Beli Buku Terpakai Dari ThriftBook

Alhamdulillah.. Lebih cepat dari jangkaan. 24hb yang lepas, saya ada membuat tempahan online untuk membeli sebuah buku bagi bacaan bulan Julai. Apa yang mengkagumkan, buku tersebut yang dihantar dari USA telah sampai lebih awal 6 hari dari jangkaan penerimaan. Suka :)

Ini adalah buku terpakai yang pertama kali saya beli dari internet. Sebelum ini, saya hanya membeli dari Pekan Buku UM, MPH online, dan beberapa lagi web buku online di internet. Membeli di sana, sudah tentu buku baru. Namun, menyedari pitis yang nipis dalam kocek saya ini, saya membuat keputusan untuk mencari dan membeli buku-buku terpakai dari internet. Sasaran pertama saya ialah Amazon.com. Sayang seribu kali sayang, Amazon dot com tidak menerima tempahan dan tiada penghantaran ke Malaysia. Entah. Puas sudah saya mencari alternatif untuk membeli buku di Amazon. Tapi gagal. Akhirnya saya bertemu dengan satu laman web buku terpakai. Mengkagumkan.

Buku terpakai sudah tentu lebih murah dari harga buku yang baru. Yang penting isi kandungan buku tersebut masih elok untuk dibaca. Saya berjaya menjimatkan wang sehingga 87% dari harga buku tersebut. :) Dengan penjimatan ini, saya mempunyai lebih kuasa membeli dan memiliki lebih buku dalam satu satu masa. Jika sebelum ini, saya harus berbelanjan lebih kurang RM50-RM70 untuk sesebuah buku ( edisi bahasa omputih ). Kini, saya boleh membeli 2 hingga 3 buku terpakai yang lebih kurang sahaja harganya. Hehe.. Bak kata pepatah, Alah membeli, menang memakai

Ilustrasi dari web

Gambar buku yang diterima ( luar setinggan,dalam kondo )

Setiap buku yang dihantar ke luar negara akan dicaj sebanyak USD$4.99 kos penghantaran. Kos ini masih dianggap murah berbanding masa dan kos yang terpaksa ditanggung untuk penghantaran domestik. Oh ya, pembelian boleh dilakukan menggunakan kad kredit mahupun kad debit. Untuk belian ini, saya gunakan kad debit dari Maybank. Mudah je :)

Kunjungi web ini untuk belian buku terpakai yang menarik “thriftbook.com

Ps: Perhatikan jenis ‘binding’ yang digunakan. Rupa-rupanya saya membeli buku jenis binding “hardcover”. Sebab itulah buku yang saya dapat macam buku lama di perpustakaan UM..haha.

Comments

  1. salam naim rahim… nak tanyer sket.
    bape lame ea buku yang dibeli daripada situ sampai uma? kena pakai paypal ea?
    tq =)

  2. salam, saya suka baca blog yang menceritakan mengenai buku2 dan juga buku2 terpakai, tks.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.