5 Sebab Kenapa Gadai Emas Di Agrobank Lebih Untung?

Selain jadi perhiasan wanita, barangan kemas boleh menjadi sumber kewangan alternatif . Mak ayah kita dulu, apabila ada keperluan mendesak, barangan kemas lah yang boleh digunakan untuk mendapatkan wang dari gadaian.

Hal yang sama tak berubah walau peredaran zaman berlaku. Persoalannya dimanakah tempat yang bagus untuk menggadaikan barangan kemas tanpa ditipu ( ada kes pihak pemegang pajak yang kikis emas ) , islamik, murah dan boleh berikan margin pinjaman yang lebih tinggi.

Saya kongsikan di sini pengalaman-pengalaman saya memajak barangan kemas mahupun kepingan emas 999/ syiling. Sehingga artikel ini ditulis, saya baru berpengalaman memajak di 3 tempat. Bank Rakyat, Arrahnu Pejabat Pos dan yang terbaru ialah Arrahnu AgroBank.

Dalam artikel-artikel terdahulu, saya pernah kongsikan berkenaan gadaian emas di sini :

Cumanya saya terlupa untuk menulis perihal memajak emas di Arrahnu Pos Malaysia. Serba sedikit tentang Arrahnu Pos ialah :

  • Upah simpan : RM0.85 bagi setiap RM100 dari nilai Marhun ( Nilaian emas yang digadaikan )
  • Tempoh gadaian 6 bulan. Boleh dilanjutkan tambahan 6 bulan. Max 12 bulan sahaja ( 2 kali ). Lanjutan seterusnya perlu tukar surat ( perjanjian baru )
  • Margin pinjaman ialah 75%
  • Caj tambahan surat notifikasi RM2.50

Baik. Kenapa saya katakan memajak di Arrahnu AgroBank kali ini lebih baik berbanding Arrahnu Pos & Bank Rakyat ? Ok, teruskan bacaan anda ye

Kelebihan Pertama : Margin Pinjaman 80% – Lebih Tinggi

Margin Pinjaman Arrahnu

Ok. Kenapa margin pinjaman tinggi lagi baik? Ye la. Kalau kita nak meminjam, tentulah kita nak jumlah yang max boleh pinjam. Dalam kes gadaian ni, AgroBank tawarkan max 80%. Kalaulah barangan kemas anda bernilai RM10k, jadi anda boleh dapatkan max RM8k.

Berbanding Arrahnu Pos, kelayakan max ialah RM7.5K sahaja. Samalah juga dengan Arrahnu Bank Rakyat.

Kelebihan Kedua : Upah Simpan Yang Lebih Murah

Nilai Marhun

Apabila dah meminjam, tentulah ada kos yang perlu dibayar. Dalam sistem gadaian arrahnu ni, kita tak panggil bunga pinjaman. Tapi urusan transaksi ni menggelarkan upah simpan. Pihak pemegang gadaian akan mengenakan cas bagi menyimpan barangan kemas anda. Boleh faham?

Berapa upah simpan yang dikenakan ? Di AgroBank, upah simpan bergantung kepada jumlah nilai Marhun ( Nilaian semasa barangan kemas ) anda.

Contoh :

  • Berat barang kemas : 50 gram
  • Nilaian per gram : RM190/gram
  • Nilai Marhun ( berat x nilaian per gram ) : 50 x190 = RM9500
  • Upah Simpan
    • RM9500/100 =95Upah Simpan :
    • 95 x RM 0.75 = RM71.25
    • Upah simpan sebulan = RM71.25Upah simpan
    • Upah simpan 6 bulan : RM427.50

Disebabkan Nilai Marhun melepasi RM5001, upah simpan ialah RM0.75 bagi setiap RM100. Kiranya sama je la kan dengan Bank Rakyat. Lebih murah dari Arrahnu Pos sebab upah simpan sana ialah RM0.85. Jimat 10sen.

Tapi…hehehe. Ada cara lain. Cara nak dapatkan upah simpan RM0.50 saja. So, kalau 50 sen je, upah simpan 6 bulan cuma RM285. Jimat hampir 67% dari cara biasa. Part ni, nanti saya sharekan di dalam artikel yang lain.

Kelebihan Ketiga : Nilaian Semasa Yang Tinggi

Ini pun penting. Harga emas nilaian Arrahnu AgroBank lebih tinggi berbanding Arrahnu Pos Malaysia. Nak cek harga yang tepat setiap hari tu, memang bermasalah sebab takde official price yang dipaparkan dalam website.

Tapi, bolehlah gunakan web ni sebagai panduan kasar. Terlebih kurang je. Tapi memang jauh lebih tinggilah berbanding Pos Malaysia. Ada juga koperas-koperasi yang menawarkan gadaian emas Arrahnu ni. Walaupun kadang-kadang nilaian tinggi, tak berbaloi sebab margin pinjaman rendah. Sekitar 60-70% saja.

Kelebihan Keempat : Lanjutan Tempoh Sehingga 5 Tahun

Saya difahamkan tempoh gadaian boleh tebus sehingga 5 tahun lamanya. Maknanya, selepas bayaran upah simpan 6 bulan, boleh lanjutkan lagi. Sehingga 9 kali lanjutan tambahan. Kalau kena teknik, boleh untung lagi banyak. Tapi dalam artikel ni, saya belum bercadang untuk kongsikan tekniknya. Masih dalam kajian real life case study kata orang. Hehehe.

Berbanding Pos Malaysia, boleh lanjutkan tempoh gadaian sehingga 6 bulan lagi. Tetapi maksima 1 tahun sahaja. Apabila cukup tempoh setahun ( 2 kali tempoh gadaian ), barang perlu ditebus. Samada bayaran lumpsum atau perlu tukar surat ( overlap ).

Kelebihan Kelima : Tiada Caj-caj Tambahan Yang Mengarut

Ok. Ini yang saya perhatikan dan alami sendiri. Di Pos Malaysia, mereka akan hantar notifikasi tentang tempoh gadaian. Setiap notifikasi melalui surat akan dicaj sebanyak RM2.50. Inilah caj mengarut yang saya maksudkan. Hahaha..

Itu belum lagi bila surat hilang. Saya dah 2 kali hilang surat gadaian. Setiap kali hilang, kena dapatkan akuan sumpah + caj RM10. Proses ni memang la ok. Untuk elakkan penipuan. Tetapi ia adalah caj-caj mengarut yang tidak dikenakan oleh pihak AgroBank.

Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Jika anda ada lebih info yang ingin dikongsikan, bolehlah tinggalkan di bawah. Oh ya, kalau rasa artikel ini bermanfaat, anda boleh subscribe untuk ikuti artikel-artikel baru yang akan datang atau kongsikan di facebook untuk membantu rakan-rakan lain.

Untung Dari Gold Bar GCP & Kisahnya

Kontang idea nak menulis. Tapi, hati tetap nakkan sesuatu yang baru untuk blog ini. Jadi, setelah penat mencari idea, terdetik tentang pelaburan emas yang telah buat saya untung RM 500 dalam masa 3 hari. Amaunnya memang kecil berbanding pelaburan besar lain. Namun, cukup untuk memuaskan hati dikala indeks ekuiti dunia jatuh merudum. BURSA sebagai contoh telah jatuh dan kini berada di bawah paras 1500 mata. Hanya bebrapa hari saja. Sudah pasti pelabur-pelabur saham lain terasa bahangnya :) sedikit sebanyak saya pun terkena tempiasnya. Antara satu saham yang saya beli ialah MUHIBBAH.

Baiklah kembali pada topik utama kali ini. Minggu lepas , saya keluarkan duit simpanan dari akaun deposit tetap saya. Amaunnya kecil saja, RM 3000. Simpan selama 3 bulan dan dapat untung RM24 je. Hehehe..cukup lah untuk lunch 4 hari.

Setelah keluarkan duit tersebut, saya fikir nak berbelanja je. Mujur ada terdetik dihati untuk menahan sebentar keinginan tersebut. Kebetulan pada hari jumaat, ada seorang rakan telah sms saya dan ingin menjual bar emasnya pada RM3200 untuk berat 20 gram. Saya kira itu harga yang murah tau. Sebabnya selepas melihat kondisi pasaran dan harga pasaran emas semasa emas pada waktu tersebut ialah RM160/gram ( ini harga mentah ) . Maknanya saya boleh [Read more…]

Mana Nak Beli Silver Coin Murah?

Leka bercerita tentang kelebihan silver coin ( syiling perak ) dalam teknik pengurusan kewangan, terlupa pula nak dikongsikan tentang sumber-sumber untuk mendapatkan silver tersebut. Justeru, dalam artikel kali ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak sumber-sumber untuk membeli silver coin ( syiling perak ) yang wujud pada masa sekarang.

  • PublicGold
  • Agen Dinar/Dirham Kelantan/ Orang perseorangan/ peminat/pengumpul silver di facebook
  • eBay
  • KitcoSilver
  • GoldSilver.com
  • Perth Mint Australia

Sumber Pertama : PublicGold

Oleh kerana kekurangan pembekal rasmi di Malaysia, silver keluaran pihak PublicGold adalah pemborong & peruncit silver yang paling mudah didapati di pasaran. Dengan ukuran saiz mengikut berat, PublicGold menawarkan silver bar pada ukuran saiz 250gram, 500 gram dan 1kilogram. Harga silver tersebut pula dikemaskini setiap masa ( kecuali hari sabtu & ahad ) mengikut pasaran komoditi antarabangsa.

Namun, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli silver tersebut. Antaranya ialah harga yang ditawarkan kelazimannya lebih mahal dari harga silver coin yang unik di pasaran. Selain itu, ukiran silver tersebut juga agak kurang menarik berbanding silver keluaran syarikat-syarikat antarabangsa. Walaupun begitu, silver keluaran PublicGold adalah suatu yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana mereka adalah antara perintis awal yang berani memasarkan silver di pasaran Malaysia. Tambahan lagi, PublicGold juga menawarkan khidmat beli semula silver yang dijual mereka pada harga yang berpatutan.

Untuk [Read more…]

Apabila Silver Diminati Penduduk Negara India…

Di Malaysia, silver masih belum mempunyai tempat dalam hati masyarakat. Umumnya segelintir sahaja yang tahu tentang potensi silver. Itupun barangkali mereka adalah penyimpan atau pengumpul syiling/ bar/ jongkong emas. Namun potensi untuk silver naik nilai adalah sangat tinggi di pasaran global.

Setahun yang lalu, harga bagi 1 oz atau 31.105 gram silver adalah sekitar USD$15-USD$18. Siapa sangka. Angka tersebut kini bertukar hampir 100% kepada nilai semasa sekitar USD$35. Peningkatan drastik mengatasi potensi emas global.Dalam keadaan harga emas yang begitu mahal untuk dimiliki pada masa sekarang, tak mustahil dalam satu atau dua tahun akan datang, pelaburan silver akan menjadi tumpuan ramai orang.

Semalam semasa saya cuba membuat perbandingan harga semasa bagi jualan emas 1 gram dari bank-bank, saya perhatikan rupa-rupanya pihak UOB Bank Singapura ada menawarkan akaun simpanan silver di sana. Menarik ! Di sini, pasaran silver sebagai barangan kemas mahupun pelaburan masih dingin. Bagi saya , ini satu peluang yang sangat baik.

 
Oh ya! Kenapa saya tuliskan tajuk artikel kali ini berkaitan dengan penduduk negara India? :)
Sebagai negara yang mempunyai potensi besar dalam pertumbuhan ekonomi dunia, India adalah negara pengguna & pengimport emas terbesar dunia tahun 2010. Hampir 700 tan diimport masuk ke dalam India dan ia adalah 24% daripada peratusan pengeluaran emas dunia. [Read more…]

Lagi 10 oz Silver Towne Baru Sampai

SilverTowne 1 0z x 10 keping bar yang baru sampai.

10 Keping SilverTowne 1oz

Hehe…Tak tau nak tulis apa sebab dah terlupa nak kemaskini di blog peribadi ni hampir 10 hari. Bukan sengaja terlupa, tapi terpaksa terlupa 🙂 . Ini adalah minggu yang penuh dengan aktiviti. Yaa…Alhamdulillah, banyak yang naim ingin catitkan tapi tak sempat dek keletihan dan kerja-kerja kecil yang sedang diusahakan. Sepanjang minggu ini berlalu, ada sesuatu yang patut naim pelajari dan praktiskan.

Erm…naim tak nak tulis panjang-panjang untuk post yang kesekian kalinya. Nak buat kerja lain pula. Apapun, SilverTowne yang naim tunjukkan ni naim nak jual kepada sesiapa yang berminat. Tentang harga, naim boleh bagi special price. Jika ada sesiapa yang berminat, boleh hubungi naim untuk dapatkannya pada harga serendah RM80… Nak diskaun, sms le naim..hehe…InsyaAllah boleh 🙂 … Ini adalah cara paling mudah untuk sesiapa menyertai pelaburan silver.