Saya baru beli buku ni pagi tadi. Kebetulan nak bermusafir jauh dengan ETS, saya sempat menghadamkan semua input dalam buku ini dalam ruang waktu 2 jam 30 minit sahaja.
Buku ini memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin membina tangki pendapatan dalam bidang hartanah dengan lebih serius. Kenapa? Sebab keunikan buku ini menampilkan perkongsian dari mereka yang telah berkecimpung dan berpengalaman luas dalam bidang hartanah komersial.
Selalunya kita dijamu dengan perkongsian melalui pelaburan hartanah kediaman. Tapi jauh di sana, ada peluang menjana lebih keuntungan melalui pelaburan dalam hartanah komersial.
Sekilas Lalu
Buku PROPRENEUR setebal 110 ( lebih kurang sebab ada iklan-iklan ) halaman dan ditulis dengan ‘space’ dan ‘paragraph’ yang agak sederhana ini memang boleh cepat habis baca. Kalau buku sebegini versi cetakan luar negara, rasanya takkan sampai 50 mukasurat pun. Bertemakan “Property Owner + Entrepreneur + Investor “, buku ini menyajikan perkongsian dalam 7 strategi pelaburan hartanah komersial yang boleh diceburi. Di bahagian penutupnya, penulis menyelitkan perkongsian berkaitan perundangan dalam pelaburan hartanah ini. Bahasanya tak susah mana. Level BI SPM C macam saya ni pun boleh je baca dan faham. Jangan risau.
Penulisnya, Siapa ?
Maaf. Saya tak kenal. Tapi antara anak muridnya ialah Ahyat Ishak yang popular dalam pelaburan hartanah. Jika anak murid dah hebat, tentulah gurunya lagi hebat. KC See. Ada 1 Chapter dalam buku ini memperihalkan KC See dan strategi terkini beliau dalam hartanah komersial. Memang tak pernah terfikir pun. Power idea dia. Nak tahu? Yang tu kena la beli buku ni..hehehe
7 Strategi Pelaburan, Agak -agak Mana Yang Sesuai?
Hasil gabungan pengalaman 7 orang dalam bidang hartanah masing-masing, memang ada strategi yang rasa-rasanya boleh dipraktikkan dalam masa terdekat. Kalau dulu, ramai yang belum tahu tentang ‘SUBLET’, dalam buku ni, strateginya lebih advance. Lebih terkehadapan.
Ok..Saya kongsikan sikit antara strategi yang didedahkan.
Anda pernah dengar tentang Capsule Hotel? Pernah terfikir model bisnes ini? Tentu pernah dengar tapi tak tergambar bagaimana orang biasa boleh menjalankannya. Semua itu, dikongsikan dengan lebih mendalam. Tapi tak la terperinci.
Ada lagi. Pernah dengar tentang Virtual Office & Service Office? Yang ini saya pun pernah terfikir dulu. Cuma terbantut memikirkan bagaimana nak merealisasikannya. Penulis yang berkongsi siap sediakan panduan dan tips untuk menjalankan bisnes ni.
AirBnB? Haaa..yang ni ramai dah tau. Saya pun buat juga. Tapi tak laku pun. Banyak tempahan datang dari Booking.com. Apa yang disampaikan penulis, memang ada kewajarannya kenapa homestay saya tak berapa hot di AirBnB. Nak tahu kenapa? Haaa…tip tu ada dalam chapter 5.
Ok..3 cukuplah. Kalau saya detailkan semua nanti, korang tak beli buku ni. Oh ya!. Saya bukan penjual buku tau. Takde komisen pun tulis dan review buku ni. Ini kiranya perkongsian la.
Cadangan Penambahbaikan
Entah. Rasanya dah ok. Harga pun takde lah mahal sangat. Tertera RM39.90, tapi tadi bayar cuma RM31.90 di Popular Bookstore. Kalau buku ni dicetak seperti buku-buku popular luar negara ( ala kertas kuning tu ), rasanya lebih banyak input boleh ditambah dengan lebih terperinci. Seperti 1 2 3 langkah-langkah atau perkongsian pengalaman bermula dalam setiap strategi tu. Harga boleh dikekalkan sebab itu harga yang ideal. Kebiasaanya buku-buku yang harga RM70 ke atas, orang akan keluar seluk poket banyak kali. Apatah lagi bacaan berilmiah macam ni. hahaha.
Ok. Itu saja.
Jika anda rasa perkongsian ini bagus, jangan lupa share dan tinggalkan komen sikit. Barulah bersemangat saya nak tulis review buku-buku berkaitan kewangan yang lain.
Leave a Reply