Beli & Borong Barang Dari China – Pinduoduo & 1688.com

Dah lama saya tak menulis rasanya. Hampir 2 bulan.

Dalam penulisan kali ini saya nak berkongsi tentang cara yang lebih mudah untuk memborong dari China dengan harga yang lebih murah. Semua orang sudah biasa membeli barang dari Shopee dan Lazada. Tetapi tahukah anda juga boleh membeli dengan harga yang lebih murah dari Shopee ( seller china ) jika kena dan tahu caranya. Tak semua lah..tapi boleh kata murah.

Ini satu barang mainan yang saya beli dari China. Mainan “Hulk Gladiator”.

hulk gladiator

Harga yang paling murah ialah RM27. Termasuk shipping. Jika anda ingin membeli untuk kegunaan sendiri, ini mungkin pilihan terbaik. Cuma perlu menunggu 7 hari untuk terima barang. Lain-lain seller menjual pada harga antara RM40-RM70.

Local Seller ( Peniaga Tempatan ) menjual pada harga RM45. Pastinya sangat sesuai untuk pembeli yang ingin membeli dengan penghantaran segera.

Jika saya sebagai pembeli dan tak kisah pun bila sampai, saya akan membeli pada seller China yang menjualnya pada harga RM27. Tetapi jika saya ingin segera, saya akan membeli dari seller tempatan kerana mainan boleh sampai esok atau lusa. Lebih cepat.

Betul tak?

Baik… Dalam artikel ini saya akan tunjukkan bagaimana anda juga boleh mendapatkan harga seperti seller china dan menjual kembali pada harga local seller. Bolehlah untung sekitar 60% .

Mainan ini saya beli dari PINDUODUO. Harganya ialah 39.6 yuan. Bersamaan RM25.18 sahaja. Nampak tak? Harga lebih murah dari seller china tadi kan?

Mari kita check di web borong yang satu lagi iaitu 1688.com.

Lagi murah kan? dari 22 -25 yuan. Bersamaan RM12-16. Fuuhh memang murah sungguh. Cuma pembelian di 1688.com ni ada syaratnya iaitu mesti membeli dalam kuantiti ditetapkan ( minima dalam kes ini ialah 3 barang ).

OK.. Boleh faham setakat ini?

Di PINDUODUO, boleh beli minima 1. Harga dalam RM25. Shipping dari seller ke warehouse ( tentang warehouse ini saya akan ceritakan kemudian ) adalah percuma.

Di 1688.com pula, harga jauh lebih murah iaitu RM16 .Cuma kena beli minima 3 barang dan shipping dari seller ke warehouse dikenakan caj tertentu.

Mana satu nak pilih ni?

Susah juga nak terus decide. Sebab kena ambil kira kos shipping juga dan berapa jumlahnya. Saya mudahkan beberapa perkara yang perlu anda fikir dan pertimbangkan .

  1. harga barang
  2. kuantiti barang
  3. berat barang
  4. saiz barang
  5. kos shipping ke warehouse
  6. kos shipping dari warehouse ke rumah di Malaysia
  7. caj-caj lain yang terlibat

Susah nak buat keputusan terus. Jadi saya sarankan anda gunakan excel ( recommended sebab boleh auto ) atau buatkan 1 table perbandingan. Masukkan 7 perkara yang saya nyatakan di atas.

Boleh setakat ni?

Nanti saya sambung tulisan ini dalam artikel seterusnya berkaitan pembelian di 1688 sahaja dulu. Selesai bab tu, saya akan ceritakan tentang bagaimana membeli di PINDUODUO.

B001 : Ebay Registration Suspension – Tahniah!

Sudah agak lama tak menulis di sini. Sibuk. Almaklum bulan Ramadhan. Kerja di pejabat banyak yang tak terkejar. Dah bertangguh-tangguh jadinya. Tambahan pula permohonan pelanggan untuk pembiayaan peribadi terutama dari sektor awam meningkat-ningkat. Kalau siangnya sibuk dengan kerja, malam pula perlu diperuntukkan untuk menghidupkan ramadhan. Itulah sebabnya perasaan nak menulis di sini dibiarkan berlalu.

Ramadhan hanya tinggal seminggu. Bulan yang penuh rahmat ini akan berlalu pergi. Banyak catitan dan pengalaman manis + pahit dalam bulan ni. Dari keseronokan melayan eBay, mengikuti kelas CPA, bertengkar di tempat kerja sehinggalah mendapat surat cinta dari eBay. Semuanya diharungi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Lebih kurang seminggu lalu, saya sibuk melayan keseronokan eBay. Begitu mudah nak cari duit tambahan dari internet ni sebenarnya. Dari menjadi ‘orang tengah’, sehinggalah membungkus sendiri barang jualan untuk dihantar ke lokasi pembeli. Merata-merata pembeli ni. Penghantaran melibatkan pembeli-pembeli dari UK, US, el Salvador, Chile, Sweeden bahkan dalam Malaysia sendiri. Seronok sebab ini ilmu yang susah nak dapat. Pengalaman berurusan di pejabat pos. Itupun ilmu jugak. Tak sangka begitu mudah mencari wang diinternet. Sehinggakan saya yang newbie ( niubai ) eBay berjaya menghasilkan jualan mencecah RM800 sehari. Itupun masih ramai pembeli yang tak membayar. Sekadar ‘joybidder’. Apa nak buat. Sudah menjadi lumrah.

Namun, [Read more…]

RempitEbay- Celoteh Ringkas

“Salah satu cara mudah mencari sumber pendapatan di internet ialah dengan ber”EBAY”

Langit tak senantiasa cerah. Sampai masanya, mendung berarak dan hujan pasti akan turun. Itu lumrah. Begitu juga dengan kehidupan si makan gaji. Khususnya naim sendiri. :) Usia yang semakin meningkat, umur yang semakin singkat, menanti lebih banyak tanggungjawab yang bakal dipikul. Menyimpan wang di usia yang muda sangat penting untuk mencorakkan kehidupan yang lebih tenang dan selesa untuk masa tua.

Namun, bukan semua orang mampu menyimpan wang dengan banyak . Betul tak?

Kalau gaji cuma RM2000, berapa sangat lah yang boleh disimpan? Sebab itu ramai eksekutif muda hari ini tak banyak yang menyimpan. Tak cukup katanya . Heh heh… Tak payah menunding pada orang lain. Cukup sekadar merujuk kepada empunya diri.

Untuk meningkatkan simpanan, kita tak semestinya bergantung terus pada wang gaji. Ini penting. Jika kita terlalu bergantung kepada gaji, bahananya minda kita kurang kreatif. Akal pegun statik. Memang benar, kebijaksanaan dan disiplin yang tinggi menguruskan kewangan diri akan membantu membina simpanan wang yang stabil. Namun, meletakkan fakta tersebut sebagai alasan untuk tidak berkerja lebih akan merugikan masa dan tenaga. Sepatutnya jiwa anak muda harus lebih kental, berkobar-kobar semangatnya untuk membina bahtera kewangan yang lebih besar, kukuh dan semestinya halal untuk [Read more…]

Kenapa Perniagaan Online Begitu Menyusahkan?- Modul Minisite

Jika soalan ini di ajukan kepada saya, saya akan katakan perniagaan online ini susah sebab saya bukan orang IT. Saya bukannya orang yang pandai tentang komputer. Namun, semua ini sebenarnya bukan penghalang besar. Betul tak?

Jika azam dan impian jelas, masalah boleh dianggap sebagai satu ujian. Ujian itu cuma ujian. Bukannya penghalang kepada kejayaan. Ujian tidak sepatutnya dianggap sebagai ‘signal’ untuk kegagalan. Sebaliknya ia adalah salah satu dari cabang-cabang kejayaan. Percaya atau tidak, ia hukum alam. Setiap kejayaan menuntut kegagalan.

Membina perniagaan online menuntut sedikit sebanyak kefahaman tentang IT. Ia satu kemestian. Namun menjadi pakar bukanlah satu kewajipan. Apa yang penting ialah sesorang itu perlu mempunyai motivasi yang tinggi. Bagaimana motivasi memainkan peranan ditentukan dengan usaha yang mereka lakukan.

Beberapa hari yang lepas, saya menerima satu emel dari kumpulan IM terkenal tempatan. Usaha mereka mengetengahkan konsep perniagaan online secara praktikal amatlah dihargai. Ia satu pengorbanan dan sumbangan yang besar untuk tanah air. Mungkin ramai yang belum sedar.

Di sini, saya kongsikan 1 modul penting dalam perniagaan internet iaitu Modul Membina Web Jualan. Ini modul yang berkualiti. Bahkan ia percuma. Sekiranya modul seperti ini anda dapati dari mana-mana seminar perniagaan online, saya yakin seminar itu bukan serendah RM100 yuran penyertaannya. Pasti lebih mahal! :)

Kini, anda [Read more…]

Teknik Pemasaran Facebook :Projek FB 10K Fan

Ini projek Facebook pertama naim. Kagum dengan teknik-teknik marketer lain melalui Facebook ni. Jadi tak salah kalau naim mencuba. Sebenarnya takut juga. Takut GAGAL, sesuatu yang amat sukar dipisahkan dari orang kebiasaan macam naim ni.

Apa yang naim nak buat dengan projek Facebook 10,000 fan ni?

Tujuannya ialah untuk menguji kehebatan kuasa social networking yang ada dalam Facebook terhadap teknik pemasaran internet. Bagi yang dah terbiasa, projek ni celah gigi je, bukan? 🙂 Lain lah kalau macam naim ni.

Apapun, lebih baik naim rekodkan kat sini. Bukan apa, senang nak mengingatkan diri. Lagipun , menulis sesuatu yang kita azamkan dan matlamatkan ,kemudian berkongsi dengan orang ramai, sedikit sebanyak akan meningkatkan usaha.

Teknik Pemasaran Facebook

  • Nama Projek : FB 10K Fan
  • Tempoh masa : 2 bulan
    • 1 bulan : untuk kumpulkan fan
    • 1 bulan : untuk “CPA+Adsense+Affiliate”
  • Sasaran :
    • 10,000 fan
    • Adsense : USD$1000
    • CPA : USD$1500
  • Gerak Kerja : ( akan dicatatkan setelah cukup 2 bulan )
  • Due Date : 1/5/2010

Mudah-mudahan berjaya. 🙂

PS: oleh sebab tempoh masa yang terhad, kemungkinan naim akan gunakan teknik berbayar