eBay Seller : Pengalaman Pos Barang Fizikal Ke Luar Negara

ebay seller : barangan fizikal di pos malaysia

Jam 11 hari Isnin. Dengan sedikit ruang masa rehat yang ada, saya loloskan diri untuk menghantar barangan fizikal yang terjual di eBay ( walaupun dah kena banned ) . Prosesnya tak lama cuma membosankan jika ramai orang yang berurusan di pejabat Pos. Oh ya, untuk urusan penghantaran ini saya gunakan khidmat Pos Malaysia sahaja. Rasanya belum sampai lagi kemampuan untuk menggunakan khidmat pos lain seperti UPS, DHL, FEDEX atau sebagainya. Almaklum penjual kecil-kecilan yang mencari lebihan sesuap nasi setiap hari.

Untuk menghantar barangan ke luar negara, saya gunakan khidmat Pos Daftar ataupun Registered Mail. Registered Mail ini menyediakan nombor jejak atau lebih popular dikenali dengan ‘Tracking Code” . Hehehe. Senang sebut Tracking Number je. Nombor ini penting. Inilah satu-satunya cara untuk menjejak barangan, mengelakkan dari kena ‘dispute eBay atau PayPal” dan satu-satunya bukti yang masih tinggal untuk berurusan dengan pihak pejabat Pos.

Perkara Penting :

  1. Caj penghantaran atau harga setem berdasarkan berat barangan dan lokasi penghantaran.
  2. Ada barangan yang perlu menggunakan borang hijau atau “Custom Declaration“.
  3. Untuk Pos Daftar, harga terkini untuk satu nombor ialah RM4.10

Justeru, ketika berurusan di kaunter pos, saya serahkan bungkusan barangan untuk ditimbang terlebih dahulu dan harga setem akan dikira berasaskan berat dan lokasi penghantaran. Kelazimannya barangan yang berat sekitar 200 gram dan dihantar ke lokasi eropah akan dicaj sekitar RM17.20. Ada juga yang harganya cuma RM10.50 . Ikut nasib jugak. Tempoh hari, saya di caj pada harga setem RM12.50 untuk penghantaran ke Netherlands. Hari ini penghantaran untuk ke lokasi yang sama dengan berat yang sama ialah RM10.50. Cuma staff pejabat pos yang berbeza saja. ;) Nampak gaya DOA dan Nasib ada peranan dalam urusan ni. Jika nasib anda baik, dapatlah jimat RM2. Susah untuk mendapat kalkulasi sebenar kos penghantaran barangan jika tidak ada pendedahan rasmi. Apa yang dipaparkan di www.pos.com.my itu berbeza bangat. Hohoho. Kos penghantaran yang tertera lagi mahal berbanding yang sebenarnya. Kos penghantaran ini perlu dibayar pada masa tersebut juga untuk mendapatkan setem-setem yang bernilai setara dengan kos penghantaran. Inilah kali pertama saya menggunakan setem RM10..hahaha. Tobat tak pernah sentuh pun sebelum ni setem yang harganya tinggi sampai begitu sekali.

POs daftar untuk barangan fizikal eBay

Kemudian, untuk melanggan khidmat pos berdaftar, bayaran sebanyak RM4.10 akan dikenakan. Anda akan diberikan satu sticker besar yang tertera didalamnya ‘Tracking No.” . Nombor inilah yang boleh digunakan didalam website pos.com.my untuk menjejak barangan sewaktu penghantaran. Tambahan, nombor ini berguna untuk penerima membuat semakan dengan pejabat pos di negara mereka sekiranya barangan telah tiba di tempat mereka.

Satu lagi, borang hijau atau Custom Declaration pun perlu juga. Ikutkan apa yang dicakapkan oleh staff pejabat pos tadi, tak semua barang perlu guna borang hijau ini. Apapun beliau nasihatkan saya untuk guna borang tersebut. Mujur staff tu bagi lebih sikit. Hehehe.

Oh ya, satu lagi nasihat yang saya dapat dari staff pejabat pos tadi ialah jangan lupa tulis nama dan alamat sender di bahagian belakang bungkusan anda. Tujuannya sekiranya barangan tidak sampai kepada penerima, ini akan memudahkan pihak pejabat pos untuk memulangkan kembali barangan yang dihantar tadi. Perkara mudah saja tapi pasti ramai yang tak endahkan. Betul tak? Sudah lebih 10 bungkusan sebelum ini yang dihantar ke luar negara tidak ditulis alamat pengirim di belakangnya. Hehe. Jahil katakan. Apapun itu ilmu yang sangat berguna. Sekali buat silap, takkan berkali-kali nak buat silap.

Ps : sekarang terpaksa lupakan eBay buat sementara waktu. Perlu peram akaun backup yang ada selama 3 bulan untuk kembali aktif.

Comments

  1. assalamualaikum..salam pengenalan,
    kerja mengepos brg2 ke pejabat pos memang sgt merumitkan..mcm2 pengalaman kami berkaitan dgn pos begini.semoga kita dpt kongsi pengalaman bersama2..diharap saudara dpt turut singgah ke blog baru kami. terima kasih

  2. owh..terima kasih kerana sudi bkongsi pengalaman.
    saya pon baru nak bjinak2 dengan ebay.
    pening gak nak pilih jenis penghantaran.perkhidmatan menghantar barang ke luar negara ada tak di pejabat pos mini ya?

  3. Salam, minta pencerahan skit..
    total berapa yer kene bayar untuk pos ke luar negara..

  4. Saya juga salah seorang peniaga di ebay. Satu masalah yang saya tak suka di pejabat pos terumanya pejabat pos besar contohnya berat barang yang telah dimasukkan ke dalam flexipax cuma lebih 10-15gm, mereka langsung tidak boleh bertolak ansur….terus rejek flexipax tersebut. Saya memang hampa dengan khidmat pejabat pos yang semacam ini.

  5. Maaf nak tanya, macamana nak postage barang dari ebay untuk international ye?. Biasa guna apa? fedex atau flexi international yang pos laju tu? baru nak berjinak dengan ebay.

    • Artikel ini ditulis pada 2010..Pada masa tu, saya hanya gunakan perkhidmatan pos laju antarabangsa. Jadi tak pasti lah sekarang macammana 🙂

  6. Assalamualaikum
    Nak tanya
    Kenapa kena banned
    Saya baru nak start
    Takut tiba2 kene banned
    Mohon pencerahan

    • Oleh sebab ebay under US law, barang2 immitation mcm jersey bola, atau apa sahaja barang dari negara China ( replika ) melanggar undang2 sana. Jadi kebarangkalian untuk di ban adalah tinggi. Walaupun dinyatakan barang tersebut immitation, tetap menjadi kesalahan disana

  7. faiz hafizuddin says

    saya ingin bertanya, ada saya lihat penjual di ebay dari malaysia menyenakan shipping bawah 8$ dolar dan ada free, tapi barang jualannya hanya 5$ dolar, jadi bagaimana mereka dapat mengenakan harga penghantaran yang sangat rendah? saya baru2 dalam ebay, sebelum ini pernah jual tempat lain, 240g pos malaysia rm45++ / 11$ usd

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.