Pernah tak main “game” ni ? Saya pernah tulis perihal “gameboard” ni satu masa dulu. CashFlow 101 GameBoard : Permainan Kewangan Yang Hebat! . Masa tu saya beli dengan harga sekitar RM250. Beli dari website lelong. Sekarang kalau nak beli, boleh dapat sekitar USD50. Tapi buat apa nak bayar mahal-mahal. Anda boleh dapatkannya serendah USD3 sahaja dari AppStore ataupun Google PlayStore. Haaaa… Kan lagi murah. Mudah nak bawa ke mana-mana. Hanya install di Ipad atau tab android je.
MuatTurun
- Cashflow- The Investing Game – MuatTurun dari Apple Store
- Cashflow – The Investing Game – Muatturun dari Google PlayStore
Lebih Seronok Dan Mudah Faham Tentang Pengurusan Kewangan
Kalau sebelum ni, ramai yang kagum dengan orang-orang yang berjaya dalam pengurusan kewangan mereka. Kagum dengan bagaimana menguruskan hutang. Kagum dengan kepandaian orang-orang berjaya tersebut. Kini, anda boleh belajar sendiri dengan cara yang lebih seronok dan mudah. Saya jamin jika orang tersebut buta tentang pengurusan kewangan sekalipun, pasti akan cepat faham tentang konsep pengurusan kewangan yang betul. Saya pernah bermain game Cashflow versi mobile ini dengan kawan-kawan. Ternyata walaupun mereka belum pernah mengetahui tentang aset, liabiliti, income statement, hartanah, saham, dan lain-lain instrument pelaburan. Hanya bermain dan mereka telah terbuka minda tentang pengurusan kewangan yang canggih manggih tu.
Passive Income, Doodad, Small Deal & Big Deal
Saya yakin ramai yang tak pernah dengar lansung tentang perkataan-perkataan bombastic ni. Tapi semuanya akan lebih jelas apabila anda bermain dengan game cashflow ni. Anda akan faham kenapa perlunya Passive Income berbanding Active Income.
Kemudiannya, anda akan lebih cenderung untuk benci apabila dapat kad DOODAD yang mana anda perlu habiskan duit untuknya. Walhal dalam hidup seharian, kita gemar berbelanja pada barang yang bukan pun keperluan penting.
Bukan itu saja. Anda juga akan terintai-intai setiap peluang melalui “Small Deal & Big Deal”. Mungkin kita kurang beri perhatian tentang perkara ini dalam hidup sebenar. Tetapi, permainan ini akan memberikan kesedaran yang peluang untuk bebas kewangan ada di mana saja. Masalahnya kita tidak rebut disebabkan faktor utama tiada wang yang mencukupi.
Gaji Besar vs Gaji Kecil
Semua orang impikan gaji yang besar. Kononnya dengan gaji yang besar, segala masalah kewangan dapat dijauhi. Realitinya semakin besar gaji seseorang, semakin besar juga periuk nasinya. Maksudnya perbelanjaan seseorang dipengaruhi oleh jumlah gajinya. Ramai orang yang bergaji besar dan menghadapi masalah kewangan. Sama saja dengan orang yang bergaji kecil.
Solusinya bermula dengan simpanan. Biarpun jumlah simpanan berbeza bagi orang gaji besar dan gaji kecil. Dengan disiplin menyimpan, lama kelamaan simpanan tersebut mampu menjana lebih banyak wang untuk bebas masalah kewangan.
Mari kita semak diri masing-masing. Berapa banyak yang telah kita simpan dan ke mana simpanan tersebut digunakan? Semuanya anda akan dapati dalam permainan cashflow ini.
Rat Race
Perlumbaan tikus yang sebenar adalah lambang kehidupan kita. Samada kita sedar atau tidak, kita hidup seolah-olah tikus yang sedang berlari dalam gegelung roda. Tikus tersebut akan terus berlari dan terperangkap didalamnya. Sama seperti kita. Setiap bulan kita melalui kitaran yang sama. Berlari dalam kehidupan. Semakin jauh kita berlari, walhal didalam gelung roda yang sama, semakin banyak hutang dipungut dan dicipta. Semakin terbeban. Namun, adakah cara untuk keluar dari bebanan hutang ini ?
Berlari bebas keluar sangkar? atau terus hidup seperti tikus tadi?
Nak tau, jom la main game cashflow ni !
Ps : saya tak dibayar untuk mempromosikan game ni. Sekadar perkongsian.
Leave a Reply