Loan ASB Sampai 40 Tahun, Ada Kalkulator Loan ASB 40 Tahun ?

Dekat-dekat hujung tahun ni, mesti ramai nak tahu status loan ASB masing-masing. Tambahan pula Moratorium dah tamat. Jadi ada yang plan nak tamatkan loan atau mungkin dah capai target dalam kiraan masing-masing.

Bagi yang baru nak mohon pula, rate ASB yang rendah mungkin menarik perhatian. Apatah lagi dengar khabaran boleh panjangkan tenor ( tempoh pinjaman ) sampai 40 tahun.

Dalam versi terdahulu, saya telah sediakan template Kalkulator ASB Financing cuma sehingga tempoh 35 tahun sahaja.

Oleh kerana ada permintaan untuk ubah dan panjangkan lagi tempoh loan tu. Maka saya telah edit dan jadikannya sehingga 50 tahun lamanya. Hahaha.. Rasanya bank pun belum terfikir nak offer loan sampai 50 tahun kan?

Apapun selamat menDOWNLOAD di channel telegram saya. t.me/templatekewangan.

Kalau tak jumpa linknya, taip saja di telegram. InsyaAllah jumpa la tu. Oh ya..saya tak jual ada agent kepada mana-mana bank untuk ASB loan ye. Sekadar suka-suka nak buat template ni.

Untuk video tutorial, boleh tonton di Youtube caranya. Selamat mencuba

 

 

 

 

Kalkulator ASB Financing V.3 : Ringkas Lagi Padat

asbf kalkulator

Rasanya ini adalah perubahan kali ke-3 untuk template KALKULATOR ASB FINANCING yang saya hasilkan.

Dalam versi pertama atau versi asal, saya telah hasilkan paparan 4 tab ( Utama , Jadual Pembiayaan, Jadual Amort & Jadual Simpanan Sendiri ).  Saya sedari ramai yang susah nak tekan kalkulator nak buat kira-kira. Terutamanya bila membabitkan pelbagai teknik. Asasnya 2 saja teknik. Iaitu teknik Compounding & teknik Rolling dari pembiayaan. Justeru dengan versi asal ni, saya berusaha supaya ramai dapat kira sendiri dan merancang apa teknik yang bersesuaian dan berapa potensi yang bakal diterima jika “surrender” lebih awal dari tempoh pembiayaan.

Dalam versi kedua pula, saya buat perubahan dalam paparan Tab Jadual Pembiayaan Sendiri khususnya bahagian pengiraan sekaligus Dividen ASB bagi simpanan sendiri . Ini kurang menepati pengiraan sepatutnya kerana Dividen ASB ni lain sikit kaedahnya. Anda tahu kan pengiraan Dividen ASB sebenarnya berdasarkan Purata Baki Minima Bulanan. Maksudnya, dividen akan dikira secara purata ( campur semua dan bahagikan secara purata untuk 12 bulan ) ke atas baki minima @ jumlah terendah simpanan setiap bulan. Boleh faham tak?

Jika anda rasa macam susah sikit nak faham, boleh rujuk dalam artikel saya ini ” Bagaimana Nak Kira Dividen ASB Untuk Simpanan 3 Bulan Saya ? ” – artikelnya belum tulis ..hehe

Dalam versi ketiga ini, saya telah menambahbaik dan meringkaskan Template Kalkulator ASB Financing. Sebenarnya agak tricky dan sulit juga bila terlalu banyak nombor yang terpapar. Walhal bukan semua orang perlu fahamkan setiap perincian tu. Jadi saya ringkaskan dengan seringkas-ringkasnya.

VERSI 3 : KALKULATOR ASB FINANCING RINGKAS

Ya. Kata kuncinya ialah ringkas. Lihat !. Cuma satu paparan sahaja. Dalam paparan ini, anda hanya KOTAK MERAH ( yang perlu diisi ) dan jadual pengiraan untung rugi.

asbf kalkulator

Betul tak? Lebih ringkas dan padat.

Anda boleh terus DOWNLOAD Kalkulator ASB Financing ini di dalam Group Channel Telegram @TemplateKewangan .  Saya sudah upload dalam folder berbentuk zip. Ia lebih mudah berbanding google drive sebelum ini. Namun, template ini lebih sesuai digunakan dalam komputer. Jika menggunakan handphone pun boleh. Cuma kena scroll kiri kanan sikit sebab paparannya besar berbanding saiz paparan di handphone.

ps: kenapa tak letak link download terus kat sini ? Ermmm..saya bercadang untuk mengumpul lebih ramai subscriber dalam group telegram tersebut. Kelak anda akan terus dimaklumkan jika ada sebarang perkongsian dari saya. 

Dividen ASB 5.5% : Berbaloi Ke Saya Teruskan ASBF ?

Jika Ali mempunyai ASBF 100k untuk tempoh 30 tahun dengan kadar 4.90% p.a ( utk makluman kadar berubah mengikut BR). Bayaran bulanan beliau ialah RM530.73 @ setahun bersamaan RM6368.72

Oleh sebab dividen 2019 ialah 5.0% + bonus 0.5 sen sahaja.

Berapa yang dia dapat ?

dividen asb


*************************************
TEKNIK ROLLING – RUGI RM235.28
*************************************
Sebab ALI terpaksa keluarkan tambahan RM235.28 pada tahun datang bagi menampung pembayaran asbf.

dividen asb teknik rolling



************************************************
TEKNIK BATAL ASBF  – UNTUNG RM633.44.
************************************************
Sebab ALI berhasrat untuk batalkan pinjaman dan ambil baki yang ada. Dia dah keluarkan RM6368.72 dan dicover oleh nilai pembatalan sebanyak RM7002.16

dividen asb teknik compounding


*************************************
TEKNIK COMPOUNDING – UNTUNG
*************************************
Kalau nak guna compounding, maknanya dia tanggung sendiri seperti modal tambahan dalam teknik rolling. Kiraan semasa, dia rugi. Tapi compounding ni bukan tempoh setahun, jadi untung rugi kena ada simulasi 2 tahun. Tahun lepas dan tahun semasa 2019. Jika begitu, dia tetap masih untung disebabkan profit tahun lepas dan compounding. .

Contoh mudah.. tahun 2018, dividen 7%. Utk 100k ASBF, dia dapat 7k dividen. Bila diumumkan dividen tahun 2019 yg 5.5% ni…kiraannya bukan lagi ke atas 100k tapi 107k ( 100k + 7k dividen ) iaitu bersamaan RM5885. So jumlah dividen terkumpul 2018 & 2019 ialah RM12,885

Sementara baki loan semasa ( setelah dibayar selama 2 tahun ) berbaki lagi RM96,920. Justeru jumlah lebihan semasa ( hutang pokok 100k tolak baki semasa pinjaman ) ialah RM3079.60.

Akhirnya ALI masih tetap untung disebabkan dividen yang ada dalam akaun beliau ialah RM12,885. Sekalipun jika dia memilih utk batalkan loan, dia akan mendapat RM15,964 sedangkan total bayaran pinjaman yg telah beliau bayarkan hanyalah RM13,629.




Bagaimana JIKA SIMPAN SENDIRI ( setiap bulan masukkan RM530.73 ) ? – Dapatlah dividen RM189.73


dividen asb simpan sendiri



****************
KESIMPULAN :
****************

  • Jika mahu UNTUNG SEGERA, batalkan. Dapat untung terus.
  • Jika sanggup tanggung RUGI, teruskan sebab kerugian RM235.28 tu cuma 4% sahaja dari modal yang dikeluarkan. Bukan senang nak dapatkan kelulusan loan dari bank. Tapi itu tak jadi masalah sebab agent ASB ni tetap gembira juga bila orang yg batalkan loan ASBF sekarang reapply..boleh makan komisen 2 x.

Duit Anda Masalah Saya!!! 😁

Ps : Andaikata dividen ini terus kekal 5.5% sehingga akhir tempoh pinjaman 30 tahun, tetap masih untung baki teknik rolling dan compounding