Awas ! Kesilapan Biasa Dalam Pengiraan FARAID

” Anak Lelaki 2 Bahagian Anak Perempuan “. Rata-rata ramai tahu tentang asas ini. Jika si mati meninggalkan 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan, maka si anak lelaki mendapat lebih 2 bahagian berbanding anak perempuan iaitu 1 bahagian.

TETAPI… ada kesilapan yang selalu terjadi.

Contoh kes:
Si mati meninggalkan 3 anak perempuan & 2 anak lelaki. Isteri, ibu, ayah semua mati sebelum si mati.

Kesilapan yang selalu terjadi :

Anak lelaki dapat 2/3, anak perempuan dapat 1/3. Yang 2/3 dibahagi kpd 2 orang anak lelaki. Yang 1/3 tu dibahagi kpd 3 anak perempuan.

  • 3 Anak perempuan : 1/3
  • 2 Anak lelaki : 2/3

Pembawah dibesarkan ( 3 x 3 ) menjadi 9. Kemudian :

  • 3 Anak perempuan : 3/9 ( setiap seorang 1/9 bahagian )
  • 2 Anak lelaki : 6/9 ( setiap seorang 3/9 bahagian )

Nampak ? pengiraan ini jadi salah apabila nisbah anak lelaki dah jadi 3 kali ganda bahagian anak perempuan.

Yang dimaksudkan sebagai 2 nisbah 1 bukanlah merujuk kepada group anak lelaki nisbah kepada group anak perempuan. 2 nisbah 1 merujuk kepada setiap kepala atau individu anak-anak itu sendiri.

Ini yang disebut dalam kitab faraid sebagai ‘adad ru’us (bilangan kepala).
Atau lebih biasa digunakan sebagai istilah ‘juzuk saham’ sebab itu cara nak menjuzukkan saham itu kepada setiap pewaris.

Maka dalam contoh kes di atas, pengiraan yang betul ialah;

Juzuk saham 7. Caranya ialah dengan menjumlahkan semua bahagian mereka dahulu.

  • Anak lelaki 2 bahagian : 2 orang x 2 bahagian : 4
  • Anak perempuan 1 bahagian : 3 orang x 1 bahagian : 3
  • Jumlah bahagian : 7

Seterusnya barulah dibahagikan mengikut kepala iaitu :

  • Setiap anak perempuan , bahagiannya 1/7
  • Setiap anak lelaki, bahagiannya 2/7

Barulah di akhirnya pengiraan nisbah yang tepat dihasilkan apabila setiap anak lelaki mendapat 2 bahagian berbanding anak perempuan.

Bahaya Takaful Tanpa Penama

 

Dialog yang pasti berlaku jika….

“Encik, saya nak buat tuntutan takaful suami saya. Ini saya bawa semua dokumen termasuk anak-anak saya”.

“Puan ada bawa surat kuasa mentadbir?”

“Err…surat apa tu?…Saya tak pernah dengar. Tak cukup ke dokumen-dokumen yang saya ada ni?”

“Maaf puan…Disebabkan polisi suami puan ini tiada penama, kami perlukan surat kuasa mentadbir. Untuk dapatkan surat kuasa ni, puan perlu merujuk ke Pejabat Pusaka Kecil , atau ARB ataupun Mahkamah Tinggi”

Adik Kakak..Nak dapatkan surat kuasa ni tak susah mana pun. Pengalaman saya sekitar 3 -6 bulan saja. Itupun sebab ada kerjasama ahli keluarga.

Apabila seseorang meninggal tanpa ada wasiat mahupun penama untuk sebarang akaun bank termasuklah KWSP dan takaful, surat kuasa mentadbir diperlukan.

Untuk dapatkan surat ni, perlulah kepada IC dan tandatangang ahli waris. Siapa ahli waris tu?

Waris fardhu tu ialah:
– Pasangan
– Anak lelaki
– Anak perempuan
– Ibu
– Bapa

Ada sebahagian kes yang berlaku ialah bapa mertua tidak mahu beri kerjasama. Mungkin banyak sebab taknak bagi. Akhirnya proses ini tergantung dan lebih malang apabila bapa mertua tadi meinggal dunia pula. si isteri tadi akan bertambah kerja kerana perlu mendapatkan kerjasama waris kepada bapa mertua pula.

Benda simple sahaja. Tapi boleh jadi complicated dan akhirnya tiada siapa pun dapat manfaat.

Justeru…Jika anda sudah ada plan takaful, pastikan bahagian penamaan samada HIBAH atau WASI dilengkapkan.

https://flic.kr/p/2hMJpZf


Jika anda mahu lebih sempurna pengurusannya, boleh melantik syarikat pemegang amanah. Yuran sekitar RMM1400 sahaja dan segala proses pentadbiran pusaka akan diuruskan mereka kelak.