Wahhhh!!! Bukankah menyimpan tu sifat mulia? Kenapa sifat ini tetap ada keburukannya?
Dahulu, emak dan ayah kita selalu berpesan supaya berjimat cermat dan belajar menyimpan sikit demi sikit. Rasionalnya simpanan akan membantu kita di waktu memerlukan kelak. Tak kira lah simpanan terswbut untuk tujuan apa sekalipun, samada menyimpan untuk membeli basikal, menyimpan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, perbelanjaan perkahwinan, pendidikan untuk anak-anak mahupun demi perbelanjaan di usia persaraan. Hakikatnya simpanan tersebut dilaksanakan atas tujuan yang tertentu.
Ia satu sifat yang mulia. Bertepatan dengan kisah sejarah nabi Allah Yusuf alaihissalam ketika baginda mentadbir ekonomi negara suatu masa dahulu. Nasihat baginda supaya disimpan apa yang dituai sewaktu zaman kemewahan membantu mereka menempuhi ranjau kesusahan dimusim kemarau yang berpanjangan.
Namun, era modenisasi hari ini melalaikan manusia untuk terus menerus kekal dengan sifat mulia ini. Menyimpan bukan lagi cara terbaik untuk menikmati kehidupan sementara, sebaliknya berhutang adalah cara pantasnya. Natijahnya, kita mampu memandang sahaja kemewahan sementara yang membawa derita kepada si penghutang. Semua ini tidak dinikmati oleh sang penyimpan. Bahkan mereka juga turut sama menderita seperti si penghutang.
Kenapa sebegitu rupa?
Percaya atau tidak, menyimpan adalah cara paling lambat untuk kita menikmati kesenangan yang ada. Apabila menyimpan semata-mata,sudah pasti kita terpaksa melepaskan ‘nikmat sementara’ yang dinikmati orang-orang berhutang. Sebagai contoh pembelian kereta adalah mustahil dilakukan dengan wang simpanan semata-mata hari ini. Bayangkan jika wang gaji yang kita terima dan hanya sejumlah RM500 disimpan. Berapa lamakah harus kita tunggu untuk membeli sebuah kereta berharga RM40 000 dengan duit simpanan tersebut? Hampir 6 tahun lebih bukan? Itupun jika wang tersebut tidak digunakan untuk tujuan lain. Sedangkan orang yang berhutang pasti sudah 6 tahun merasa kenikmatannya. Lebih malang jika di tahun ke 7, kita telah meninggal dunia dan hanya sempat merasa 1 tahun keselesaan kereta baru. Sebaliknya jika sang penghutang, kematian mereka pastinya berbaloi kerana nikmat-nikmat tersebut telah pun dirasai lebih dari 6 tahun dan hutangnya pula dilindungi insurans. Itu baru satu contoh.
Oleh kerana hidup kita dipenuhi risiko, belum pasti kita dapat menyimpan untuk tempoh yang kita impikan. Katakan simpanan tadi bertujuan untuk membeli sebuah rumah. Namun di separuh perjalanan usia, kehidupan kita berubah sepenuhnya apabila terpaksa berkerusi roda akibat kemalangan jalan raya. Lebih malang lagi, kita tidak mampu berkerja semula. Bagaimanakan dengan wang simpanan kita tadi? Adakah ada amaun simpanan yang terpaksa digunakan dalam menampung kos perubatan? Pastikah kita mampu meneruskan simpanan lagi untuk membeli rumah idaman? Ini situasi kedua. Kita terus ke situasi nyata seterusnya.
Dunia kewangan hari ini yang berpaksikan hutang pastinya tidak memberi kelebihan kepada orang yang menyimpan semata-mata. Tahukah anda wang kita susut nilai saban tahun? Lihatlah bagaimana harga barang yang semakin mahal. Ia bukan kerana kos yang meningkat. Tetapi inilah hasil dari penyusutan nilai wang tersebut. Akibat sistem kredit yang digunapakai, menyimpan wang fiat adalah langkah yang kurang bijak dalam menangani tekanan inflasi. Sungguhpun simpanan dilakukan melalui sistem perbankan, ia tetap bukan satu cara yang bijak. Kenapa? Jawapannya mudah sahaja. Kita akan lebih rugi menyimpan wang dalam akaun simpanan ataupun deposit tetap akibat tekanan inflasi yang lebih tinggi.
Justeru, bagaimanakah kita mampu beroleh kebaikan dari menyimpan pada zaman mencabar ini?
Secara asasnya, manusia menyimpan wang untuk kegunaannya pada masa hadapan atas tujuan -tujuantertentu. Jumlah simpanan pula harus bergantung kepada keperluan yang spesifik. Jika tidak, simpanan akan menjadi sia-sia. Sebagai contoh orang yang menyimpan tuk menunaikan haji akan memastikan simpanannya cukup pada tempoh tertentu. Begitu juga orang yang menyimpan untuk tujuan awasan atau lebih dikenali tujuan kecemasan.
Sebagai manusia biasa, minima simpanan yang perlu diperuntukkan adalah bersamaan 3 bulan hasil pendapatan bulanan. Dengan mempunyai sejumlah simpanan minima itu, kita dapat memenuhi keperluan apabila berlaku sesuatu kecemasan. Bukan itu sahaja, bank-bank besar juga mempunyai simpanan yang cukup bagi menampung pengeluaran secara mengejut. Ia dipanggil rizab. Begitu juga dengan kerajaan. Simpanan -simpanan minima tersebut perlu diwujudkan.
Selepas itu, barulah kita boleh mula menyimpan untuk tujuan-tujuan lain. Dengan itu , keburukan menyimpan tanpa tujuan dapat dielakkan. Kini telah wujud pelbagai kempen galakan menyimpan menerusi pelaburan mahupun perlindungan /insurans. Simpanan seperti ini memberi lebih banyak faedah berbanding cara tradisional. Oleh sebab itu, simpanan seperti ini harus dipilih oleh orang ramai.
Satu fakta yang menarik, simpanan melalui skim perlindungan/perlindungan akan menjamin bebanan kewangan seseorang apabila memerlukan. Dengan konsep ini, simpanan akan terjamin dan sejumlah wang perlindungan akan membantu meringankan bebanan kos perubatan yang tinggi. Bahkan jumlah simpanan tersebut tidak terusik dan semakin bertambah selaras dengan persetujuan antara peserta dan pembekal insurans.
Secara kesimpulannya, kita mestilah menjadikan sifat menyimpan dengan bijaksana satu pilihan utama dalam kehidupan. Orang yang menyimpan tanpa cara yang betul akan merana dan menderita. Bahkan mereka kelak lebih sengsara berbanding mereka-mereka yang berhutang.
Leave a Reply