Sekejap tadi naim baru selesai bayar saman. Sudah menjadi kebiasaan, malas nak ke balai polis. Jadi naim ambil keputusan untuk cuba membayar saman secara online. Mulanya naim fikir servis tu belum ada & wujud. Hehehe..Rupa-rupanya canggih juga sistem pihak berkuasa kita ni. Tak kisah la walaupun sistem itu di’outsource’ kepada pihak ketiga. Apa yang penting ialah kecekapan pengurusan pasti akan bertambah dengan sistem-sistem canggih ni. Akhirnya naim berjaya selesaikan 2 saman lalulintas dengan pihak PDRM sebentar tadi.
MyEG : Portal Serbaguna Kerajaan
Ini lah portal online yang naim maksudkan. Setakat ini, naim dah gunakan 2 servis yang ditawarkan pihak mereka. Terdahulu, naim gunakan servis mereka untuk memperbaharui lesen memandu. Lebih menjimatkan masa dan tenaga. Bukankah ia lebih efektif?
Untuk menggunakan servis ini, ppengguna seharusnya mendaftar terlebih dahulu. Cuba cari bahagian pendaftaran baru disebelah kanan portal tersebut. Kalau tak ada, cuba cari di bahagian kiri. Ia mudah saja. Selepas itu pengguna akan diminta untuk mengisikan butiran penting diri untuk kegunaan pendaftaran. Opsss… terlupa nak bagi pesanan, jangan sesekali mudah memberikan maklumat diri kepada pihak-pihak tertentu. Hanya pihak yang dipercayai sahaja.
Selepas pendaftaran selesai,kebiasaannya portal sebegini akan menghantar satu notifikasi terus ke email pengguna untuk butiran pengesahan. Sebagai pengguna yang ‘original’, link pengesahan tersebut boleh dilihat dari dalam email yang dihantar. Selesai pengesahan, pengguna tersebut sudah boleh mengunnakan servis-servis yang ditawarkan. Mudah bukan?
Dengan kemudahan yang disediakan, sepatutnya kadar kutipan saman dinegara kita patutnya boleh ditingkatkan. Tiada alasan untuk mereka yang bersalah melengah-lengahkan bayaran saman. Apapun lebih baik kalau kita dapat elakkan salah tersebut..
Leave a Reply