Sebagai seorang muslim, zakat adalah elemen penting dalam rukun Islam yang lima. Dengan berzakat, rezeki bertambah berkat. Kadang-kadang ada masanya yang tidak disedari, anda melakukan perkara-perkara yang menghilangkan kesucian sumber rezeki anda sendiri. Jadi, berzakat dapat juga menyucikan sumber rezeki anda. Betul kan ?
Bayangkan dengan zakat yang anda laksanakan, harta tersebut pula disalurkan kepada golongan-golongan fakir miskin, muallaf ( orang yang baru masuk islam ), golongan ibu tunggal & anak yatim, pelajar-pelajar yang menuntut ilmu ( ada 8 asnaf dan saya cuma kongsikan contoh-contoh saja di sini ), dan lain -lain. Apakah akan terjadi? Bukan kah dengan harta tersebut membantu mereka yang kesusahan untuk terus hidup. Menjana pendapatan hasil perbelanjaan mereka. Sekaligus memberikan impak kepada orang lain dan masyarakat islam setempat khususnya.
Begitulah indahnya berzakat ini.
Namun…
Di sebalik kewajipan berzakat, ramai yang tidak mengambil peduli. Bahkan acuh tak acuh je. Mungkin disebabkan kurangnya pendedahan, masyarakat kurang mengambil berat hal ini. Bagi mereka, mereka masih belum berkemampuan.
Benar ke mereka-mereka ini tidak berkemampuan ?
Anda perlu tahu, zakat di dalam Islam boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Zakat Fitrah & Zakat Harta. Zakat fitrah menjadi kewajipan kepada semua muslim dan syarat untuk menjadi orang yang berkemampuan cukup minima. Saya yakin sepatutnya mereka yang telah berkerja tidak boleh berkata ” aku tak mampu “. Berlainan dengan zakat harta.Zakat harta umumnya boleh dikelaskan kepada 8 jenis.
Zakat Harta :
- Zakat Ternakan
- Zakat Pertanian
- Zakat Rikaz & Ma’adin
- Zakat Saham/ Pelaburan
- Zakat Simpanan
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat Emas/Perak
Perkara yang anda mesti tahu!
Berbanding zakat ternakan, pertanian, rikaz maadin, ramai yang tidak sedar tentang kewujudan zakat simpanan, pelaburan dan pendapatan. Bahkan ada yang tak ambil kisah pun. InsyaAllah dalam artikel-artikel yang mendatang, saya akan berkongsi serba sedikit tentang 3 jenis zakat di atas.
Leave a Reply