Kemaskini 2018 : Mulai 4/6/2018 Dah Boleh mula tukar duit raya. Better korang call dulu cawangan terdekat. Pastikan dulu waktu tukaran tu bila sebab sesetengah bank hanya benarkan tukaran pada jam 10-12 tengahhari je. Tak sama semua bank ni
Ingin Tahu Bagaimana Cara Mencari Duit Raya Untuk Tahun 2019 Nanti?
Camner nak call bank cawangan terdekat? Google je no bank tu. Nanti Confirm jumpa. Direct terus tanya.
Kemaskini 2017 : Nak tukar duit raya dah boleh. Mulai 14/6/2017. Better korang call dulu cawangan terdekat. Pastikan dulu waktu tukaran tu bila sebab sesetengah bank hanya benarkan tukaran pada jam 10-12 tengahhari je. Tak sama semua bank ni.
Nak senang, tipsnya :
- Pergi ke bank yang tak ramai pelanggan ( contoh macam standard chartered ). Klu Maybank, CIMB, BSN ..mereput le
- Call dulu lagi bagus. Waktu tak sama
- Kalau ada akaun dengan bank nak tukar tu lagi bagus. Kebiasaannya bank akan utamakan pelanggan sendiri
- Kumpul dengan kawan2. Sekali jalan. senang
Dahulu, tak pernah terlintas di hati hal-hal remeh temeh sebegini. Tukar duit raya? Hehe.. Kalau fikirkan tentang dapat duit raya, itu benar. Itulah yang selalu terbayang-bayang apabila raya menjelang. Tapi, itu semua kisah lama. Kisah zaman menyanyikan lagu sekolah di pagi Ahah.
Semalam, sekali lagi cubaan meloloskan diri dengan terhormat berjaya dilaksanakan. Projek menukar duit raya buat julung kalinya dilakukan seorang diri. Bermotifkan duit raya RM1 & RM5, sedikit kalkulasi dihitung kira. Bukan apa, takut-takut ‘overbudget’. Kalau tidak, merana selepas raya.
Jadi, dengan hati berbunga dan berbekalkan RM500 di tangan, aku bergegas ke cawangan bank terdekat. Waktu tersebut, CIMB bank saja dalam kepala. Cawangan terdekat ialah kawasan CIMB Bank Menara Olympia,Raja Chulan. Malangnya, staff yang comel di sana maklumkan aku bahawa tukaran untuk notes RM1 & RM5 sudah kehabisan. Aduhai…. Ini yang leceh. Masa rehat cuma 60 minit sahaja. Dah terbuang 15 minit di sana. Hati yang mulanya mekar berbunga akhirnya layu kelesuan. Letih…
Namun atas sebab-sebab mendesak, dorongan kuat untuk menukar duit raya tadi berjaya mengenepikan sementara perasaan gundah gulana. Fikir dan fikir. Akhirnya keputusan seterusnya muncul. Lokasi berikut yang sesuai ialah Menara Maybank. Logiknya itu ibu pejabat Maybank. Takkan pula tak cukup notes untuk ditukar. Aku terus ke sana. Mujur ada si hitam besar bagak ni. Jarak lokasi taklah jauh sangat. Cukup dengan 4 ke 5 kali pulas throtle motor pun boleh sampai .
Sesampainya di sana, terus Aku tanyakan cik-cik di kaunter informasi. Rupa-rupanyan kena ambil nombor ditempat yang telah dikhaskan dan perlu menunggu untuk masuk ke bilik 29 untuk tujuan tukaran wang. Hati kembali berbunga. Walaupun duit kertas baru dah habis, yang lama pun apa salahnya. Nombor giliran Aku pada waktu tersebut ialah 4087. Sekali pandang angka giliran semasa ialah 4053. Wow!!!!
Kalau 1 angka giliran mewakili 5 minit masa menunggu, nampaknya akuterpaksa menunggu sehingga 2 jam lebih hanya untuk tukar duit sahaja. Pelik tapi benar .. Ingatkan tukaran wang di bank besar boleh mempercepatkan urusan. Masa berjalan. Waktu rehat dah nak tamat. Fikir dan terus fikir. Hati kata buang masa, nafsu kata rehat macam ni boleh buat derita, akal kata wah..wah…wah..ini kerja gila.
Nak tak nak, terpaksalah naim fikirkan alternatif seterusnya. Yupsss… Mujur Allah jadikan kehidupan manusia bukan berseorangan. Dengan sedikit semangat yang masih bersisa, lokasi terakhir yang nak dicari ialah bank yang tidak sibuk dan tidak popular sewaktu hari raya. Wujudkan bank-bank seperti yang naim fikirkan? Yes… ada sebenarnya.
Bank yang Aku maksudkan ialah Standard Chartered Bank. Hehehe… Orang kita, apabila raya, Maybank, CIMBBank, PublicBank, Bank Islam, Bank Rakyat dan BSN saja yang jadi tumpuan. Tak sangka , hanya beberapa minit saja, matlamat menukar duit raya tercapai dengan mudah di Standard Chartered. Tak perlu susah -susah menunggu lama. Puas. Puas sampai teringin nak kongsikan di sini supaya ramai diluar sana yang sama spesies dengan aku ( tukar duit raya diwaktu terdesak ) tahu dan sedar ada lagi bank-bank yang lebih mudah untuk berurusan ketika waktu-waktu kecemasan. Kata orang terbaik dari ladang!!!
PS : Terfikir nak tukar duit raya kali ini dengan Dirham Kelantan, sayangnya stok dah tak ada. Kalau ada pun, sang pengedar dah pulang ke kampung. Dinar Kelantan, tak mampu. Boleh terkopak poket nak bagi dinar kelantan 🙂
Speak Your Mind