Prestasi May 2010

Sekali lagi berjaya mengharungi bulan May 2010. Banyak yang telah berlaku. Mudah-mudahan lebih banyak peningkatan dan kemajuan berbanding bulan-bulan sebelumnya. Apapun, segala-galanya mesti selaras dengan matlamat jangka panjang ( 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 30 tahun ).

Apabila menyemak kembali impian bulan lepas, ternyata satu pun tak lepas. Kenapa? sebab lari fokus. Baru tersedar akhirnya. Ini impian bulan lepas. Naim cedok dan tampalkan disini.

Untuk Bulan Mei ni, sasaran naim selain menambah baik pengisian diri ialah :

  • menghasilkan 1 ebook percuma lagi
  • menjalankan kempen pengiklanan online untuk 1 affiliate tempatan
  • mendapatkan 1 akaun adsense tambahan bagi pihak xxxxx

Photobucket

Ebook percuma, tak ada. Kempen pengiklanan pun tak ada. Akaun adsense, dah mencuba tapi tak berjaya.

Jadi, untuk bulan 6 ini, tiada matlamat baru melainkan melaksanakan kembali apa yang gagal dicapai bulan sebelumnya.

KPI Peribadi

KPI ( Key Performance Indicator ) adalah satu alatan kawalan yang naim gunakan untuk diri sendiri memantau prestasi semasa diri. Naim anggap ia sebagai jadual diri untuk mencapai matlamat jangkamasa setahun. Secara peribadinya, KPI tersebut masih kurang sesuai dengan diri. Terlalu ketat. Jadi, naim sedang memperbaiki untuk menjadikan KPI lebih fleksible kepada diri. Kira-kira hanya 40% purata prestasi semasa yang naim capai. Kurang memberansangkan. InsyaAllah bulan 6 ini, ada kerja keras yang perlu naim lakukan.

Buku : Jutawan Hartanah oleh Azizi Ali

Sudah terlintas niat dihati untuk menulis serba sedikit ringkasan bahan bacaan setiap bulan. Malangnya, ia cuma niat. Hasrat tanpa tindakan. Hasilnya :) . Walaubagaimanapun, naim berjaya khatamkan apa yang terkandung dalam buku tersebut. InsyaAllah bulan ni, naim nak cuba praktikkan. Lokasi hartanah yang sesuai dah jumpa. Kebetulan ada penjual pula. :) Apapun, survey yang disarankan belum dilakukan. Kena banyak bersabar.

Kerohanian

Dari sudut pembangunan diri terutama aspek ruhaniah, alhamdulillah ada sedikit amal yang bertambah pada bulan lepas. InsyaAllah momentum demi momentum baru akan digerakkan untuk terus menambahbaikkan diri ini. Amiiinnnn.

Ringkasan May 2010 :

  • Saving 26% cash dari matlamat tahunan. Meningkat 1% dari bulan sebelumnya.Jumlah aset semasa terkumpul ialah 60% dari matlamat .
  • Pendapatan tambahan (21.4% keseluruhan ). Mendatar :
    • Adsense 76.4% dari sasaran (naik).
    • EBook 25% dari sasaran (jatuh)
    • eBay, affiliate dan cpa masih belum memberikan sebarang hasil.
  • Input tambahan untuk perkembangan diri:
    • Mandarin 0% … Subjek ini akan dilupuskan buat sementara waktu untuk memberi laluan utama kepada subjek BI. Naim bertekad untuk tumpukan komitmen pada BI dahulu.
    • English ? . KPI masih gagal. Data yang tak lengkap menyukarkan terjemahan dalam peratusan dibuat.
    • Buku 100% ..Pencapaian normal. Menepati sasaran untuk 1 buku 1 bulan. Lagipun, hampir separuh dari bahan bacaan bulan Jun sudah dibaca. :) Silap fokus. Sepatutnya masa yang berbaki digunakan untuk menyempurnakan matlamat yang belum tercapai.
    • Akhbar … I read it everyday. Unfortunately, it’s MalaysiaKini…Hahaha..
    • alQuran … 100% .. Alhamdulillah…Sehari 3 ayat alquran untuk hafazan. Hampir berjaya. Tambahan ada sedikit kemajuan dalam pengisian ruhaniah untuk bulan May ni. InsyaAllah, usaha menaiktaraf iman akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Amiiiinnn

Kesimpulannya, ada beberapa kelemahan yang dapat dikesan dari bulan sebelumnya. Masalah utama mendisiplinkan diri adalah yang paling ketara. Bukan mudah nak mendisiplankan diri. Terutama bila keletihan dari kerja pejabat terbawa-bawa sampai ke rumah. Itulah cabaran yang paling besar. Mudah-mudahan bulan ini, perubahan bakal dilakukan.

” The Way We See The Problem Is The Problem “

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.