Memperbaharui Lesen Memandu Secara Online di MyEG

Ini bukan kali pertama saya memperbaharui lesen memandu. Namun untuk kesekian kalinya ia menjadi peristiwa tragis apabila terlupa memperbaharui lesen di saat-saat penting di Hari Raya Aidilfitri. Tatkala orang lain seronok menziarahi sanak saudara, terpaksa lah diri ini menjadi salah seorang penjenayah jalan raya buat seketika. Memandu kenderaan dengan lesen memandu yang telah tamat tempoh menjanjikan kewaspadaan yang luar biasa. Kalaupun terlepas dari sekatan Pak Polisi, itu tak menjamin yang diri benar-benar terselamat dari kemungkinan-kemungkinan bahaya jalan raya yang lain.

Berbekalkan sedikit ilmu IT, sebenarnya lesen memandu boleh diperbaharui hanya dengan telefon bimbit masing-masing. Syaratnya telefon tersebut mestilah ada akses internet yang sempurna. Dengan komputer riba pun boleh, asalkan ada sambungan internet. Syukur, mujur ada kemudahan internet ni. Jadi, memperbaharui lesen memandu dari rumah menjadi lebih mudah. Sebab itu saya semakin sayang dengan iPhone. Hehehe…Pak Cik Steve Job kena bagi hadiah sebab promosi percuma saya ni. :)

Ok. Untuk sesiapa yang belum pernah memperbaharui lesen memandu secara online ni, mari saya kongsikan serba sedikit. Saya pernah menggunakan khidmat ini dan sangat berpuashati. Selain menjimatkan masa, tak perlulah saya tergesa-gesa keluar ‘time’ ofis untuk memperbaharui lesen di pejabat pos.

Caranya ialah dengan mengunjungi laman web ini www.myeg.com.my

Untuk menggunakan khidmatnya, pengunjung harus mendaftar terlebih dahulu dan ia percuma sahaja. Selepas mendaftar, pengguna boleh terus mengakses ruangan ‘Renewal Driving License”. Mudah saja. Hanya perlu isi butiran dalam borang yang disediakan dan membuat pembayaran + servis caj, lesen memandu dengan tempoh luput yang baru akan diperolehi samada melalui kaunter khas kutipan mahupun servis penghantaran.

Berdasarkan pengalaman saya, servis penghantaran akan mengambil masa lebih kurang 1 minggu atau 5 hari berkerja. Pihak MyEG juga akan menghubungi anda terlebih dahulu sewaktu penghantaran dilakukan. Bukankah lebih senang? Caj penghantaran hanya RM5 ( sekitar lembah klang ). Setimpal dengan kos melepas yang lain ;)

Ps; hari raya tempoh hari, website ini tergendala seketika. Agaknya ramai yang berpusu-pusu memperbaharui lesen di saat-saat akhir.

Pss: kepada Pak Polisi, Maaf zahir batin :)

Comments

  1. maksudnya, kalau nak wat secara online, kena la wat seminggu sebelum tarikh roadtax/lesen tamat hehe

  2. lebih kurang macam tu la tuan..kalau lewat ,naya 🙂

  3. FYI, roadtax boleh renew 2 bulan awal sebelum tamat tempoh, lesen plak boleh renew anytime. harini renew setahun, esok boleh renew utk tambah setahun lagi. jadi sempatje nak renew either roadtax or lesen.

  4. ni utk renew lesen CDL je kan…

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.