Di sini saya telah buatkan 1 template excel untuk mengira untung rugi dalam pelaburan ASB menggunakan ASB Financing. Kalau anda perasan, banyak status-status di Facebook yang menerangkan tentang kelebihan ASB Financing dan menyesuaikannya dengan strategi kewangan masing-masing. Contohnya strategi untuk beli rumah. Strategi beli kereta.
Cuma, pengiraannya pasti buatkan anda pening kepala sekejap. Adapun mungkin ( hehe..macam ayat kitab lama ), ramai yang terus lompat ke bahagian penghujung disebabkan pengiraanya yang memeningkan kepala.
Justeru, saya kongsikan di sini template kalkulator ASB financing untuk kegunaan anda. Anda boleh sesuaikan dengan strategi kewangan sendiri dengan lebih mudah.
Panduan Menggunakan Kalklulator ASB Financing
Kalkulator ini menggabungkan 3 teknik utama secara berasingan iaitu :
-
Teknik Rolling ( Dapat Dividen, Bayar Instalment Tahun Berikutnya )
-
Teknik Compounding ( Tidak Usik Dividen & Terus Bayar )
-
Simpanan Sendiri ( Simpan Sendiri Tanpa Berhutang Untuk Pelaburan )
Asasnya, kalkulator ini hanya mengandaikan kadar pulangan pelaburan ASB adalah sama setiap tahun dan kadar keuntungan bank ( profit rate/ interest rate ) juga sama. Sedangkan situasinya boleh berubah.
Tab-Tab Utama ( Navigasi di Bahagian Bawah )
Saya reka kalkulator ini untuk mempunyai 4 tab sahaja iaitu :
-
UTAMA : hanya gunakan bahagian ini untuk memasukkan data anda
-
JADUAL PEMBIAYAAN ASB : tab ini memaparkan jadual pembayaran ASB anda dengan pihak bank dan baki akhirnya pada setiap tahun
-
JADUAL AMORTISATION LOAN : tab ini adalah kalkulator perincian bagi tab Jadual Pembiayaan ASB
-
JADUAL SIMPANAN SENDIRI : tab ini bertujuan memaparkan dividen yang diterima melalui simpanan bulanan
JOM Mulakan Pengiraan
Untuk menggunakan kalkulator ini, anda hanya perlu memilih :
- Jumlah Pembiayaan ASB yang dikehendaki
- Jumlah Kadar Dividen ASB
- Jumlah Tempoh Pinjaman
- Jumlah Kadar Keuntungan Bank/ Kadar Faedah
Sebagai contoh :.
Ahmad ingin membuat pelaburan ASB dengan meminjam dari bank ABCD sebanyak RM50,000. Pinjaman ini kadar keuntungan Bank ( Bank Profit Rate/ Interest Rate ) ialah 5%. Dengan kadar dividen 7% setahun, Ahmad ingin tahu berapa keuntungan yang bakal beliau dapat jika membatalkan pinjaman ini pada tahun ke 8.
( Rujuk Gambar )
Setelah anda masukkan butiran yang dikehendaki, kalkulator ASB financing ini akan kirakan keuntungan bersih yang bakal anda terima dari ketiga-tiga teknik secara perbandingan ( caj-caj lain pihak bank tidak dimasukkan disebabkan berbeza caj i.e : caj dokumen/caj stamp duty ) .
(Rujuk Gambar Teknik Rolling )
(Rujuk Gambar Teknik Compounding )
(Rujuk Gambar Teknik Simpan Sendiri )
* Saya tidak bercadang untuk menghuraik satu persatu item perincian didalam setiap teknik bertujuan untuk mengelakkan artikel ini terlalu panjang. Tetapi jika ada permintaan yang banyak, insyaAllah saya akan perincikan dikemudian hari.
Dari setiap teknik, anda boleh mengenalpasti mana satu teknik yang sesuai dengan game plan ( strategi kewangan ) anda. Tidak ada teknik yang terbaik. Yang ada cuma yang mana satu paling sesuai dengan anda.
Contohnya seperti gambarajah di atas, jika Ahmad ingin memaksimakan % untung, tentulah teknik Rolling akan dipilih. Tetapi jika pilihan Ahmad untuk mendapat lebih banyak jumlah pelaburan, Teknik Compounding lebih sesuai kerana Teknik Rolling tidak boleh leverage ( 1 orang hanya 1 akaun ASB ) kepada pelbagai akaun.
Teknik Simpanan Sendiri? Mungkin sesuai untuk Ahmad jika dia tidak mahu untuk berhutang.
Ok. Membantu tak? Selamat menggunakannya
KEMASKINI :
Kalkulator ASB Financing ini PERCUMA. Tak perlu beli pun. Dapatkannya di sini

AKSES PERCUMA KALKULATOR ASB FINANCING DI SINI
Recent Comments