Ada perbezaan ketara yang baru saya perasan dalam template Kalkulator ASBFinancing yang saya buatkan.
Dalam versi lama, saya hanya meletakkan LUMPSUM setahun amaun di bahagian simpanan sendiri. Ini berbeza dengan realiti yang saya nak sampaikan. Dah namanya simpanan bulanan. Anda tentulah akan menyimpan dalam mode bulanan secara sedikit demi sedikit. Kesannya, pengiraan dividen ASB juga akan berbeza berbanding jumlah simpanan lumpsum terus di awal tahun. Untuk pengetahuan anda, pengiraan ASB adalah berdasarkan purata baki minimum akaun setiap bulan.
Mari saya tunjukkan perbezaannya & kenapa pengiraan terdahulu akan jadi kurang tepat dalam versi lama.
Katakan anda memilih amaun RM256.36/sebulan. Amaun ini dapat dianggarkan menerusi pengiraan pinjaman RM50K ASB pada kadar profit bank @ bank interest 4.9% setahun selama 30 tahun tempoh pinjaman.
Pengiraan lama simpanan sendiri:
LUMPSUM amaun setahun x kadar dividen = dividen ASB
(RM265.36 x 12 ) x 0.07 = RM222.90
Dalam tempoh 5 tahun pertama, dividen terkumpul ialah RM1,281.87.

Pengiraan terkini simpanan sendiri :
(Jumlah baki minima akaun setiap bulan/ 12) x kadar dividen = Dividen ASB
((78 x RM265.36 )/12) x 0.07 = RM120.74
Dalam tempoh 5 tahun, dividen yang terkumpul mengikut pengiraan ialah RM1,147.95

*78 adalah hasil tambahan bilangan bulan dalam setahun. 1+2+3+4 sehingga 12.
KESIMPULAN
Terdapat ralat dalam pengiraan kalkulator asb financing yang lama. Disebabkan perbezaan tersebut diperbetulkan, pengiraan sebenar dividen bagi simpanan sendiri adalah lebih rendah .
Lihat.
Dengan simpanan RM265.36 sebulan di ASB utk 5 tahun, jumlah simpanan anda ialah RM15,921.80 + dividen terkumpul RM3084.97. Peratusan untung bersih 19%.
Tetapi, hanya menukar strategi kepada OPM ( Others People Money ) dengan ASBF, modal simpanan anda RM15,921.80 + dividen terkumpul RM8356.93. Peratusan untung bersih 52%. Lebih banyak berbanding simpanan sendiri bukan?
Jadi, anda rasa mana lebih UNTUNG?
PS : Teknik ROLLING pun lagi untung. Cuma ada kekangan2 lain.
Nak kalkulator ASBF ni secara percuma? Boleh download di sini sebelum saya menukar fikiran untuk menjualnya 😅 Zaman sekarang, semua nak dijual…hahaha
Leave a Reply