Mari Beli Domain Murah (MBDM) Siap!

EBOOKBELIDOMAINAlhamdulillah, akhirnya berjaya juga naim siapkan satu panduan percuma untuk tahun 2009 ni. Rasanya macam dah agak terlewat. Tapi tak kisah lah, mungkin ia boleh membantu sesiapa sahaja diluar sana yang berhajat untuk memiliki domain sendiri.

Jika diizinkan tuhan, naim akan cuba siapkan siri seterusnya dalam masa seminggu dua lagi. Sebenarnya, kita kat perlu jadi seorang yang sempurna untuk buat sesuatu. Yang penting, bertindak. Sekali kita bertindak, kita akan dapat lihat hasilnya. Dari hasil tersebut lah yang akan menjadi motivasi kepada diri untuk terus menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Dari situ lah bibit-bibit kesempurnaan akan kelihatan.

Plan Untuk Minggu Ini

Hujung minggu ni, ada sikit plan baru. Plan lama masih berjalan macam biasa. Plan baru nak menyiapkan 1 projek tergendala dan dapatkan sebanyak cash yang boleh. InsyaAllah boleh dapat dalam RM600 ( jangkaan sahaja ). Projek tu ada kaitan dengan jual ebook jugak. Keberkesanan tu tak pasti macammana. Cuma boleh mencuba je le.

Langkah Pertama : Siapkan semua kelengkapan produk termasuk website yang lengkap untuk menjual

Langkah Kedua : Siapkan semua pakej MRR ( Master Resale Right ) untuk produk tersebut

Langkah Ketiga : Siapkan web affiliate yang simple untuk memudahkan customer VIP menjana pendapatan agen dari produk tersebut.

Langkah Keempat : Siap!!! hehe..

Ntah jadi ke tidak . Rancang je le dulu. Malam ni fokus untuk siapkan langkah pertama je dulu. Pagi besok, mungkin boleh siapkan langkah kedua. Sebelah petang untuk langkah ketiga. Malam besok , rest le sekejap.

Pagi Ahad baru start testing semua bahan-bahan.

Motif kali ini ialah :

  1. Dapatkan CASH RM600
  2. Gembirakan hati pelanggan produk sedia ada ( PPCPercuma & PanduanVCC )

Mudah-mudahan segala gerak kerja ana ni menjadi mudah. InsyaAllah ana azam kali ini 20% dari keuntungan akan ana sedekahkan pada pertubuhan2 Islam yang terdekat.