UpGrade Wimax Home Plus RM99!!!

Gambar ini tiada kaitan dengan artikel ini. Sekadar hiasan semata-mata

Yesss!!!!… Sebenarnya sudah lama naim berniat untuk menulis tentang hal ni dalam blog. Tetapi, terbantut buat sementara waktu dek ‘kemalasan’ tahap dewa. Fuhhh…

Ok…Selama ini naim pernah menggunakan 3 servis broadband untuk kegunaan internet di rumah. Bermula dari Maxis Broadband, Celcom Broadband dan kini P1 WiMAX. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Ada yang pahit susah nak telan. Ada juga yang manis dalam kenangan. Namun, itu baru 3 servis yang pernah naim gunakan. Pengalaman kita sebagai penguna berbeza-beza.

Kepada yang membaca catitan ini dan masih belum melanggan talian internet, mari naim kongsikan sedikit pengalaman sejak hampir 4 tahun sebagai pengguna broadband tempatan :

  1. Maxis Broadband : Pakej yang naim langgan ialah RM68 sebulan. Tak ingat berapa speed yang ditawarkan tapi kebiasaannya download speed dalam julat 60-70kbps. Boleh tahan la. Dengan modem setebal 2 buku bersaiz sederhana, talian Maxis memang cemerlang di area kotaraya KL. Senang. Tetapi, masalah yang selalu naim hadapi ialah ketidakstabilan talian. Selalunya, talian akan terputus tiba-tiba. Itu yang leceh terutama kalau sedang memuat turun sesuatu dari internet ( orang kampung naim sebut ‘download’ ). Fuhhh..Mahu bengkak limpa dibuatnya. Naim guna servis ini selama 2 tahun dan lebih.
  2. Celcom Broadband : Ini servis broadband yang paling menghampakan. Naim guna cuma tidak lebih dari 4 bulan. Pakej RM68 yang ditawarkan berasingan dengan modem ( modem usb tu ). Modem kena beli sendiri. Masa tu cuma RM290 rasanya. Opsss…bukan cuma tapi waargggghhh…terbang RM290.. Dalam minggu-minggu terawal, memang best Celcom Broadband ni. Tetapi, akhirnya hanya tuhan yang maha tahu betapa seksanya menggunakan servis broadband celcom di kawasan naim ni. Fuuuuhhh.. Sudah le lembat, tak stabil pula. Asyik ‘disconnect’ semasa melayari internet. Letih menunggu ‘loading’ lebih menyeksakan.
  3. P1 WiMax : Ini pakej yang baru naim gunakan. Lebih dari 1 tahun dah. Akhirnya naim buat keputusan untuk ‘upgrade’ pakej dari RM49 ke RM99. Kenapa? Hehehehe…Senang nak ‘muat turun’ movie-movie panas… ( panas dalam ertikata yang murni ye ). Sehingga kini, naim berpuas hati dengan servis yang diberikan walaupun modem gedabak ni sangat mengujakan.

Internet yang laju penting untuk mengurangkan ‘tekanan’ kerja . :) Tak percaya? Cuba tanya penagih-penagih internet ni. Apa perasaan mereka berdepan dengan internet berkelajuan 20kbps pada waktu malam. Argghhhh….tension tahap gaban…

Comments

  1. P1 Wimax pun pakai line TM gak..huhu

  2. ye ke? owhh…nice info

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.