Rasanya ini adalah perubahan kali ke-3 untuk template KALKULATOR ASB FINANCING yang saya hasilkan.
Dalam versi pertama atau versi asal, saya telah hasilkan paparan 4 tab ( Utama , Jadual Pembiayaan, Jadual Amort & Jadual Simpanan Sendiri ). Saya sedari ramai yang susah nak tekan kalkulator nak buat kira-kira. Terutamanya bila membabitkan pelbagai teknik. Asasnya 2 saja teknik. Iaitu teknik Compounding & teknik Rolling dari pembiayaan. Justeru dengan versi asal ni, saya berusaha supaya ramai dapat kira sendiri dan merancang apa teknik yang bersesuaian dan berapa potensi yang bakal diterima jika “surrender” lebih awal dari tempoh pembiayaan.
Dalam versi kedua pula, saya buat perubahan dalam paparan Tab Jadual Pembiayaan Sendiri khususnya bahagian pengiraan sekaligus Dividen ASB bagi simpanan sendiri . Ini kurang menepati pengiraan sepatutnya kerana Dividen ASB ni lain sikit kaedahnya. Anda tahu kan pengiraan Dividen ASB sebenarnya berdasarkan Purata Baki Minima Bulanan. Maksudnya, dividen akan dikira secara purata ( campur semua dan bahagikan secara purata untuk 12 bulan ) ke atas baki minima @ jumlah terendah simpanan setiap bulan. Boleh faham tak?
Jika anda rasa macam susah sikit nak faham, boleh rujuk dalam artikel saya ini ” Bagaimana Nak Kira Dividen ASB Untuk Simpanan 3 Bulan Saya ? ” – artikelnya belum tulis ..hehe
Dalam versi ketiga ini, saya telah menambahbaik dan meringkaskan Template Kalkulator ASB Financing. Sebenarnya agak tricky dan sulit juga bila terlalu banyak nombor yang terpapar. Walhal bukan semua orang perlu fahamkan setiap perincian tu. Jadi saya ringkaskan dengan seringkas-ringkasnya.
VERSI 3 : KALKULATOR ASB FINANCING RINGKAS
Ya. Kata kuncinya ialah ringkas. Lihat !. Cuma satu paparan sahaja. Dalam paparan ini, anda hanya KOTAK MERAH ( yang perlu diisi ) dan jadual pengiraan untung rugi.
Betul tak? Lebih ringkas dan padat.
Anda boleh terus DOWNLOAD Kalkulator ASB Financing ini di dalam Group Channel Telegram @TemplateKewangan . Saya sudah upload dalam folder berbentuk zip. Ia lebih mudah berbanding google drive sebelum ini. Namun, template ini lebih sesuai digunakan dalam komputer. Jika menggunakan handphone pun boleh. Cuma kena scroll kiri kanan sikit sebab paparannya besar berbanding saiz paparan di handphone.
ps: kenapa tak letak link download terus kat sini ? Ermmm..saya bercadang untuk mengumpul lebih ramai subscriber dalam group telegram tersebut. Kelak anda akan terus dimaklumkan jika ada sebarang perkongsian dari saya.
Speak Your Mind