Satu Polisi Takaful Untuk Setel Hutang -Hutang Lain

Boleh saya tahu siapa yang tidak pernah berhutang dalam hidupnya? Di Malaysia sekarang, keluar saja dari menara gading, hutang dah tersedia ada untuk ditanggung. Antara yang paling popular ialah PTPTN ( Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara ). Terbaru, Buletin Utama memaparkan kisah seorang suami yang dipenjarakan akibat muflis . Muflis kerana tidak mampu membayar hutang kereta. Hutang dalam dunia hari ini satu keperluan. Jika ada orang yang tiak pernah berhutang, boleh jadi dia kurang siuman ataupun hidup betul-betul dikawasan hutan.

Ini hakikat. Ini juga realiti.

Saya tidak berniat untuk menghina sesiapa yang tidak pernah berhutang. Sebabnya saya yakin sangat-sangat hampir 9 dari 10 orang dari setiap rakyat Malaysia pernah berhutang. Bezanya saiz amaun hutang tersebut. Lihat diluar sana. Selesai graduasi dari menara gading, seorang mahasiswa menanggung beban hutang pendidikan. Kemudian, dia akan melalui alam pekerjaan dimana di sana bermula lagi satu episod hutang. Hutang membeli kereta, hutang membeli motor, hutang membuat pinjaman peribadi untuk berkahwin, hutang membeli rumah, hutang kad kredit dan macam-macam lagi hutang. Pendek kata, hidup hari ini mesti berhutang.

Oleh kerana kita tidak dapat lari dari berhutang, kita harus memikirkan kemampuan untuk menyelesaikan hutang tersebut. Gagal melihat kemampuan diri untuk berhutang, nescara risiko tekanan masalah kewangan akan menghidap orang-orang sedemikian. Muflis adalah hasil yang amat teruk. Namun, sejauhmana kita mampu membayar hutang, kita juga harus mengambil kira kebarangkalian yang tak dijangka. Seperti kes yang dilaporkan oleh Buletin Utama malam ini, beliau gagal membayar pinjaman kereta akibat kemalangan yang tak dijangka.

Justeru, pengurusan kewangan yang lengkap harus mengambil kira bagaimana melindungi diri dan family dari gangguan hutang tersebut. Memiliki 1 polisi takaful yang memberi amaun perlindungan secukupnya adalah KEWAJIPAN utama setiap orang. Sekiranya anda mempunyai hutang rumah RM200,000, hutang kereta RM60,000 dan hutang pinjaman peribadi RM20,000, anda harus memiliki polisi yang memberi perlindungan sehingga amaun RM280,000 atau lebih. Kelak apabila berlaku sesuatu yang tak diduga, kita tidak membebankan keluarga yang kita tinggalkan.

Namun, hakikatnya ramai yang tidak mengambil berat tentang hal ini. Bagi mereka, sudah cukup dengan apa yang ada sekarang. Kesedaran untuk mencari satu polisi insurans yang lengkap untuk menghadapi masa-masa cemas di abaikan. Itulah yang berlaku kes terpaksa menjual kereta untuk menampung kos perubatan. Ada pula yang terpaksa melelongkan rumah sendiri akibat tidak mampu menampung perbelanjaan hidup. Segala-galanya akibat kes acuh tidak acuh pada kepentingan merancang kewangan yang baik terutamanya melalui insurans.

Saya pernah bertemu dengan seorang isteri. Kisahnya beliau sudah berpuas hati dengan polisi insurans yang diambil suaminya. Setelah diselidiki, rupa-rupanya beliau hanyalah mengambil polisi perlindungan akibat kemalangan sahaja. P.A atau personal accident adalah polisi insurans yang hanya memberi amaun pampasan ke atas kematian dan lumpuh kekal akibat kemalangan sahaja. Ianya memang murah namun mahukah kita ditimpa kemalangan? Sebolehnya kita cuba menghindarinya. Lagi menyedihkan, polisi sebegini tidak mempunyai nilai simpanan. Duit yang disumbangkan akan hangus sekiranya tiada apa-apa terjadi kepada orang yang dilindungi.

Merancang kewangan dengan polisi Takaful adalah satu langkah yang bijak. Produk utamanya mempunyai perlindungan yang lengkap meliputi pampasan terhadap mati akibat semulajadi. Bahkan P.A juga disediakan. Sekiranya ditakdirkan menghidapi penyakit kritikal, wang pampasan disediakan dan percuma sumbangan seumur hidup.

Bukan itu sahaja, kerisauan orang ramai terhadap kesesakan hopiital kerajaan boleh diselesaikan dengan kad perubatan yang ditawarkan. Hospital-hospital panel tersedia ada dan serendah-rendah kos perubatan yang ditawarkan adalah RM100,000 setahun dan tiada limit seumur hidup. Apakah anda fikir anda bakal menghadapi masalah kewangan lagi jika kita anda sudah bersiap sedia dengan pelan perlindungan sendiri?

Ps: berhutang tidak salah, yang salah ialah meninggalkan hutang tersebut untuk menjadi beban kepada insan tersayang

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.