Selalu orang bertanya, berapa lama claim insurans boleh diselesaikan?
Jawapan biasa ialah 14 hari berkerja bagi pengendali takaful. Walaubagaimanapun, berapa lama proses membuat tuntutan/ claim bergantung kepada keadaan. Amalan kebiasaan memanglah 14 hari berkerja.
Sebagai pemilik sijil takaful, proses claim yang mudah & cepat adalah idaman semua. Tak guna juga kalau kita sebagai pemilik sijil terpaksa bersusah payah sendiri menguruskan tuntutan /claim. Sedangkan dalam masa yang sama sijil takaful yang kita ambil tersebut memang melalui agent.
Saya memahaminya sebagai seorang pemilik sijil takaful dan juga sebagai agent.
Proses claim kebiasaannya melibatkan :
- pemilik sijil yang membuat tuntutan
- pihak hospital yang menjalankan rawatan
- pengendali takaful mengendalikan tuntutan
Proses membuat claim ini juga berbeza mengikut keadaan. Kadang-kadang tak mengikut apa yang kita sangkakan. Apabila berlaku perkara-perkara diluar jangkaan, itulah yang menyebabkan proses tuntutan menjadi sukar. Pada waktu tersebut, mempunyai agent takaful yang ‘berwibawa’ amatlah penting. Maksud saya berwibawa dalam hal ini ialah :
- gigih dalam membantu
- mempunyai pengalaman yang banyak
Gigih ?
Yup, saya pilih gigih & pengalaman. Sebab faktor-faktor ini akan membantu urusan membuat tuntutan claim anda lebih cepat dan mudah. Tak guna juga jika agent tersebut berpengalaman tetapi tidak gigih membantu memudahkan urusan anda. Namun jarang sekali agent yang berpengalaman dalam membuat tuntutan untuk menyusahkan pelanggan-pelanggan di bawah seliaannya untuk membuat tuntutan. Jadi, pilihlah agent takaful anda seorang yang anda tahu dan senang berurusan dengannya.
InsyaAllah, selepas ini saya akan mula menulis siri-siri membuat tuntutan claim yang pernah saya lalui samada pengalaman lansung atau tidak lansung. Tujuannya supaya anda para pembaca yang sudah memiliki sijil takaful ataupun sedang bercadang, tahu proses dan caranya agar tidak menjadi kesulitan di masa hadapan.
Ps : Pengendali Takaful berhak untuk membatalkan permohonan tuntutan anda. Namun, anda juga berhak untuk membuat rayuan sekiranya gagal.
Speak Your Mind