
” Anak Lelaki 2 Bahagian Anak Perempuan “. Rata-rata ramai tahu tentang asas ini. Jika si mati meninggalkan 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan, maka si anak lelaki mendapat lebih 2 bahagian berbanding anak perempuan iaitu 1 bahagian.
TETAPI… ada kesilapan yang selalu terjadi.
Contoh kes:
Si mati meninggalkan 3 anak perempuan & 2 anak lelaki. Isteri, ibu, ayah semua mati sebelum si mati.
Kesilapan yang selalu terjadi :
Anak lelaki dapat 2/3, anak perempuan dapat 1/3. Yang 2/3 dibahagi kpd 2 orang anak lelaki. Yang 1/3 tu dibahagi kpd 3 anak perempuan.
- 3 Anak perempuan : 1/3
- 2 Anak lelaki : 2/3
Pembawah dibesarkan ( 3 x 3 ) menjadi 9. Kemudian :
- 3 Anak perempuan : 3/9 ( setiap seorang 1/9 bahagian )
- 2 Anak lelaki : 6/9 ( setiap seorang 3/9 bahagian )
Nampak ? pengiraan ini jadi salah apabila nisbah anak lelaki dah jadi 3 kali ganda bahagian anak perempuan.
Yang dimaksudkan sebagai 2 nisbah 1 bukanlah merujuk kepada group anak lelaki nisbah kepada group anak perempuan. 2 nisbah 1 merujuk kepada setiap kepala atau individu anak-anak itu sendiri.
Ini yang disebut dalam kitab faraid sebagai ‘adad ru’us (bilangan kepala).
Atau lebih biasa digunakan sebagai istilah ‘juzuk saham’ sebab itu cara nak menjuzukkan saham itu kepada setiap pewaris.
Maka dalam contoh kes di atas, pengiraan yang betul ialah;
Juzuk saham 7. Caranya ialah dengan menjumlahkan semua bahagian mereka dahulu.
- Anak lelaki 2 bahagian : 2 orang x 2 bahagian : 4
- Anak perempuan 1 bahagian : 3 orang x 1 bahagian : 3
- Jumlah bahagian : 7
Seterusnya barulah dibahagikan mengikut kepala iaitu :
- Setiap anak perempuan , bahagiannya 1/7
- Setiap anak lelaki, bahagiannya 2/7
Barulah di akhirnya pengiraan nisbah yang tepat dihasilkan apabila setiap anak lelaki mendapat 2 bahagian berbanding anak perempuan.
Recent Comments