Kemahiran memahami teknik Fundamental Analysis bukannya suatu yang mudah. Apatah lagi banyak kalkulasi matematik. Nak memahami tu satu cabaran. Nak menterjemahkan dalam membuat keputusan juga lagi satu cabaran yang besar.
Jadi, mari kita baca huraian admin page empayarsaham ini dengan menggunakan teknik psikologi yang menarik. Confirm mudah faham.
………………………………………………………………………………………………………………………………………….
SAYA DAH BUAT ANALISIS FUNDAMENTAL. LEPAS TU CAMANA NAK TAU OK KE TAK?
Hari ni Admin akan share kepada anda analisis psikologi yang dinamakan sbg analisis kecenderungan. Ia adalah sejenis behaviour analysis yang digunakan utk membantu anda membuat keputusan.
Anda mungkin pernah mengalami satu keadaan yang mana anda dah buat analisis fundamental, semua parameter anda dah keluarkan tetapi lepas tu anda tanya diri sendiri,
“Apa aku nak buat dgn semua parameter ni?”
Anda tak keseorangan. Ramai org yang belajar analisis fundamental dan gunakannya tapi tak tau mcmana nak buat kesimpulan dari analisis fundamental tersebut.
Sbbnya ialah kerana anda xdpt nak menggambarkan analisis fundamental ini dlm kepala. Anda sekadar nampak nombor sahaja. Berlainan dgn analisis teknikal yang mana anda nampak candle tu.
Dgn itu anda boleh menggambar dgn lebih baik.
Analisis kecenderungan membantu anda menggambarkan analisis fundamental kepada bentuk yang lebih mudah utk minda anda terima dan seterusnya membantu anda membuat keputusan.
Sebelum Admin memulakan sharing, anda ingat lagi tak yang Admin ada share ttg pendapat Admin terhadap CONNECT? (Post pada 13 Jun 5.46 pm)
Ingin Admin sebut bahawa kesimpulan yang Admin buat dari CONNECT adalah berdasarkan selera risiko Admin sendiri. Jika anda rasa CONNECT tiada masalah, teruskan. Jangan biarkan Admin mempengaruhi keputusan anda. Selera risiko kita berlainan.
Admin juga ingin berpesan jangan benarkan sesiapa pun mempengaruhi keputusan yang anda buat. Walaupun seorang sifu saham yang tersohor berkata sebaliknya, jika anda yakin berdasarkan selera risiko anda sendiri, teruskan.
Di situlah datangnya kepentingan analisis kecenderungan.
Analisis ini diajarkan oleh guru saham kami kerana beliau percaya analisis psikologi sama mustahak dgn analisis qualitative dan quantitative. Analisis psikologi melibatkan EQ yang mana EQ membantu anda menbina survival dalam kehidupan. Oleh itu, analisis kecenderungan ini membantu anda menguasai EQ anda sendiri dan mencegah dari EQ yang menguasai anda.
Itulah guru saham kami. Beliau percaya kepada flexibility dan practicality. Falsafah beliau (dan kini juga menjadi falsafah Empayar Saham) ialah selagi anda boleh buat profit, selagi itu apa cara pun boleh selagi anda yakin.
Oleh itu, beliau terbuka kepada segala bentuk analisis dan tidak rigid pada yg satu. Beliau akan trade dgn analisis teknikal jika nampak peluang. Beliau tak setuju dgn prinsip analisis fundamental iaitu membeli ketika harga di bawah semata2 kerana syarikat mempunyai fundamental yang baik kerana beliau tak mahu simpan modal lama2 pada satu stock yang tak bergerak kerana pada beliau masa yg terbuang nak tgu stock naik juga sejenis kos. Beliau melibatkan analisis psikologi yang teratur dalam setiap pelaburannya.
… ohhh maaf, cerita pasal guru saham kami menyebabkan kami terkeluar topik. Kita teruskan.
Bagaimana analisis kecenderungan berfungsi?
Dengan menggambarkan setiap stock sebagai MANUSIA !!!
Bayangkan anda adalah seorang bilionwan atau anda seorang yang sgt berpengaruh atau anda seorang artis terkenal atau anda seorang ahli kehormat bergelar Datuk. Sudah pasti ramai org yang mahu mengajak anda melabur dgn mereka kerana kekuatan pengaruh anda dan kekuatan kewangan anda.
Skrg bayangkan stock sbg seorang usahawan atau peniaga. Dia mempunyai bisnes dan dia juga mempunyai idea. Tetapi dia tidak cukup wang utk melaksanakan ideanya.
Oleh itu, bayangkan hubungan anda dgn stock anda sbg hubungan anda seorang yg punya kekayaan dgn seorang usahawan yg punya idea. Anda ada duit, dia ada idea, kedua2 dah boleh bekerjasama utk menghasilkan profit.
Namun, sblm bermula, sudah pasti anda nak periksa latar belakang usahawan ni. Betul ke dia ni boleh mengembangkan modal anda? Silap pilih, dgn wang anda sekali hilang dilarikan.
Oleh itu anda pasti nak resume dia terlebih dahulu supaya anda boleh periksa profil dia.
Perkara pertama anda nak tau –
Berapa harta dan berapa hutang yang dia ada (BALANCE SHEET)? Anda tak mahu dia gunakan wang anda utk bayar hutang dia. Kalau dia dah pakai duit anda, dari mana pula modal utk meniaga?
Perkara kedua anda nak tau –
Harta dia meningkat atau tidak (ASSET)? Ini kerana semakin banyak harta, semakin banyak dia ada cara utk meningkatkan profit.
Perkara ketiga anda nak tau –
Pendapatan dia semakin meningkat atau tidak (revenue)? Ini kerana bila pendapatan dia semakin meningkat, bermakna dia semakin pandai buat duit.
Perkara keempat anda nak tau –
Duit bersih yang dia dapat lepas tolak semua perbelanjaan dia semakin meningkat atau x (profit)? Tak guna pandai buat duit kalau kemudian boros berbelanja sedangkan duit bersih tu boleh dilaburkan utk tambah pendapatan.
Perkara kelima anda nak tau –
Adakah dia seorang yang berpengaruh atau popular (market exposure)? Duit banyak sekali pun kalau dia tiada connection atau org tak kenal dia, mcmana dia nak meniaga?
Perkara keenam anda nak tau –
Adakah offer yang dia tawarkan tu berpatutan dan setimpal dgn kebolehan dia mencari duit (PE, EV/EBIT, P/B)? Anda pasti hanya mahu melabur dgn menggunakan sesedikit mungkin modal kerana selain nak memaksimumkan profit, anda juga jangan terlalu percayakan org.
Perkara ketujuh anda nak tau –
Adakah dia mempunyai masalah membayar hutang2nya (D/E, ALTMAN-Z)? Anda seharusnya hanya mahu melabur pada orang yang tiada masalah hutang. Kalau buatnya dia muflis, dgn wang2 anda sekali akan hangus.
Perkara kelapan anda nak tau –
Dia sendiri ada duit x (CASH)? Kita tak nak melabur pada org yang gali lubang, tutup lubang. Tetapi kita juga faham kdg2 dalam bisnes kita terpaksa guna duit kita dulu… apa2lah janji jangan sampai dia ada payment default.
Analisis fundamental utk CONNECT adalah seperti Admin share kat link bawah ni. https://m.facebook.com/story.php…
Kita akan gunakan contoh CONNECT utk membuat analisis kecenderungan dgn menggambarkan CONNECT sbg seorang businessman dgn analisis fundamental yang Admin dah provide sbg resume dia.
Bayangkan anda seorang jutawan dan satu hari CONNECT dtg berjumpa anda utk satu pelaburan dan dia nak ajak anda melabur dgnnya.
Anda tanya, bisnes apa? CONNECT jawab dia terlibat dalam business telekomunikasi dan tugas dia ialah supply barang2 elektronik utk telekomunikasi.
Kemudian anda mintak resume dia dan anda baca.
Anda dapati daripada keseluruhan harta dia, hanya separuh sahaja liabiliti. Jadi anda agak2 dia ada lebihan harta.
Anda juga dapati harta dia makin lama makin bertambah. Dia pandai tambah harta, maknanya dia pandai cari sumber utk jana pendapatan dia nnt.
Anda juga dapati pendapatannya semakin bertambah. Dia pandai cari duit serta seiring dgn pertambahan hartanya.
Seterusnya anda lihat hutang2 dia tak banyak, malah duit dalam tangan dia pula yg lebih banyak dari hutang2nya. Jadi, dia tak punya masalah smpi xboleh bayar hutang.
Apa lagi?
Disebabkan hutang2nya sedikit tapi asetnya besar, anda dapati kalau dia nak buat pinjaman lagi utk besarkan syarikat dia, ada banyak lagi ruang utk itu. Pada masa sama, credit rating dia juga sihat.
Pendek kata setakat ni, si CONNECT ni bagus.
Tapi kemudian bila anda teruskan baca resume dia, anda dapati ada beberapa perkara xberapa best.
Anda dapati baki duit bersih yang dia ada seringkali tak menentu. Kejap sikit, kejap banyak, kejap minus. Sedangkan pendapatan dia meningkat. Apa dah jadi? Dia boros ke?
Dia jawab bisnes dia ada sikit masalah. Produk yang bagi untung banyak xberapa jalan. Dia juga ada beli syarikat lain. Pada masa sama dia melangsaikan hutang2 dan ada syarikatnya pula belum bagi pendapatan.
Dia kata dia ada sedikit masalah, tetapi itu semua sementara, katanya.
Ok la. Anda terima penjelasan dia.
Last sekali anda tgk pada offer yang dia tawarkan. Anda dapati offer tersebut agak mahal.
Pada masa sama, anda juga tertanya2 adakah anda faham dgn business telekomunikasi?
Kesimpulan.
Setelah anda lihat semua tu, apa yang anda nak buat? Nak terima offer dia? Nak reject offer dia? Berdasarkan selera risiko anda sendiri, anda tentukan.
Bagi Admin, Admin suka dgn si CONNECT ni. Dia pandai cari harta dan cari pendapatan. Tapi dia boros, kurang pandai menjaga belanja sampai duit bersih dia terumbang-ambing.
Dia juga kata ini sementara, tetapi Admin xberani percaya sbb dah agak beberapa lama duit bersih dia terumbang-ambing. Bukan baru ni ja terjadi.
Tapi Admin appreciate tindakan dia utk langsai hutang2 lapuk, besarkan syarikat dia dgn beli syarikat lain. Nampak dia ada inisiatif.
Admin juga faham produk high end dia tak berapa jalan sbb keadaan ekonomi yang belum kuat sedangkan business telekom ni perlukan banyak maintenance.
Cuma Admin tak setuju dgn offer yang dia tawarkan. Harga terlalu mahal bagi Admin.
Betul juga harganya skrg mmg sgt murah berbanding harga yg rakan2 dia offer, dan kalaulah deal ni berjaya, Admin boleh untung besar. Tetapi bagi Admin, itupun kalau berjaya. Kalaulah CONNECT boleh yakinkan Admin dgn menjaga duit bersih dia elok2, mungkin Admin akan consider.
Setelah diteliti offer CONNECT, Admin memilih utk tidak mengambil offer dia sbb bagi Admin banyak lagi orang lain yang memberikan offer yang lebih baik.
Admin juga yakin, dgn inisiatif yg CONNECT buat, dia akan semakin maju pada masa akan dtg. Tapi, lain kalilah…
Anda pula bagaimana?
Leave a Reply