Syukur hari ini dipertemukan dengan seorang wanita yang bergelar makcik. umurnya baru mencecah 55 tahun. Kebetulan kiosk kami bersebelahan. Sepetang berbual dengan makcik ni. Rupa-rupanya dia ada butik pakaian sendiri. Cuma apabila usia menjengah tua, beliau semakin kurang menjaga butiknya. Nak dijadikan cerita, memang banyak juga celotehnya. Terutama kepedulian si makcik ini tentang keinginan beliau untuk menyertai 1 polisi takaful yang saya sedang promosikan.
Makcik : adik, makcik memang nak ambil 1 polisi insurans ni. Berapa perlu bayar?
Saya : ermmm, boleh saya tau usia makcik sekarang?
Makcik : 55 tahun,dik.
Saya : Oooh, saya ada client yang sebaya makcik. Premium bulanannya agak tinggi dan mahal la juga makcik. Lebih kurang RM350.
Makcik : makcik tak kisah. Kalau mahal sikit pun tak mengapa. Makcik dah serik. Dulu makcik nak ambil tak boleh.
Pelikk juga saya apabila si makcik ni cakap begitu. Kebiasaannya hanya 2 je kemungkinan besar kenapa orang tak boleh ambil insurans. 1 kemungkinan sebab dia takde duit. 1 lagi kemungkinan ialah dia dah ada penyakit. Justeru, saya tanyakan makcik t kembali.
Saya : kenapa makcik? Makcik pernah mohon takaful ke sebelum ni?
Makcik : takaful takde dik. Insurans ya. Makcik tak tau kenapa. Cuma dulu , 6 tahun lepas makcik menghidap penyakit jantung. Makcik dah ke hospital s******g ( sebuah hospital kerajaan) 6 tahun lepas. Dalam tempoh tu, diorang kata makcik takde penyakit jantung. Tapi makcik tak puas hati sampailah makcik sendiri ke hospital p*****i ( sebuah hospital swasta ). Mereka maklumkan yang makcik dah lama ada blockage di beberapa salurah darah. Kemungkinan makcik nak kena serangan jantung tinggi. Operation untuk setiap tiup plastik meluaskan saluran darah makcik tu lebih kurang RM59,000. Habis duit KWSP anak-anak makcik . Nak buat macammana. Tapi, sejak tu la makcik tak berapa puas hati dengan perkhidmatan hospital s*****g tu. sekarang,kalau perlu bayar mahal sikit insurans pun tak mengapa. Asalkan makcik dapat servis perubatan dari hospital swasta. Puas hati.
Cerita tamat di situ. agak-agak anda apa yang saya cadangkan
Leave a Reply