Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan usia untuk sampai ke hujung bulan ketiga dalam tahun 2010 dan pertengahan RabiulAkhir 1431H. Apa yang patut naim buat, naim dah lakukan. Apa yang tak patut pun, naim dah lakukan juga. Secara keseluruhannya, Naim banyak tumpukan usaha-usaha dalam menambah baik isi kandungan dan penyampaian produk online sedia ada iaitu PanduanVCC.com. Hampir separuh bulan March telah naim gunakan untuk menghasilkan satu report khas dan percuma untuk pelanggan sedia ada. Kiranya dah 2 panduan percuma berjaya dihasilkan untuk tahun ini. InsyaAllah, bakl menyusul satu lagi panduan percuma. Topiknya , belum difikirkan 🙂
Dalam bulan 3 ni, ada yang mengecewakan dan ada yang memotivasikan. Perkara yang paling dukacita ialah apabila salah satu akaun Adsense yang diuruskan Naim telah di’Banned” oleh Google. Hahaha…Nak buat macammana, dah nasib badan. Bulan ini adalah bulan terakhir Naim fokus untuk Google Adsense. Matlamat tahunan untuk mencapai USD$1500/sebulan masih jauh ketinggalan. Takpe le..Dah berusaha..
Walaubagaimanapun, ada hal-hal lain yang lebih mengembirakan. Antaranya “refund” duit dari belian barang di ebay berjaya dikreditkan semula ke dalam akaun Naim. Kira-kira RM700 semuanya. Naim juga berjaya menghabiskan 2 bahan bacaan untuk bulan ini ( Rich Dad’s Conspiracy of The Rich dan Hartanah Lelong ). Kira berjaya jugak le bulan ni ..hehehe 🙂 Apa yang penting bulan 3 lebih baik dari bulan 1 dan bulan 2.
Ringkasan March 2010
- Saving 20.5% dari matlamat tahunan
- Pendapatan tambahan (23% keseluruhan ):
- Adsense 64% dari sasaran.
- EBook 51% dari sasaran
- eBay, affiliate dan cpa masih belum memberikan sebarang hasil.
- Input tambahan untuk perkembangan diri:
- Mandarin 0% … Hehehe Gagal terus kiok
- English 0% …har har har…Tak belajar dan takde inisiatif untuk membantu diri.
- Buku 200% ..Pencapaian melampau. Keh keh 🙂 Alhamdulillah, bulan 4 yang akan datang, target nak mengulang semula bacaan bulan 3 dan tambah 1 bacan baru untuk bulan 4
- Akhbar ( no comment ) Tak tau macammana nak track KPI diri
- alQuran … 0% .. Perkembangan tak sihat. Baru perasan, takde input ruhaniah dalam visi kali ini. Apa nak jadi naim ni…alahai…
- 1 Ebook percuma siap dilancarkan ( Laporan Khas Facebook Ads Coupon 2010 )
Itu saja rasanya. Cuma untuk bulan 4 ni, naim nak fokus pada Affiliate dan eBay. Adsense masih diteruskan pada tahap normal sahaja. Manakala untuk perkembangan diri, naim perlu rancang untuk bina KPI sendiri supaya mudah untuk “check & balance”. Itu yang patut Naim buat sebelum ni tapi baru perasan.
Ps: Selamat berjuang untuk bulan seterusnya 🙂
Speak Your Mind