Perlukah Saya Bayar Zakat Untuk Pelaburan ?

Sebagai seorang muslim, zakat adalah elemen penting dalam rukun Islam yang lima. Dengan berzakat, rezeki bertambah berkat. Kadang-kadang ada masanya yang tidak disedari, anda melakukan perkara-perkara yang menghilangkan kesucian sumber rezeki anda sendiri. Jadi, berzakat dapat juga menyucikan sumber rezeki anda. Betul kan ?

Bayangkan dengan zakat yang anda laksanakan, harta tersebut pula disalurkan kepada golongan-golongan fakir miskin, muallaf ( orang yang baru masuk islam ), golongan ibu tunggal & anak yatim, pelajar-pelajar yang menuntut ilmu ( ada 8 asnaf dan saya cuma kongsikan contoh-contoh saja di sini ), dan lain -lain. Apakah akan terjadi? Bukan kah dengan harta tersebut membantu mereka yang kesusahan untuk terus hidup. Menjana pendapatan hasil perbelanjaan mereka. Sekaligus memberikan impak kepada orang lain dan masyarakat islam setempat khususnya.

Begitulah indahnya berzakat ini.

Namun…

Di sebalik kewajipan berzakat, ramai yang tidak mengambil peduli. Bahkan acuh tak acuh je. Mungkin disebabkan kurangnya pendedahan, masyarakat kurang mengambil berat hal ini. Bagi mereka, mereka masih belum berkemampuan.

Benar ke mereka-mereka ini tidak berkemampuan ?

Anda perlu tahu, zakat di dalam Islam boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Zakat Fitrah & Zakat Harta. Zakat fitrah menjadi kewajipan kepada semua muslim dan syarat untuk menjadi orang yang berkemampuan cukup minima. Saya yakin sepatutnya mereka yang telah berkerja tidak boleh berkata ” aku tak mampu “. Berlainan dengan zakat harta.Zakat harta umumnya boleh dikelaskan kepada 8 jenis.

Zakat Harta :

  1. Zakat Ternakan
  2. Zakat Pertanian
  3. Zakat Rikaz & Ma’adin
  4. Zakat Saham/ Pelaburan
  5. Zakat Simpanan
  6. Zakat Pendapatan
  7. Zakat Perniagaan
  8. Zakat Emas/Perak

Perkara yang anda mesti tahu!

Berbanding zakat ternakan, pertanian, rikaz maadin, ramai yang tidak sedar tentang kewujudan zakat simpanan, pelaburan dan pendapatan. Bahkan ada yang tak ambil kisah pun. InsyaAllah dalam artikel-artikel yang mendatang, saya akan berkongsi serba sedikit tentang 3 jenis zakat di atas.

Dokumentasi & Litigasi Dalam Perbankan Islam

Dokumentasi ?

Litigasi?

Air liur basi? :) Hehehe… Sekadar berjenaka. Sebenarnya Naim baru saja berjaya menamatkan sesi kursus 2 hari dalam dokumentasi dan litigasi dalam Perbankan Islam hari ini. Opss…Nampak macam kursus yang berat, tetapi taklah seberat apa yang dibincangkan. Ia lebih kepada pengenalan. Mana mungkin topik sebegini mampu di’cover” ( rosak bahasa ) dalam tempoh 18 jam sahaja ( waktu kerja ). Apapun, memang seronok dan puas hati. Hampir keseluruhan topik perbincangan adalah berkisar dan berkaitan dengan proses undang-undang.. 🙂 Subjek yang Naim kurang minat sewaktu di universiti dulu…

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Oh ya, bab-bab dokumentasi ini juga sebenarnya disentuh dalam al-Quran. Mungkin ramai yang tidak sedar. Tapi hakikatnya memang ada. Subhanallah.. Cuba cek surah alBaqarah ayat 282. Perihal mendokumentasikan kontrak/perjanjian untuk transaksi (muamalat) yang berlaku dalam tempoh yang tidak serentak ( jual beli dalam tempoh tertentu ..bukan secara lansung )

Setiap proses dokumentasi produk kewangan Islam secara mutlaknya berbeza dengan perbankan konvensional. Perbezaan ketara boleh dilihat melalui konsep produk tersebut. Perbankan konvensional berasaskan aktiviti “lending money” dan ia mempunyai kaitan dengan “interest”. Secara total ia dilarang dalam Islam. Manakala perbankan Islam dijalankan berasaskan aktiviti “trading” (jual beli ) dan ia mempunyai kaitan dengan keuntungan ( profit ). Jadi, perbezaan [Read more…]