Sewaktu zaman di universiti dulu, saya selalu menyertai program-program pelajar yang berbentuk kempimpinan dan pengurusan. Salah satu program yang paling saya ingat ialah sewaktu menguruskan program khidmat bakti bagi salah satu kelab kolej.
Saya masih ingat di awal tahun, perancangan untuk program setahun akan dibuat. Jadi macam-macam projek yang akan disenaraikan. Setelah menyenaraikan semua program-program yang difikirkan menarik, aktiviti seterusnya ialah memilih keutamaan program dan program sandaran. Tujuannya jika program yang utama gagal, ada plan backup. Semuanya dirancang lebih awal dan anggaran bajet akan dibuat.
Apabila memasuki alam dewasa sekarang, banyak perkara yang boleh dipraktikkan kembali.
Kalau anda perasan, merancang plan backup ini juga perlu untuk kehidupan kita. Sebagai contoh ialah dengan menyertai skim takaful. Memiliki polisi takaful adalah salah satu plan backup terutamanya bagi mereka yang berkerja sendiri atau berniaga. Bagi mereka yang berkerja makan gaji pun sama. Dengannya, anda bakal mengurangkan impak risiko melalui perkongsian risiko. Dalam hidup ini, ada perkara yang anda boleh rancang. Dan ada juga perkara yang diluar jangkaan.
Bagi menghadapi perkara luar jangkaan seperti sakit, kemalangan dan lain-lain, skim takaful akan bertindak mengagihkan risiko tersebut secara bersama kepada peserta-peserta yang lain. Dengan itu, impak yang bakal diterima tidaklah terlalu memeritkan.
Anda bayangkan sekiranya semalam anda disahkan menghidapi penyakit kanser otak , apa tindakan anda?
Bagaimana dengan kos rawatan ? Adakah pihak syarikat akan menanggung segala-galanya atau selama-lamanya?
Jika tidak, apakah anda bakal diberhentikan kerja ?
Jika ya, bagaimana dengan semua kos sara hidup, hutang piutang yang nak dibayar , utiliti dan kehidupan anak-anak anda ?
Seandainya perkara ini terjadi, dan anda tidak ada memiliki sebarang polisi kad perubatan. Boleh anda bayangkan? Dengan jangkaan hayat dalam tempoh 3 bulan sahaja, apa yang anda bakal bermain di dalam kepala anda?
Amal ibadah ? Hutang piutang ? Anak-anak ? Ahli keluarga ? Kos rawatan ?
Sekalipun anda tidak peduli tentang semua ini,bayangkan apa pula perasaan ahli keluarga anda? Bagaimana mereka menerima berita ini ? Apakah anda fikir mereka redha tanpa berbuat apa-apa untuk merawat anda ?
Semua soalan ini patut anda fikirkan juga akhirnya. Ya..anda harus fikir hanya kerana anda seorang yang bertanggungjawab.
Sebab itulah anda mesti menyediakan plan B jika itu yang terjadi.
ps : Ingin membina plan B tersebut hari ini, hubungi saya sekarang.
Maaf.. saya terpaksa berterus terang dalam hal ni… tapi walaupun kita tak sependapat…
saya hormati pendapat awak… dan awak adalah antara blogger terbaik yg pernah saya jumpa