Ini Cara Mudah Faham Teknik Fundamental Analysis Yang Ramai Tak Tahu

Kemahiran memahami teknik Fundamental Analysis bukannya suatu yang mudah. Apatah lagi banyak kalkulasi matematik. Nak memahami tu satu cabaran. Nak menterjemahkan dalam membuat keputusan juga lagi satu cabaran yang besar.

Jadi, mari kita baca huraian admin page empayarsaham ini dengan menggunakan teknik psikologi yang menarik. Confirm mudah faham.

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

SAYA DAH BUAT ANALISIS FUNDAMENTAL. LEPAS TU CAMANA NAK TAU OK KE TAK?

Hari ni Admin akan share kepada anda analisis psikologi yang dinamakan sbg analisis kecenderungan. Ia adalah sejenis behaviour analysis yang digunakan utk membantu anda membuat keputusan.

Anda mungkin pernah mengalami satu keadaan yang mana anda dah buat analisis fundamental, semua parameter anda dah keluarkan tetapi lepas tu anda tanya diri sendiri,

“Apa aku nak buat dgn semua parameter ni?”

Anda tak keseorangan. Ramai org yang belajar analisis fundamental dan gunakannya tapi tak tau mcmana nak buat kesimpulan dari analisis fundamental tersebut. [Read more…]

Untung Dari Gold Bar GCP & Kisahnya

Kontang idea nak menulis. Tapi, hati tetap nakkan sesuatu yang baru untuk blog ini. Jadi, setelah penat mencari idea, terdetik tentang pelaburan emas yang telah buat saya untung RM 500 dalam masa 3 hari. Amaunnya memang kecil berbanding pelaburan besar lain. Namun, cukup untuk memuaskan hati dikala indeks ekuiti dunia jatuh merudum. BURSA sebagai contoh telah jatuh dan kini berada di bawah paras 1500 mata. Hanya bebrapa hari saja. Sudah pasti pelabur-pelabur saham lain terasa bahangnya :) sedikit sebanyak saya pun terkena tempiasnya. Antara satu saham yang saya beli ialah MUHIBBAH.

Baiklah kembali pada topik utama kali ini. Minggu lepas , saya keluarkan duit simpanan dari akaun deposit tetap saya. Amaunnya kecil saja, RM 3000. Simpan selama 3 bulan dan dapat untung RM24 je. Hehehe..cukup lah untuk lunch 4 hari.

Setelah keluarkan duit tersebut, saya fikir nak berbelanja je. Mujur ada terdetik dihati untuk menahan sebentar keinginan tersebut. Kebetulan pada hari jumaat, ada seorang rakan telah sms saya dan ingin menjual bar emasnya pada RM3200 untuk berat 20 gram. Saya kira itu harga yang murah tau. Sebabnya selepas melihat kondisi pasaran dan harga pasaran emas semasa emas pada waktu tersebut ialah RM160/gram ( ini harga mentah ) . Maknanya saya boleh [Read more…]

Mana Nak Beli Silver Coin Murah?

Leka bercerita tentang kelebihan silver coin ( syiling perak ) dalam teknik pengurusan kewangan, terlupa pula nak dikongsikan tentang sumber-sumber untuk mendapatkan silver tersebut. Justeru, dalam artikel kali ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak sumber-sumber untuk membeli silver coin ( syiling perak ) yang wujud pada masa sekarang.

  • PublicGold
  • Agen Dinar/Dirham Kelantan/ Orang perseorangan/ peminat/pengumpul silver di facebook
  • eBay
  • KitcoSilver
  • GoldSilver.com
  • Perth Mint Australia

Sumber Pertama : PublicGold

Oleh kerana kekurangan pembekal rasmi di Malaysia, silver keluaran pihak PublicGold adalah pemborong & peruncit silver yang paling mudah didapati di pasaran. Dengan ukuran saiz mengikut berat, PublicGold menawarkan silver bar pada ukuran saiz 250gram, 500 gram dan 1kilogram. Harga silver tersebut pula dikemaskini setiap masa ( kecuali hari sabtu & ahad ) mengikut pasaran komoditi antarabangsa.

Namun, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli silver tersebut. Antaranya ialah harga yang ditawarkan kelazimannya lebih mahal dari harga silver coin yang unik di pasaran. Selain itu, ukiran silver tersebut juga agak kurang menarik berbanding silver keluaran syarikat-syarikat antarabangsa. Walaupun begitu, silver keluaran PublicGold adalah suatu yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana mereka adalah antara perintis awal yang berani memasarkan silver di pasaran Malaysia. Tambahan lagi, PublicGold juga menawarkan khidmat beli semula silver yang dijual mereka pada harga yang berpatutan.

Untuk [Read more…]

Apabila Silver Diminati Penduduk Negara India…

Di Malaysia, silver masih belum mempunyai tempat dalam hati masyarakat. Umumnya segelintir sahaja yang tahu tentang potensi silver. Itupun barangkali mereka adalah penyimpan atau pengumpul syiling/ bar/ jongkong emas. Namun potensi untuk silver naik nilai adalah sangat tinggi di pasaran global.

Setahun yang lalu, harga bagi 1 oz atau 31.105 gram silver adalah sekitar USD$15-USD$18. Siapa sangka. Angka tersebut kini bertukar hampir 100% kepada nilai semasa sekitar USD$35. Peningkatan drastik mengatasi potensi emas global.Dalam keadaan harga emas yang begitu mahal untuk dimiliki pada masa sekarang, tak mustahil dalam satu atau dua tahun akan datang, pelaburan silver akan menjadi tumpuan ramai orang.

Semalam semasa saya cuba membuat perbandingan harga semasa bagi jualan emas 1 gram dari bank-bank, saya perhatikan rupa-rupanya pihak UOB Bank Singapura ada menawarkan akaun simpanan silver di sana. Menarik ! Di sini, pasaran silver sebagai barangan kemas mahupun pelaburan masih dingin. Bagi saya , ini satu peluang yang sangat baik.

 
Oh ya! Kenapa saya tuliskan tajuk artikel kali ini berkaitan dengan penduduk negara India? :)
Sebagai negara yang mempunyai potensi besar dalam pertumbuhan ekonomi dunia, India adalah negara pengguna & pengimport emas terbesar dunia tahun 2010. Hampir 700 tan diimport masuk ke dalam India dan ia adalah 24% daripada peratusan pengeluaran emas dunia. [Read more…]

Lagi 10 oz Silver Towne Baru Sampai

SilverTowne 1 0z x 10 keping bar yang baru sampai.

10 Keping SilverTowne 1oz

Hehe…Tak tau nak tulis apa sebab dah terlupa nak kemaskini di blog peribadi ni hampir 10 hari. Bukan sengaja terlupa, tapi terpaksa terlupa 🙂 . Ini adalah minggu yang penuh dengan aktiviti. Yaa…Alhamdulillah, banyak yang naim ingin catitkan tapi tak sempat dek keletihan dan kerja-kerja kecil yang sedang diusahakan. Sepanjang minggu ini berlalu, ada sesuatu yang patut naim pelajari dan praktiskan.

Erm…naim tak nak tulis panjang-panjang untuk post yang kesekian kalinya. Nak buat kerja lain pula. Apapun, SilverTowne yang naim tunjukkan ni naim nak jual kepada sesiapa yang berminat. Tentang harga, naim boleh bagi special price. Jika ada sesiapa yang berminat, boleh hubungi naim untuk dapatkannya pada harga serendah RM80… Nak diskaun, sms le naim..hehe…InsyaAllah boleh 🙂 … Ini adalah cara paling mudah untuk sesiapa menyertai pelaburan silver.