Saya yakin ramai orang yang ingin hidup kaya. Jadi jutawan dalam hidupnya. Dengan pelbagai tujuan, usaha yang dilakukan pun melalui pelbagai jalan. Cuma adakah kita semua sedar usaha yang kita lakukan tersebut selari atau tidak dengan impian ingin menjadi jutawan? Ia satu Realiti atau fantasi untuk semua usaha yang kita lakukan ?
Untuk mengenalpasti samada impian atau angan-angan, saya jemput tuan-tuan dan puan-puan muat turun ebook terkini saya “ebook : Perunding Takaful” di sini ( masih dalam pembikinan ).
Berbalik pada topik di atas, tahu tak kenapa kita harus menjadi jutawan ? Yup..maksud saya jutawan dari segi kewangan?
Jutawan & Tanggungjawab
Lihat sekeliling kita. Ini bukan soal materialistik atau gilakan kemewahan dunia. Ini lebih kepada tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang bapa, seorang suami, seorang abang, seorang pejuang anak bangsa, hatta seorang pejuang agama. Menjadi jutawan adalah satu kemestian kerana dengan kekayaan tadi kita bakal melepaskan kerunsingan anak-anak untuk menyambung pelajaran. Untuk si isteri meneruskan kehidupan yang dia berhak milik. Untuk ibu dan ayah walaupun jasa & budi mereka tak terbeli. Untuk anak bangsa. Menyediakan mereka dengan prasarana-prasarana yang membantu mereka membina kehidupan . seterusnya untuk agama. Membantu mengembangkan syiar. Apalah nasib malang jikalau hidup tidak memberi apa-apa, mati pula tiada jasa.
Itulah tujuan BESAR kenapa kita harus menjadi jutawan.
Persoalannya adakah kita boleh menjadi jutawan hari ini? Haaa…Tentu ada yang tertanya-tanya. Kerja makan gaji je. Pendapatan RM3000- RM5000 sebulan. Kalau simpan RM1000 sebulan, setahun baru RM12,000. 10 tahun baru RM120,000. 30 tahun ? 50 tahun ? Sakit ? Mati ?
Nampak macam dah tak realistik kan ?
Kisah RM 500 Ribu & 7 Beradik
Ini kisah benar yang saya dapat dari hasil perbualan saya pagi tadi. Orangnya memang tak sempat jadi jutawan sewaktu hidup, tapi meninggalkan harta pampasan separuh dari RM 1 juta untuk keluarganya.
Syukur. Kisahnya pagi tadi saya bertemu dengan seorang akak. Saya dekati beliau untuk berkongsi info tentang plan takaful. Katanya dia dah ada. Dia dah 5 tahun ambil. Saya tanyakan padanya .
Naim : Akak, Boleh kongsi dengan saya macammana akak boleh ada kesedaran awal tentang takaful & insurans ni?
Akak : Akak bersyukur sangat. Sebenarnya perkara ni berlaku pada akak. Ayah akak. Dia dah meninggal. Meninggal dalam kemalangan. Waktu tu tahun 1991. Belum ada orang melayu yang ada kesedaran nak ambil tahu dan langgan insurans ni. Ayah akak lain. Dia ambil. Ditakdirkan dia meninggal. Pampasan yang diberikan sebanyak RM 500,000. Akak bersyukur sangat. Duit tu lah yang digunakan untuk menyara akak 7 beradik sambung belajar. Bahkan sampai kahwin pun, kami masih boleh guna duit tu.
Nampak tak kesannya?
Ya. Memang mustahak kita menjadi jutawan. Namun bukan semua orang mampu menjadi jutawan. Bukan niat untuk mematahkan impian kalian tentang menjadi jutawan dalam kehidupan, hanya segelintir sahaja yang berjaya menggapai impian ini dalam kehidupan mereka. Selebihnya, samada gagal atau telah terkorban ketika dalam usaha mengejar impian tersebut. Untuk memiliki wang RM 1 juta dalam akaun simpanan, memerlukan usaha dan disiplin yang tinggi. Ramai yang tak mampu. Justeru, ramai mencari jalan mudah dan cepat. Sampailah yang tersesat. Ada yang terperangkap. Tak sempat jadi jutawan, dah jadi tak ketahuan. Kaya tak dapat kayap yang hinggap.
Polisi 1 Juta
Ini adalah salah satu cara yang mudah dan berkesan. Sungguhpun kebarangkalian anda untuk menikmatinya tipis, tapi besar manfaat kepada mereka-mereka yang anda wariskan. Dengan secebis simpanan , semua orang pasti mampu memiliki polisi macam ni. Bayangkan dengan wang persediaan RM 1 juta telah ada dalam akaun bank anda? Dapat bayangkan tak? Jika kita ditakdirkan meninggal esok hari, selain amalan apa lagi yang ingin kita tinggalkan untuk orang-orang yang kita sayang?
Cukuplah dengan apa yang kita pernah alami dulu. Atau barangkali kita pernah mendengar adik beradik bergaduh sesama sendiri demi tanah sekangkang kera. Ada pula yang diam-diam memakan harta anak yatim. Semuanya kerana harta sejemput.
Bagaimana pula dengan masyarakat yang kita tinggalkan? Apa lah yang akan mereka lakukan jika wang pampasan RM 1 juta diberikan kepada mereka? Terbayangkah kita dengan wang tersebut, ada anak-anak jiran yang boleh dibantu sesi persekolahan. Masjid dan pusat bacaan boleh diperbesarkan. Sumbangan untuk pelbagai yayasan boleh diperuntukkan.
Namun, ramai dari kita yang ambil kisah tak kisah je dengan persediaan ni. Duit rokok boleh berhabis. Duit untuk hiburan ASTRO takde masalah. Tapi nak suruh menyimpan untuk persediaan masa susah, macam-macam alasan. Sedih. Sedih saya dengan telatah orang macam ni. Mungkin mereka dah rasa aman dengan apa yang mereka ada.
Tapi bila terjatuh, barulah nak minta sana sini. Masa tu, sanggup berhabis. Bergolok gadai. Sampaikan ada yang terpaksa jual rumah tempat tinggal isteri dan anak-anak.
Adilkah untuk orang yang mereka sayang ?
Sekian.
Ps: Ingin tahu berapa jumlah sumbangan yang diperlukan untuk polisi pampasan RM 1 Juta ? Gunakan ruangan ini dan nyatakan Polisi 1 Juta dalam ruangan kotak tambahan
Wslm. Kenapa ada mak bapa yang tetap hantar anak2 ke pusat tuisyen swasta ? tak cukup lagi ke dengan kelas disekolah ?Kenapa kerajaan tak upgrade sekolah2 jadi efficient macam pusat tuisyen yang berlambak kat luar? kalau saudara boleh jawap soalan saya ni itulah jawapannya.