Alhamdulillah, masih lagi hidup untuk menulis ringkasan April 2010
. Semakin lama, semakin hampir penghujung tahun 2010. Lagipun sekarang dah pertengahan bulan JamadilAwal. Dah nak dekat puasa. Sekejap saja masa berlalu. Tak sedar pun.
Sepanjang 30 hari di bulan April ni, banyak perkara yang tak ditulis. Barangkali sebab seronok balik kampung . Bukan senang nak balik kampung ni. Mujahadah kena tinggi. Hehe… Nak tinggalkan internet ( isteri nombor 2 ), memang mencabar. Tapi, bak kata orang, hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Semacam satu semangat baru tersuntik dalam diri. Keh keh keh…
Bulan lepas, naim bertekad untuk fokus usaha mencari pendapatan sampingan dari eBay. Hasilnya memuaskan Satu pengalaman baru menjadi ebayer dan bermain ebay. Bukan senang nak senang. Tapi tak juga susah untuk terus kekal susah. Semuanya bergantung kepada usaha. Untuk affiliate, terkejang seketika. Mungkin bulan Mei ialah bulan yang baik untuk fokus pada Affiliate. Lagipun ‘Personal KPI’ ( Kunci Petunjuk Prestasi Peribadi ) dah siap. Bulan April kiranya bulan untuk simulasi bagi jadual baru diri.
Nampaknya bulan Mei bakal menyaksikan perubahan yang lebih baik dari sebelumnya. 😉
Ringkasan April 2010
- Saving 25% dari matlamat tahunan. Meningkat 5% dari bulan sebelumnya
- Pendapatan tambahan (13.4% keseluruhan ). Terjun tiruk :
- Adsense 41.2% dari sasaran (jatuh).
- EBook 26% dari sasaran (jatuh)
- eBay, affiliate dan cpa masih belum memberikan sebarang hasil.
- Input tambahan untuk perkembangan diri:
- Mandarin 0% … Hehehe . Masih tiada usaha.
- English 20% …har har har…Ini ‘percentage’ tipu-tipu sebab ukuran sebenar belum siap sepenuhnya. Bulan depan, KPI akan menentukannya.
- Buku 100% ..Pencapaian normal. Menepati sasaran untuk 1 buku 1 bulan. Tapi rasa kurang best pula sebab bukan edisi bahasa mudah dihabiskan berbanding lain-lain bahasa. InsyaAllah bulan seterusnya nak baca 1 lagi buku baru + ulangan buku lama ( bulan 4 punya )
- Akhbar ( 50% ) Ini pun ‘percentage’ tipu-tipu..Anyway it’s better than previous.
- alQuran … 92% .. Alhamdulillah…Sehari 3 ayat alquran untuk hafazan. Hampir berjaya. Tambahan ada sedikit kemajuan dalam pengisian ruhaniah untuk bulan April ni. InsyaAllah, usaha menaiktaraf iman akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Amiiiinnn
Jadi…
Untuk Bulan Mei ni, sasaran naim selain menambah baik pengisian diri ialah :
- menghasilkan 1 ebook percuma lagi
- menjalankan kempen pengiklanan online untuk 1 affiliate tempatan
- mendapatkan 1 akaun adsense tambahan bagi pihak xxxxx
- …………dalam berfikir…………….
Cukup setakat ini. 🙂 Sungguhpun perjalanan masih panjang, tak semestinya memberikan kita alasan untuk terus menerus bermalas-malasan. Selagi masih hidup, selagi itu proses pembeljaran hidup berjalan. Maka rugilah orang-orang yang tidak mahu belajar dari pelajaran kehidupan . Semalam untuk dijadikan iktibar, hari ini untuk dijadikan kenyataan, dan esok adalah satu impian.
[…] lari fokus. Baru tersedar akhirnya. Ini impian bulan lepas. Naim cedok dan tampalkan disini. Untuk Bulan Mei ni, sasaran naim selain menambah baik pengisian diri ialah […]