Nampaknya semakin menjadi-jadi kemelut politik di Malaysia. Yang terkini diwarnai dengan cerita-cerita seks. Barangkali isu-isu setempat di Dewan Rakyat dah berkurangan. Pemimpin-pemimpin politik yang diundi pula sibuk buat kerja jatuh-menjatuhkan pihak lawan. 2 hari lepas, timbul pula isu pendedahan video seks mirip pemimpin pembangkang Datuk Anwar Ibrahim. Macam-macam ada
Justeru, berita sensasi sebegini pastinya mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Dan sebagai seorang masyarakat yang prihatin ( ehemmm..ehemmm ), ini pula reaksi saya. Di bawah adalah rentetan cerita yang saya ringkaskan seringkas-ringkasnya. Agak-agak sesuai tak untuk dijadikan rujukan atau pun bahan cerita anak cucu apabila usia menjelang tua ?;)
Kronologi Pendedahan Video Seks Pemimpin Pembangkang oleh Datuk T :
- Video tersebut didedahkan oleh 3 Datuk. UMUM diketahui mereka ialah dari parti politik yang sama
- Video didedahkan kepada seorang ahli politik pihak lawan pada mulanya. Motifnya untuk menunjukkan “moral buruk” pemimpin politik lawan. Motif diceritakan berbeza pula. Dari khabar yang berasingan, motif adalah untuk menawarkan ahli politik tersebut supaya keluar parti dan lompat ke parti lain. Menarik ceritanya…
- Oleh itu, Satu tayangan “amal” disepakati dan akan ditayangkan kepada beberapa ahli politik lain dari parti politik lawan ( seangkatan dengan ahli politik pertama yang menonton ).
- Namun, tayangan tersebut dibatalkan. Entah kenapa. Khabar berasingan memaklumkan bahawa Datuk T tidak bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh ahli politik yang menonton pada kali pertama tersebut. Katanya sebab ahli tersebut mohon duit untuk mengajak rakan-rakan menonton
Tiket wayang rasanya
- Akhirnya video didedahkan kepada pemimpin-pemimpin lain dan pemimpin media. Motifnya sama untuk menayangkan moral buruk pemimpin parti lawan. Katanya….
- Akhirnya wujud percangggahan dan perbalahan. Namun semua sepakat untuk menyerahkan video tersebut kepada siasatan suruhanjaya diraja.
Ia memang menarik. Ini adalah satu lagi kisah pelik dan unik dalam negara kita. Jadi, bukan spekulasi atau manipulasi, tapi inilah pula yang terbuku di dalam isi hati :
- Antara datuk T yang mendedahkan video, seorang darinya mengaku wujud dalam video tersebut. Aneh kenapa perakam mahu diri dirakam bersama teman pengiring. Mana satu yang nak buat kerja haram ni? Mungkin ini cara pembikinan video xxx kot. Seorang buat, seorang rakam. Hehehe…macam tak percaya
- Video disimpan sejak lebih 2 minggu yang lepas. Hanya kerana aspek keselamatan? Umum tahu para pendedah bukannya orang sebarangan. Lainlah si Saiful Kes Liwat.
- Isu video muncul seawal kisah politik Sarawak melabuh tirai. Yup…ini macam kes-kes terdahulu. Satu kebetulan atau rancangan tak terancang dengan idea lama?
- Salah seorang Datuk T pernah berdepan dakwaan merogol gadis bawah umur pada tahun 1994. Seorang lagi, muka agak mirip dengan pemimpin pembangkang yang didakwa
Tak menuduh tau, cuma nampak mirip.
- Video tidak diedarkan sesuka hati. Mahupun polis atau masyarakat umum. Bagus. Ini lah yang terbaik. kalau tak nanti, 1 Malaysia 1 Porno. Huhu…Namun spekulasi jahat akan muncul, fitnah pula akan bertaburan jika siasatan dilengah-lengahkan. Sesuai sangat untuk menambahkan beban kesusahan dan keaiban orang.
Opsss..itu semua apa yang terbuku dihati. Agak-agaknya mungkin ini juga yang orang lain fikirkan. Kalau ya, nampaknya samalah cara kita berfikir kan?
Apapun saya harapkan perkara ini cepat selesai. Lucu tapi menyedihkan apabila hal-hal lucah menjadi tatapan dan bualan umum. Hairan sekali kenapa mentaliti bermutu rendah menjatuhkan politik pihak lawan digunakan. Tak bolehkah mereka duduk semeja memikirkan kepentingan rakyat bersama? Bukankah banyak lagi perkara yang harus ditayangkan?
Pastinya, barah ini akan menyebabkan ramai yang menyampah dengan politik malaysia. Itulah, sayang sekali apabila kepalanya kelihatan cantik tetapi ekornyaa terpalit najis. Lain dicanang, lain pula yang dilakukan.
Mungkin inilah salah satu tanda akhir zaman iaitu apabila fitnah semakin berleluasa dan perkara yang baik sukar dibezakan. Mudah-mudahan tuhan permudahkan urusan kita semua. Amiiiinnn
Leave a Reply