RefererX & SeductiveX : Tool Untuk Merempit Adsense & CPA

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Tahun ini tak dapat beraya di kampung. Cuti cuma sekejap saja. Walaupun sekejap, ia tetap bermakna.

Pengorbanan bukannya sesuatu yang menarik. Namun hasilnya pasti menarik. Ramai orang yang enggan berkorban, sebaliknya mereka masih ingin hasilnya. Justeru, tidak mustahillah kejayaan itu tidak berpihak pada orang-orang yang tidak berkorban. Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail hanya kerana menuruti perintah Allah Taala. Saidina Abu Bakar berkorban seluruh harta bendanya hanya untuk perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Bahkan ramai lagi yang telah berkorban demi mencapai sesuatu yang bermakna buat mereka. Maka sudah tentu kita juga perlu berkorban untuk mencapai matlamat dalam hidup kita. Pengorbanan yang melibatkan masa, tenaga, buah fikiran, wang ringgit bahkan jiwa dan raga.

Untuk itu, saya telah berbelanja USD$164 (RM510) pagi tadi semata-mata untuk mempercepatkan perjalanan menghasilkan pendapatan pasif dari internet. Untuk kesekian kalinya, ini adalah perbelanjaan besar saya yang kelima dalam aspek ini untuk tahun ini. Teruja. :) Ada yang saya fikir berbaloi. Dan ada yang tidak.

Oh ya! Bertambah mengujakan saya apabila pembayaran modal kali ini tidak membabitkan wang saku saya. Sebaliknya 100% dari hasil pendapatan internet yang lain (eBay). Nampaknya ,konsep OPM ( Others People Money ) oleh Kiyosaki berjaya dilaksanakan ! Bezanya kali ini ialah duit tersebut digunakan untuk mempercepatkan proses menggandakan OPM juga. Bukan lagi untuk membeli “doodad”.

Ooohhh…Tak sabar-sabar nak mencuba kedua-dua tool hebat ini. Selamat maju jaya.

Comments

  1. salam,
    apa perkembangan s;ware referx tu?ok ke?

  2. ye ape perkembangan ye..?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.