Susah Tak Peperiksaan Pra Kontrak Ejen Insurans?

Tebal sungguh buku hijau ni. Nampak macam tak mampu je nak baca sampai habis. Hari Selasa dah nak exam. Mudah-mudahan bakal-bakal yang menduduki exam ni nanti mudah menjawab dengan betul. Opss..tak lupa juga doa untuk diri sendiri.

Rupa-rupanya nak jadi ejen insurans/takaful bukan boleh main redah menjual je. Perlu ada sijil. Macam sijil tauliah nak mengajar agama di Selangor barangkali :) . So, memang terpaksa buka buku macam belajar di bangku sekolah dulu lah gayanya. Hehe..apa nak kata, kehendak diri. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Jadi, baki 1 hari lebih yang tinggal ni memang suntuk sangat untuk menelaah buku yang tebal ini. Bahkan ada lagi satu buku. Mujur dah habis baca. Rasa macam faham. Harap-harap menjawab nanti pun faham juga. Jika diizinkan Allah, segera lulus, segera la jadi ejen. Apabila dah jadi ejen, baru boleh mula mencuba bidang yang baru ini.

Untuk rakan-rakan diluar sana, kejayaan memerlukan pengorbanan. Setiap pengorbanan pasti akan menganggu keseronokan sementara. Namun, itulah harga kejayaan yang harus kita bayar. Jadi, jom berkorban untuk berjaya!!!

ps: tak sabar-sabar nak menguji diri dan segala ilmu yang dipelajari sebelum ini dalam dunia insurans.

Comments

  1. hehe…sonang jo…tak perlu baco sangat…yg penting kene update isu2 semasa berkenaan dengan pelaburan dan simpanan…hehe…
    kompem takde masalah lah bagi org2 yg hebat macam tuan… 🙂

  2. hi..saya nk exam awal bln depan..exam pra contract insurans..mcm mna utk saya blh lulus dlm exam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.