Nak Tukar Duit Raya 2013 ?

Sebelum ni saya pernah tulis catatan tentang aktiviti tukar duit raya. Memang dah lama. Tak sangka dalam beberapa hari ni, ada banyak pelawat yang mengunjungi blog ini semata-mata hasil katakunci “tukar duit raya“. Ok, anda dah tukar duit raya untuk 2013 ni?

imageKalau belum, elok sangat la pergi sekarang. Saya pun baru saja tukar duit raya ni semalam. Tukar di CIMB Bank. Itupun setelah gagal pada hari jumaat sebelumnya dan hari isnin. Lain cawangan bank lain praktisnya. Ada cawangan bank yang buka kaunter untuk tukar duit raya sehingga jam 11 pagi je. Ada yang takde had masa. Terpulanglah. Tapi untuk selamat, lebih baik pergi dalam jam 9.30 hingga jam 11.00 pagi. Masa-masa macam ni tak ramai sangat orang. Jadi proses pun cepat. Pergi je ke kaunter pertanyaan. Bagitau nak tukar duit raya. Biasanya ada form nak kena isi. Alaaaa form yang nak diisi tu sekadar nak tau jumlah note yang dikehendaki. Baru dapat no giliran dan tunggu je. Oh ya, satu lagi kalau nak tukar duit raya ni pergi ke cawangan yang besar sikit. Nak tau besar tak besar, tengok je jumlah mesin atm yang cawangan tu ada. Kalau besar, banyak le mesin atm tu. Hehe.

 

Caj ? setakat ni takde lagi caj. Cuma ada terdengar khabar yang sesetengah bank hanya benarkan pertukaran duit raya tu untuk pelanggan masing-masing. Oleh itu….Saya sarankan anda pergi ke bank yang memang anda ada akaun. Senang sikit.

Itu sajalah catatan saya tentang tukar duit raya 2013 kali ini. InsyaAllah harap-harap membantu sesiapa sahaja yang masih belum tukar duit raya.

ps: Tahun ni saya tukar note RM1 je. Ada ke orang tukar note RM50?

Selamat Hari Lahir NaimRahim.com

Alhamdulillah, Syukur. Dalam sedar tak sedar, blog ni dah pun berusia 3 tahun. Domain NaimRahim.Com ni saya beli pada bulan September 2009. Setelah kodek mengkodek, saya berjaya menghasilkan 1 blog atas domain sendiri.

Artikel pertama yang saya ‘publish’ dalam blog ini ialah pada 11/10/2012.

Dalam tempoh 3 tahun ni, sebanyak 110 artikel yang dah saya tulis dan siarkan. Purata saya menulis cuma 35 artikel je setahun..hohoho. Malas. Memang malas.

InsyaAllah, jadi azam untuk blog ni pada tahun depan ialah untuk :

1) berkongsi ilmu dalam setiap artikel setiap 3 hari.
2) mendapatkan pengunjung purata harian 200 orang
3) mendapatkan pautan dari blogger lain ( 50 link )

Semoga saya berjaya ! :)

Rahsia ZUHUD Hassan al-Basri

Syukur. Setiap hari kita secara sedar atau tak diberikan limpahan nikmat dari Tuhan tanpa putus-putus. Persoalannya adakah kita benar-benar mensyukurinya dalam ketaatan atau sebaliknya.

Semalam, salah seorang rakan seperjuangan saya berkongsi 1 input yang amat-amat menyentuh jauh ke dalam lubuk hati saya.Kita senantiasa sibuk dalam urusan kedunian, sampaikan kadang-kadang kita lali dengannya. Masihkah kita ingat tentang tujuan dan matlamat asal kita berada didunia ini?

Inilah yang rakan saya kongsikan. Satu rahsia Zuhud yang dinyatakan oleh salah seorang Wali Allah yang terkenal dengan kezuhudan & ketinggian ilmunya, Hassan al-Basri.

“Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, maka hatiku tenang.
Aku tahu amalanku tidak akan dilaksanakan oleh orang lain, maka aku sibukkan diri untuk melakukannya.
Aku tahu Allah SWT sentiasa memerhatikan diriku, maka aku malu untuk melakukan maksiat terhadapNya.
Aku tahu kematian sentiasa menungguku, maka aku akan sentiasa menambah amalanku untuk menghadapi pertemuan dengan Allah SWT”

Jangan Mudah Putus Asa
Intipati dari kata-kata tersebut ialah kepastian tentang sumber rezeki kita. Kita sebenarnya tidak boleh berputus asa dalam setiap usaha yang kita kerjakan. Tuhan telah pun tetapkan rezeki hambanya. Persoalannya ialah bila dan banyak mana? Kita maklum Tuhan itu Maha Kaya dan gedung kekayaannya tidak terhitung banyaknya. Seharusnya kita percaya dan terus berusaha. Rezeki itu telah ada.

Sebaliknya, jika kitamalas dan mudah berputus asa. Ia seolah-olah kita menidakkan keyakinan kita kepada tuhan. Orang yang malas ialah orang yang telah berputus asa dengan usahanya. Kenapa? Kerana mereka sebenarnya tidak percaya tentang ketetapan Rezeki tuhan. Mereka tidak percaya tentang rezeki mereka itu telah pun ditetapkan untuk mereka. Lantas mereka berputus asa dari mencarinya. Mereka mengharap tuhan memberikan kepada mereka serta merta dan terus menanti dengan tanpa berusaha.

Apakah balasan kepada orang yang tidak yakin dengan kekayaan tuhan? Bukankah mereka ini bakal tergolong dalam golongan yang kufur ?

Andaikata mereka itu kufur, apakah tuhan akan terus melimpahkan nikmatnya ?

Marilah sama-sama kita berusaha dan yakin dengan kejayaan yang tuhan telah tetapkan. Setiap manusia telah ditetapkan rezekinya. Tak perlu lagi kita mencemburui kejayaan orang lain mahupun berdengki dengannya.

Kubur Masing-masing
Ya. Ini ayat yang sangat menarik apabila diberikan oleh mereka yang enggan mendengar nasihat dan teguran. Oleh kerana kubur masing-masinglah, kita harus senantiasa membuat perubahan-perubahan yang menambahkan amal ibadat kita kepada tuhan. Bukan menjadikannya 1 alasan untuk terus berlagak seolah-olah dunia ini kita yang punya.

Selamat Membaca & Beramal

Ps: saya tidak dapat mengesahkan kesahihan sumber di atas. Tapi, ia memang bermanfaat kan?

Cerita Video Seks Mirip Anwar Oleh Eskay & Rahim Thamby Chik

Nampaknya semakin menjadi-jadi kemelut politik di Malaysia. Yang terkini diwarnai dengan cerita-cerita seks. Barangkali isu-isu setempat di Dewan Rakyat dah berkurangan. Pemimpin-pemimpin politik yang diundi pula sibuk buat kerja jatuh-menjatuhkan pihak lawan. 2 hari lepas, timbul pula isu pendedahan video seks mirip pemimpin pembangkang Datuk Anwar Ibrahim. Macam-macam ada :)

Justeru, berita sensasi sebegini pastinya mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Dan sebagai seorang masyarakat yang prihatin ( ehemmm..ehemmm ), ini pula reaksi saya. Di bawah adalah rentetan cerita yang saya ringkaskan seringkas-ringkasnya. Agak-agak sesuai tak untuk dijadikan rujukan atau pun bahan cerita anak cucu apabila usia menjelang tua ?;)

Kronologi Pendedahan Video Seks Pemimpin Pembangkang oleh Datuk T :

  1. Video tersebut didedahkan oleh 3 Datuk. UMUM diketahui mereka ialah dari parti politik yang sama
  2. Video didedahkan kepada seorang ahli politik pihak lawan pada mulanya. Motifnya untuk menunjukkan “moral buruk” pemimpin politik lawan. Motif diceritakan berbeza pula. Dari khabar yang berasingan, motif adalah untuk menawarkan ahli politik tersebut supaya keluar parti dan lompat ke parti lain. Menarik ceritanya…
  3. Oleh itu, Satu tayangan “amal” disepakati dan akan ditayangkan kepada beberapa ahli politik lain dari parti politik lawan ( seangkatan dengan ahli politik pertama yang menonton ).
  4. Namun, tayangan tersebut dibatalkan. Entah kenapa. Khabar berasingan memaklumkan bahawa Datuk T tidak [Read more…]

Kenapa Adenovirus Menyerang Polis?

Petang ini, semasa jari jemari galak menaip mencari info semasa, hujan baru saja reda. Dalam cuaca sebegini, ramai yang sedang atau bakal mengalami batuk-batuk dan demam. Saya juga selesema dan batuk-batuk. Simptom biasa . Namun, sebentar tadi saya merajinkan diri untuk melihat sekitar isu semasa yang dihadapi negara dan tersentak. Rupa-rupanya disebalik kesibukan kita, 2 wira penjaga keselamatan negara telah pun meninggal dunia akibat Adenovirus.

Adenovirus?Apa itu Adenovirus? Kenapa Adenovirus? Bagaimana Adenovirus membunuh? Adakah Adenovirus mudah berjangkit?

Bertubi-tubi soalan di atas menyerang kotak pemikiran saya. Meskipun diri bukan pelajar perubatan :), ia bukan satu kesalahan untuk mencari ilmu pengetahuan mengenainya. Justeru, saya meng”Google” disekitar mencari input-input bermanfaat untuk kegunaan bersama.

Adenovirus?

Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.- Cina Islam

Adenoviruses is a group of viruses that infect the tissue linings of the respiratory tract, the eyes, the intestines, and the urinary tract. Adenoviruses account for about 10% of acute respiratory infections in children. They are a frequent cause of diarrhea. – Mama’s Health

Saya letakkan dua sahaja definisi yang saya dapat dari internet. Sesuatu yang mengejutkan saya [Read more…]