Dokumentasi ?
Litigasi?
Air liur basi? Hehehe… Sekadar berjenaka. Sebenarnya Naim baru saja berjaya menamatkan sesi kursus 2 hari dalam dokumentasi dan litigasi dalam Perbankan Islam hari ini. Opss…Nampak macam kursus yang berat, tetapi taklah seberat apa yang dibincangkan. Ia lebih kepada pengenalan. Mana mungkin topik sebegini mampu di’cover” ( rosak bahasa ) dalam tempoh 18 jam sahaja ( waktu kerja ). Apapun, memang seronok dan puas hati. Hampir keseluruhan topik perbincangan adalah berkisar dan berkaitan dengan proses undang-undang.. 🙂 Subjek yang Naim kurang minat sewaktu di universiti dulu…
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Oh ya, bab-bab dokumentasi ini juga sebenarnya disentuh dalam al-Quran. Mungkin ramai yang tidak sedar. Tapi hakikatnya memang ada. Subhanallah.. Cuba cek surah alBaqarah ayat 282. Perihal mendokumentasikan kontrak/perjanjian untuk transaksi (muamalat) yang berlaku dalam tempoh yang tidak serentak ( jual beli dalam tempoh tertentu ..bukan secara lansung )
Setiap proses dokumentasi produk kewangan Islam secara mutlaknya berbeza dengan perbankan konvensional. Perbezaan ketara boleh dilihat melalui konsep produk tersebut. Perbankan konvensional berasaskan aktiviti “lending money” dan ia mempunyai kaitan dengan “interest”. Secara total ia dilarang dalam Islam. Manakala perbankan Islam dijalankan berasaskan aktiviti “trading” (jual beli ) dan ia mempunyai kaitan dengan keuntungan ( profit ). Jadi, perbezaan inilah yang melakar perbezaan utama bagi keseluruhan perjalanan dan proses dokumentasi dalam setiap produk kewangan yang digunakan. Sebagai contoh, pinjaman perumahan ( konvensional ) menyediakan kemudahan kepada peminjam untuk mendapatkan wang untuk memiliki rumah. Semestinya aktiviti meminjam ini memerlukan sesuatu ganjaran dari pihak peminjam kepada yang memberi pinjaman ( pihak bank ). Masakan pemberi pinjaman tak mengharapkan apa-apa dari pinjaman yang diberikan. Di sini lah wujudnya kadar bunga di mana ia memastikan wujudnya jaminan dan keuntungan kepada pihak pemberi pinjaman. Akan tetapi, dalam perbankan Islam, pembiayaan perumahan bukan sekadar berbeza dari ‘perkataan’ yang digunakan. Bahkan ia menggambarkan apa proses yang sepatutnya berlaku. Pembiayaan di sini tidak lain dan tidak bukan berlaku melalui proses jual beli rumah. Pihak bank akan membeli rumah dari pihak pengguna ( Perjanjian Pembelian Aset (APA)) dan akhirnya menjual kembali pada harga jualan yang dipersetujui kepada pengguna tersebut ( Perjanjian Penjualan Aset (ASA)).
Secara rambang, proses ini seakan sama dengan apa yang dilakukan dalam perbankan konvensional. Namun, ia sebenarnya jelas berbeza. Dari segi dokumentasi, perbankan konvensional hanya memerlukan 1 dokumen asas sahaja iaitu SPA ( Sale Purchase Agreement ) sedangkan perbankan Islam mempunyai dua dokumen asas iaitu ASA & APA.
Kalau ikutkan minda yang cetek, memang kelakar lah apa yang berlaku dalam proses di atas. Ia seakan “permainan bank” di mana customer yang sudah memiliki rumah pada awalnya ( benefecial right) menjual dan membeli semula dari pihak bank dengan harga yang lebih tinggi ( melalui konsep ‘deffered payment’) dalam masa 1 hari sahaja. Apa bezanya sehingga harga jualan aset tersebut menjadi begitu tinggi? Sedangkan pinjaman konvensional menuntut peminjam membayar pada harga + kadar bunga.
Jadi, sedikit sebanyak naim berjaya kumpulkan beberapa persoalan yang timbul berkaitan dengan produk pembiayaan rumah melalui konsep BBA ini iaitu :
- Kenapa harga jualan terlalu tinggi dalam BBA sedangkan proses jual dan beli berlaku dalam masa yang serentak. Bank membeli aset dari customer dan menjual kembali dengan harga yang lebih tinggi? Kenapa? Adakah kerana pembayaran tersebut dilakukan secara tertangguh dan pihak bank boleh membuat keuntungan melalui penangguhan tersebut – ( money depreciation atau value appreciation )
- Konsep ibra ( rebate) digunapakai sekiranya pelanggan berjaya membuat pembayaran penuh lebih awal dari tempoh pembiayaan. Ia seolah-olah ganjaran ataupun diskaun yang diberikan pihak bank kepada pengguna. Masalahnya, jika berlaku ‘default” , pelanggan harus membayar penuh aset tersebut pada harga jualan. Dan Ibra tidak lagi boleh diaplikasikan dalam hal ini. Sudah tentu ia membebankan pelanggan kerana mereka perlu membayar harga yang lebih tinggi dari prinsipal. Hurm…
- Harga jualan tidak boleh diubah setelah ditetapkan. Itu prinsip. Jika wujud ‘rescheduling’, bagaimana proses dijalankan? Ia sudah tentu berbeza dengan konsep perbankan konvensional. Adakah wujud alternatif selain minor BBA atau Bai al Inah dalam proses ‘rescheduling’ ini? Bukankah harga jualan dalam perbankan Islam selalunya berdasarkan “ceiling price’ dan kenapa tak digunakan saja keuntungan tersebut untuk membantu pelanggan membuat pembayaran berkala yang bersesuaian dengan kemampuan semasa pelanggan?
Persoalan ini timbul untuk produk kewangan yang berasaskan konsep BBA. Konsep lain, tak tahu lah naim. Bukan mudah seperti yang disangkakan.
Apapun, Naim sangat hargai apa yang disampaikan dalam kursus 2 hari ni. Memang sangat bernilai. Lagipun ia datang dari seorang banker yang juga seorang lawyer. “Real life experience”. Serba sedikit menambah ilmu baru dalam dunia perbankan dan juga konsep-konsep sedia ada dalam perbankan Islam
Ps: Dengar khabar, Konsep BBA untuk pembiayaan perumahan akan ditukarkan tak lama lagi dengan konsep musyarakah /mutanakisah. Apa kelebihannya ?
PPs: Persoalan di atas timbul sebab MALU nak bertanya semasa sesi kursus berlansung…hahaha..Aparaaa naim ni..
Speak Your Mind