Currency Revaluation : Adil Atau Tidak ?

Antara berita terbaru, China atas desakan kuasa luar terutama US dijangka akan membenarkan Yuan naik nilai sebanyak 4%-5%. Apresiasi nilai ini mempunyai pelbagai kesan kepada ekonomi China. Sejauhmana kesannya, kita biarkan kepada yang pakar memperdebatkannya.

Persoalan disini, dengan sistem matawang sedia ada yang boleh dicipta dengan mudah, apakah tindakan menaikkan nilai Yuan ini akan membantu mengurangkan defisit perdagangan US yang besar itu?adakah tindakan ini akan mewujudkan pasaran perdagangan yang lebih adil kepada dunia sejagat ( $39.7 billion ) ? bagaimana keadilan tersebut dihakimi? atau lebih jelas sekali , adakah tindakan menaikkan nilai wang fiat akan membantu dunia menikmati ekonomi yang adil keseluruhannya?

Dari sebelah pihak, Amerika seperti terdesak untuk memulihara sistem ekonomi mereka. Jurang defisit perdagangan yang besar bukan semata-mata kerana negara itu menderita dari harga barangan import yang murah tetapi kerana rakusnya perbelanjaan Amerika keseluruhannya. Kembali kepada asas, jika kita membelanjakan keuntungan serta modal syarikat melebihi hasil yang diterima, sudah tentu kita mengundang keadaan kewangan yang tidak sihat. Namun sampai bila keadaan kewangan tidak sihat tersebut boleh dikawal. Kalau asyik sakit memanjang, pengakhiran yang lazim ialah mati. Itulah hukum alam. Sekarang, Amerika cuba mengubati kesihatan mereka dengan menunding jari kepada pihak lain.

Dan China pula, secara positif tindakan ini akan membantu mengurangkan risiko [Read more…]

Potong Gaji & Pencen Penjawat Awam!!!

Huh!..marah sungguh ni …

Apapun nanti dulu.

Naim bukan rekomenkan perkara ni. Tapi inilah situasi sebenar yang terjadi di Greece baru-baru ini. Kerajaan Greece mengambil pendekatan “POTONG GAJI & PENCEN” penjawat awam mereka bagi menampung masalah ekonomi yang dialami. ( Greek Civil Servants Strike Over Austerity )

Apa yang Greece alami? Greece menanggung lebihan hutang ( Bajet Defisit 12.7% dari GDP ) yang tidak dapat ditampung dengan aliran tunai mereka bagi menampung interest ( bunga lagi ) . Akhirnya kerajaan berpendapat jalan Fiskal ( tindakan kerajaan terhadap perbelanjaan dan percukaian negara ) sebegini perlu diambil.

The government has announced $2.75 billion in public spending cuts. It also aims to raise $6.87 billion more from new taxes and measures aimed at fighting tax evasion, which analysts said deprived the federal budget of $44.2 billion last year. It has frozen salaries, said it would increase the average retirement age among men and women by two years to 63 by 2015 and introduced a higher gasoline tax.

Memang kasihan. Greece, nak tak nak, memang kena kurangkan hutang. Greece ialah salah satu negara yang bernaung di bawah kesatuan eropah dan negara-negara tersebut menggunakan Euro sebagai matawang. Akibat hutang tersebut, kesan tidak lansung akan kena pada matawang Euro. Tak mustahil Greece [Read more…]