Mulakan Azam Haji Dengan Takaful Ummah

Impian menunaikan haji adalah satu impian yang mulia. Sayangnya impian hanya tinggal impian jika tidak pernah dimulakan dengan tindakan menabung. Ramai orang kita hari ini lebih gemar menyerahkan kepada nasib ataupun menunggu bulan jatuh ke riba untuk menunaikan haji. Mujurlah jika terjatuh, sebaliknya keadaan akan menjadi amat merugikan apabila terlepas kerana kekurangan duit atau disebabkan faktor usia. Menjadi tetamu Allah walaupun sekali dalam kehidupan muslim adalah impian suci yang amat-amat mulia. Bahkan ia adalah salah satu rukun dalam Islam. Namun bukan mudah untuk menjadi tetamu Allah ini.

Banyak pengorbanan yang harus dilakukan. Antaranya wang ringgit. Bukan senang untuk membelanjakan sejumlah besar wang. Tahun lepas,kos menunaikan haji oleh Lembaga Tabung haji mencecah RM10,000. Bayangkan jika 20 tahun lagi? Dengan inflasi yang menghakis nilai wang, bagaimana pula dengan harga minyak pada masa tersebut? Adakah kerana wang, kita sanggup mengenepikan kefardhuan haji? Pastikah kita benar-benar tiada kemampuan kewangan sedangkan hari ini kita mampu membeli belah barangan mewah?

Selain dari kewangan, faktor usia juga harus diambilkira. Jika kita hendak mula menabung ketika usia sudah lanjut, adakah kita benar-benar mempunyai tenaga yang cukup untuk menunaikannya nanti? pastikah kita boleh hidup sehingga usia tersebut? Atau bagaimana dapat kita jamin kesihatan diri hari esok? lantas apakah jawapan yang akan kita berikan pada tuhan nanti?

Takaful UMMAH / PruBSN UMMAH

Memulakan tabungan seawal usia muda adalah langkah paling bijak. Sungguhpun ia mengambil masa, secara tidak lansung kita telah berusaha. Berusaha untuk menjadikan azam menunaikan haji satu kenyataan.

Hari ini, jika ditanya orang ramai tentang bagaimana ingin memulakan tabungan menunaikan haji? Pastinya ramai akan menyebut tabung haji. Ataupun Lembaga Tabung Haji. Namun, tahukah anda ada lagi pelengkap-pelengkap lain yang tak kurang hebatnya membantu anda menunaikan azam haji tersebut. Nahh…. Takaful Ummah, inilah jawapannya. Takaful Ummah dengan menggunakan konsep 3 dalam 1 ( Simpanan, Pelaburan, Perlindungan ) menawarkan lebih solusi untuk setiap muslim memulakan tabungan menunaikan haji.

Percaya atau tidak, pelan ini membantu kita untuk mula menabung secara sikit demi sedikit. Kurang bebanan yang terasa. bahkan lebih banyak manfaat yang ditawarkan untuk melengkapkan azam haji seseorang. Tahukah anda takaful menggunakan konsep ‘sumbangan’ di mana sebahagian wang caruman diperuntukkan sebagai sumbangan membantu peserta lain yang ditimpa musibah. Secara tidak lansung, sumbangan tersebut menjadi sebahagian dari saham akhirat kita kerana ia adalah amal jariah yang dikumpul untuk membantu peserta-peserta lain.

perbandingan takaful ummah, asb dan tabung haji

Faedah-Faedah Utama Takaful Ummah.

Menabung adalah amalan mulia. Namun bagaimana kita dapat menabung sekiranya esok hari kita disahkan menghidapi penyakit kritikal seperti lumpuh? Bagaimana kita dapat menunaikan haji jika esok hari kita telah tiada lagi di dunia ini?

Inilah kelebihan utama pelan tabungan ini. Sumbangan dan tabungan anda tadi akan diteruskan secara percuma walaupun telah disahkan menghidap penyakit kritikal. Bahkan sekiranya ditakdirkan anda kembali ke rahmatullah sebelum tempoh simpanan matang, upah haji atau badal haji sebanyak RM3000 akan dilakukan bagi pihak anda. Maknanya anda telah benar-benar merancang kewangan menunaikan haji dengan kukuh. Bahkan diberikan pula pampasan kewangan dan juga wang khairat kematian sebanyak RM2000 untuk membantu pihak keluarga menguruskan urusan jenazah anda.

Dibawah adalah faedah-faedahnya secara ringkas :

  1. Manfaat Berganda akan dibayar sekiranya meninggal dunia atau hilang upaya kekal semasa menunaikan Haji/Umrah.
  2. Sekiranya ajal anda cepat atau meninggal dunia sebelum dapat menunaikan haji atau anda disahkan hilang upaya kekal sebelum dapat menunaikan haji Kewajipan haji anda akan di tunaikan melalui Upah Haji.
  3. Pengeluaran simpanan boleh dilakukan bagi menampung keperluan Haji anda.
  4. Wang tunai tambahan bernilai RM 2,000 untuk manfaat khariat kematian.
  5. Bonus Loyalti sebagai elaun haji.
  6. Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal.
  7. Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat islam.

Kesimpulan

Saya tahu ramai di luar sana yang masih belum bersedia untuk menunaikan haji. Namun itu tidak patut menghalang kita semua dari memulakan tindakan menabung hari ini. Menabung,melabur dan dilindungi adalah tindakan yang lebih bijak.

  • Sekiranya anda panjang umur : Keluarkan wang simpanan untuk menunaikan haji
  • Sekiranya anda sakit ( penyakit kritikal ) : Pampasan diberikan + Percuma tabungan + Keluarkan duit simpanan untuk menunaikan haji
  • Sekiranya anda meninggal dunia :
    • Jika Di Malaysia = Jumlah Perlindungan + baki simpanan + Upah haji (PruBSN Tanggung) + Wang Khairat Kematian
    • Jika Di Tanah Suci = 2x Jumlah Perlindungan + baki simpanan + Upah haji (PruBSN Tanggung) + Wang Khairat Kematian

Berminat untuk mengetahuinya secara lebih terperinci, isikan ruangan Ingin Tahu Tentang Takaful? di sebelah dan saya akan hubungi anda

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.