Prestasi Jun 2010

Photobucket

Sekejap saja masa berlalu. Tup..tup.. Dah masuk bulan Julai. Kini tinggal cuma 5 bulan saja lagi untuk tiba di penghujung tahun 2010. Bulan rejab juga hampir sampai ke penghujungnya. Nampak gaya, tak lama lagi semua umat Islam akan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan insentif nanti.

Perkara Menarik Bulan Jun

Semua seperti yang dirancang. Alhamdulillah, syukur. Perkara yang paling menarik dalam bulan Jun yang lalu ialah berjaya menghasilkan 21 jualan dari eBay. Jumlah jualan yang ciput. :) Walaupun begitu, ia satu kebanggaan yang patut dijadikan inspirasi diri supaya lebih berusaha. Kalau bulan Jun mampu dapat 21 jualan, insyaAllah jualan bulan Julai mesti ditingkatkan.

Tambahan, 2 dari matlamat bulan Jun juga tercapai. Malangnya, matlamat tersebut cuma satu matlamat yang tidak SMART. Sayang sekali. Bagai melepaskan batu ditangga. Harap-harap kesilapan yang dah berlaku dapat diperbetulkan. Orang yang gagal ialah mereka yang gagal belajar dari kegagalan.

Azam Yang Tak Tercapai

Bacaan untuk bulan Jun agak mencabar. Tulisan Stephen R. Covey, The 7th Habits of Highly Effective People memang menduga kesabaran. Hehe.. Almaklum kurang pandai bahasa Inggeris. Alamatnya merangkak juga untuk sampai ke penamatnya. Alhamdulillah. Banyak ilmu berkaitan pembaikan diri yang selama ini ramai orang abaikan. Prinsip yang senantiasa wujud tapi dibiarkan tumpul tak berasah. Ini kelemahan ramai orang. Antara salah satu tips yang diberikan beliau supaya pembaca lebih cepat faham ialah dengan mengajar atau berkongsi input yang ada dalam buku tersebut dengan orang lain. Itulah azam yang tak tercapai kali ini. Memang terlintas di hati untuk menulis di blog ini. Malangnya sifat malas dan bertangguh yang tebal bak kulit buaya saya ni tak dapat nak dikikis. :)

Ringkasan May 2010 :

  • Saving 29.67% cash dari matlamat tahunan. Meningkat 3% dari bulan sebelumnya.Jumlah aset terkumpul ialah 63% dari matlamat .
  • Pendapatan tambahan (20.38% keseluruhan ). Merosot :
    • Adsense 62.9% dari sasaran (jatuh).
    • EBook 39% dari sasaran (naik)
    • eBay ( ada hasil namun gagal direkodkan ).
  • Input tambahan untuk perkembangan diri:
    • Grammar English : Out! No improvement at all.
    • English Vocabulary : KPI dah ada. Disiplin pula yang kurang. Hampeh!
    • Buku 100% : Pencapaian normal. Menepati sasaran untuk 1 buku 1 bulan. Agak mencabar. Buku yang cukup tebal dan bahasa yang sukar.
    • Akhbar : Entah la labu. Bulan ni memang tak kemaskini KPI.
    • alQuran : Alhamdulillah. Berjaya menghafal 1 surah. Mudah0mudahan diberikan keluasan rezeki masa dan tenaga untuk terus memberikan penumpuan dalam aspek kerohaniah.

Kesimpulannya, apa yang telah berlaku pada bulan lepas kembali berulang. Kurangnya disiplin dalam melatih diri untuk membiasakan dengan jadual diri. Ada banyak KPI yang tak diisi menyebabkan statistik tak dapat dihasilkan dengan baik. Ini memang masalah yang kritikal. Ini satu kesilapan besar. Permulaan bulan 7 pun hampir sama. Pastinya bulan Julai bulan yang mencabar! Yosh, terus berusaha.

Psst : Rasanya bulan ni nak mengulang semula bacaan bulan Jun. Baca tanpa praktis, apa guna! :)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.