Giants”. Hari ini, perompak sejati tak perlukan senapang ataupun topeng. Mereka boleh jadi lepasan ijazah, golongan berkolar biru, yang merompak bank dari dalam. Apa yang mereka lakukan ialah merompak hasil tanaman, penat lelah peniaga melalui penciptaan wang atas angin. Ermmmm…sadis
Wujudkah Konspirasi?
Justeru, wujudkah konspirasi seperti yang dicanangkan? Kenapa golongan yang “kaya” menyuruh masyarakat menyimpan duit di bank, melabur dalam aset mereka, membeli mutual fund dan lain-lain yang berkaitan dengan “mereka” ini? Kenapa? Adakah golongan kapitalis sudah insaf dan benar-benar mahu membantu golongan susah atau ada udang disebalik batu?
Kenapa sistem pendidikan hari ini masih berlegar dalam usaha melahirkan pekerja yang kompetitif dan bersesuaian dengan industri? Kenapa tidak hasilkan lebih golongan yang berdikari? Kenapa? Kerana konspirasi? Banyak betul soalan naim. Sebenarnya lebih mudah naim menulis dalam bentuk soalan. Sebab jawapannya bergantung kepada fikiran masing-masing.
Peraturan Lama vs Peraturan Baru
Oleh kerana wang hari ini bukan lagi wang, peraturan lama wang sudah digantikan dengan peraturan yang baru. Namun masih ramai yang memegang peraturan lama wang. Rata-rata adalah dari mereka yang masih dalam perangkap wang. Macam naim 🙂 . Sebagai contoh, orang kata simpan lah wang. Sebaliknya nasihat Robert ialah belanjakan wang tersebut dalam mana-mana aset yang menjanjikan “cashflow”. Ia boleh jadi dalam pegangan saham yang memberikan dividen, atau hartanah yang menjanjikan sewa mahupun perniagaan yang memberikan keutungan.
Namun, perbelanjaan tersebut menuntut “financial IQ” dan kemahiran yang tinggi. Itulah sebab kenapa masyarakat hari ini masih terperangkap dalam perangkap “hutang itu jahat”.
Kesimpulan
Apa yang naim tulis ini berdasarkan kefahaman dari buku yang naim baca. Sebenarnya kita tak perlu terpengaruh 100% dengan apa yang kita baca, dengar, tonton. Yang penting, kita fikir dan serapkan mana-mana idea yang bersesuaian dan tidak merugikan diri kita. Naim pun tak percaya dengan apa yang penulis coretkan..Hahahaha… Walaubagaimanapun. ada juga intipati yang boleh kita ambil sebagai pelajaran. Tak gitu 😉
ps : Alhamdulillah, naim berjaya ringkaskan 1 topik pengenalan hari ini. Esok belum pasti 🙂
Leave a Reply