Tips Elak Ditipu Ketika Daftar HIBAH TAKAFUL

“Abang, plan HIBAH TAKAFUL ni offer 2juta tanpa perlu Medical Checkup” promo seorang agen Takaful PruBisa

“Company PruBisa boleh offer 2juta je. Tapi company saya ni AIOU Takaful boleh offer 4 juta tanpa medical checkup. Lagi power!” kata seorang lagi agent dari company berbeza.

“Ini promosi luar biasa , abang. Hanya RM50, dah boleh hibah RM100k ” pelawaan seorang lagi agent company ETIQUE.

Ini kebiasaan. Tak ada kesalahan pun.

Cuma anda sebagai pelanggan yang bijak, perlu tahu KENAPA dan BERAPA jumlah HIBAH TAKAFUL yang diperlukan. GAGAL memahaminya akan menyebabkan anda :

  1. bayar mahal, tapi manfaat kurang @
  2. bayar murah tapi kurang berkesan @
  3. harga yang sama, tapi boleh dapat lebih dari takaful lain @
  4. bayaran/ contribution lebih dari 10% gaji
  5. keliru dan terlepas peluang pelaburan apabila terpengaruh dengan janji keuntungan dari polisi HIBAH bertempoh

BAGAIMANA NAK ELAK TERTIPU @ DITIPU ?

Jawapannya ialah anda perlu tahu KENAPA & BERAPA amaun Hibah Takaful yang diperlukan.

KENAPA :- Diperolehi berdasarkan keperluan kewangan anda. Boleh jadi melibatkan hutang-hutang yang perlu dilangsaikan atau tunai yang diperlukan setiap bulan untuk meneruskan kehidupan

BERAPA :- Hasil dari pengiraan , anda tidak lagi akan terlebih coverage atau terkurang coverage.

OK..boleh faham kan setakat ni?

Dalam kaedah menentukan jumlah perlindungan/ coverage/ hibah/ pampasan , ada 2 kaedah yang biasa digunakan iaitu :

  • Capital Liquidation Methode ( Cara Pencairan Modal )
    • Caranya dengan menyediakan sejumlah pampasan berpandukan keperluan dalam tempoh tertentu.
    • Tujuannya pampasan tersebut akan dibelanjakan sepanjang tempoh yang dijangka
    • Cth. penyediaan pampasan sejumlah 10x Gaji Tahunan @ 120 bulan gaji
    • Amaun pampasan tadi akan dibelanjakan ( tercair ) sehingga habis mengikut tempoh 10 tahun.
  • Capital Intact/Preservation Methode ( Cara Pengekalan Modal )
    • Cara ini lebih kepada mengekalkan modal pampasan sedia ada
    • Hanya dividen dari modal tadi dibelanjakan.
    • Cara ini dapat menjamin modal sepanjang masa tetapi memerlukan sejumlah amaun yang lebih banyak
    • Cth. Keperluan perbelanjaan keluarga setahun ialah RM48k ( RM4k x 12 bulan ).
    • Untuk mendapatkan RM48k setiap tahun dari dividen, ia perlu dilaburkan. Berapa amaun pelaburan yang diperlukan? Nanti saya tunjukkan pengiraannya

Antara 2 kaedah yang dinyatakan, mana satu kaedah yang terbaik? Jawapannya ialah kita GABUNG kan kedua-duanya. Kan? Kalau boleh digabungkan, buat apa nak pilih lagi.

BAGAIMANA APLIKASINYA DALAM MENGIRA HIBAH ?

OK..inilah isi kandungan utama yang nak dipersembahkan.

Oleh kerana untuk hidup, seseorang perlukan duit untuk dibelanjakan. Maka kita kategorikan semua keperluan harian tadi dalam bentuk PERBELANJAAN. Untuk lebih mudah, kita kira PERBELANJAAN TAHUNAN.

Selain itu, kita perlu ambil kira LIABILITI @ hutang yang diperlukan untuk memenuhi keperluan hidup seperti hutang pinjaman rumah, pinjaman kereta dan sebagainya.

2 item ini akan menggunakan pendekatan berbeza dan digabungkan untuk menentukan jumlah hibah yang diperlukan.

PERBELANJAAN TAHUNAN = CAPITAL INTACT METHODE  = KEKALKAN MODAL

LIABILITI = CAPITAL LIQUIDATION METHODE = CAIRKAN MODAL

 

Cara Kira Hibah

KAJIAN KES

Dari template kewangan yang saya sediakan ini, En Ahmad memerlukan sejumlah RM4,070 sebulan untuk perbelanjaan keluarga beliau. Manakala liabiliti yang ada ( Hutang yang tiada cagaran/ takaful ) adalah sebanyak RM10,103 yang perlu dilangsaikan sekiranya beliau telah meninggal dunia. 

psss..bukan semua hutang perlu dilangsaikan. Dengan pengiraan tertentu, anda boleh menganggarkan baki hutang bagi pinjaman yang tiada insurans/takaful/ cagaran ( seperti kereta, kad kredit ) . Hanya hutang tersebut sahaja diambilkira.

Untuk memastikan isteri en Ahmad terus menikmati wang perbelanjaan keluarga setiap bulan selama-lamanya, DANA TAKAFUL melalui kaedah Capital Intact Method yang diperlukan ialah sebanyak RM851,703 @ RM850K. Baki hutang diselesaikan dan menikmati dividen hasil pelaburan dari wang pampasan .

Kenapa ? Kerana jumlah HIBAH TAKAFUL tersebut jika dilaburkan dalam pelaburan yang memberikan kadar pulangan setahun 6%, ia akan memberikan dividen sebanyak RM48,840 setahun. Bersamaan RM4,070 setiap bulan.

Namun, jika en Ahmad memilih untuk caruman yang lebih rendah, beliau boleh memilih kaedah preservation kerana jumlah yang diperlukan adalah lebih rendah iaitu sebanyak RM515,063 @ RM520K. Wang hibah ini akan digunakan untuk melangsaikan hutangnya & hanya mampu bertahan untuk tempoh 10 tahun sahaja.

PENGIRAAN INI TIDAK MENGAMBILKIRA FAKTOR INFLASI 

Buatlah perbandingan dan terus melanggan apabila ia difikirkan memenuhi keperluan kewangan anda.

Hibah Takaful Paling Murah 2020

Hanya RM23.69 sebulan untuk pampasan RM100k suami isteri ( umur 30 tahun dan cover sehingga 55tahun).Pada saya, ini plan takaful hayat yang paling murah pernah jumpa..Sesuai sangat untuk sesiapa yang nak tambah plan atau baru nak ada..Boleh letak penama ( WASI) ataupun HIBAH ataupun serahmutlak ( ABSOLUTE ASSIGNMENT)..Dengan amaun ini, mungkin mencukupi untuk :

  • – elakkan pertelingkahan waris ( jika tiada cash yg cukup)
  • – selesaikan hutang dunia & HUTANG AKHIRAT
  • – tambahan tabungan pendidikan
  • – menampung wang sarahidup sementara ahli keluarga
  • – menjadi wakaf untuk bekalan di alam barzakh.

Jika anda belum pasti berapa sebenarnya amaun tambahan yang diperlukan (khususnya dengan takaful) , perancangan pusaka dapat membantu sehabis baik.

Tak percaya??? Nanti saya tunjukkan bagaimana caranya..

Oh ya ! Ini produk takaful hayat bertempoh dari FWD Takaful. Saya bukan agent. Tiada komisen pun utk saya kongsikan.

Jika anda ingin melanggan, boleh daftar terus di web FWD.

https://www.fwd.com.my/direct/prequote

Produk ini dijual tanpa servis agent.

Jangan risau, urusan claim tak susah mana pun. Jika anda rasa info ini bermanfaat, SILA SHARE supaya ramai ahli keluarga, kawan2 kita dapat manfaatnya juga. Masih ramai di luar yg belum ada plan takaful kerana harganya yang agak menggigit poket.

Sedih bila berlaku kematian, ramai yang sibuk tanya waris perihal si mati ada takaful @ tak. Lagi sedih bila si isteri terpaksa jawab ‘tiada’ dengan kehampaan. Marilah kita membantu dengan berkongsi ilmu & info. Manalah tahu asbab perkongsian kebaikan ni menjadi bekalan saham untuk kehidupan di alam barzakh kelak.

Bahaya Takaful Tanpa Penama

 

Dialog yang pasti berlaku jika….

“Encik, saya nak buat tuntutan takaful suami saya. Ini saya bawa semua dokumen termasuk anak-anak saya”.

“Puan ada bawa surat kuasa mentadbir?”

“Err…surat apa tu?…Saya tak pernah dengar. Tak cukup ke dokumen-dokumen yang saya ada ni?”

“Maaf puan…Disebabkan polisi suami puan ini tiada penama, kami perlukan surat kuasa mentadbir. Untuk dapatkan surat kuasa ni, puan perlu merujuk ke Pejabat Pusaka Kecil , atau ARB ataupun Mahkamah Tinggi”

Adik Kakak..Nak dapatkan surat kuasa ni tak susah mana pun. Pengalaman saya sekitar 3 -6 bulan saja. Itupun sebab ada kerjasama ahli keluarga.

Apabila seseorang meninggal tanpa ada wasiat mahupun penama untuk sebarang akaun bank termasuklah KWSP dan takaful, surat kuasa mentadbir diperlukan.

Untuk dapatkan surat ni, perlulah kepada IC dan tandatangang ahli waris. Siapa ahli waris tu?

Waris fardhu tu ialah:
– Pasangan
– Anak lelaki
– Anak perempuan
– Ibu
– Bapa

Ada sebahagian kes yang berlaku ialah bapa mertua tidak mahu beri kerjasama. Mungkin banyak sebab taknak bagi. Akhirnya proses ini tergantung dan lebih malang apabila bapa mertua tadi meinggal dunia pula. si isteri tadi akan bertambah kerja kerana perlu mendapatkan kerjasama waris kepada bapa mertua pula.

Benda simple sahaja. Tapi boleh jadi complicated dan akhirnya tiada siapa pun dapat manfaat.

Justeru…Jika anda sudah ada plan takaful, pastikan bahagian penamaan samada HIBAH atau WASI dilengkapkan.

https://flic.kr/p/2hMJpZf


Jika anda mahu lebih sempurna pengurusannya, boleh melantik syarikat pemegang amanah. Yuran sekitar RMM1400 sahaja dan segala proses pentadbiran pusaka akan diuruskan mereka kelak.

Mana Nak Cari RM50K – Rawatan Kanser ?

❗Sakit barah @ kanser ni ,sapa pun tak jangka. Lagi bertambah simpati, penyakit ni menghinggap tak kira orang. Orang kaya atau orang tak kaya.

❗Kalau orang kaya, tidak keterlaluan saya katakan ada duit untuk biaya rawatan.

❗Tapi kalau terkena pada orang tak kaya..Ujian kepada yang sakit dan yang nak menjaganya.

❗Nak tak nak, kenalah buat persediaan. Persediaan fizikal mahupun dari segi kewangan. Bila cakap pasal kewangan, maksud saya takaful lah.

❗Takaful plak, plan dah macam2. Harga tu kadang2 tak masuk akal. Target pada orang yang berkemampuan bayar riban2. Tak kesian ke kat rakyat bawahan?.

❗Dalam 34juta rakyat Malaysia, T20 yang income 20k sebulan ke atas tu berapa la ramai sangat. Plan perubatan pula boleh tahan carumannya. Itu belum campu manager2 yang suruh ligan kes hibah riban2. Bayar 5 tahun terus katanya nanti boleh dapat duit pulang modal tahun ke 6.

❗Ni yang baki rakyat bawahan? Gaji yang tak sampai 3k sebulan, bercambah macam cendawan. Dimomok dengan ketakutan dan sindiran. Tak amek takaful, tak sayang keluarga katanya.

❗Itulah belanja dapur, itulah belanja wang saku persekolahan. Kalau ambil takaful perubatan, dah macam potong 1/6 dari gaji bulanan. Akhirnya, polisi luput tengah bulan. Agent pula hilang sebab ditamatkan kontrak sebab tak cantik bayaran. Yang senyum manager sebab overriding dan komisen boleh telan bulan2.

❗Tapi janganlah bersedih tuan puan.

❗Disebalik kesempitan, pasti ada jalan tuhan nak bagi ruang.

❗Ni plan takaful khas utk pampasan kematian ( letak penama sbg hibah jadilah hibah plan ) dan penyakit kritikal.

❗Utk 200k pampasan kematian + 100k pampasan sakit kritikal, tak sampai RM40 sebulan.

❗Terus lah daftar..tak perlu agent perantaraan. Saya pun bukan promote sebab nak dapat komisen jualan. Ini mmg produk tanpa agent dan memang nak bantu supaya lebih ramai ada persediaan kewangan.

❗takut nanti tak pandai nak buat tuntutan? Kerja mudah saja..insyaAllah bila dalam kesusahan dan boleh dpt pampasan ribuan, setakt nak ulang alik amek medical report tu xsampai jd penderitaan.

❗Bila ditimpa musibah, mungkin sedara mara ,jiran dan kengkawan boleh hulur bantuan. Tapi sukar nak cukup seperti yang dijangkakan. InsyaAllah plan ni sesuai dah sebab tak menjadi beban.

❗Nak tahu cara daftar? Pergi ke web takaful malaysia. Cari “get takaful myterm quotation “. Kalau tak tahu juga, tinggal komen nanti saya bantu permudahkan.

ps : Yang bercerita tanpa nak apa2 imbuhan balasan.

Inflasi Kos Perubatan 14% Setahun, So What?

Pertumbuhan kos perubatan di Malaysia ialah 14% dan dijangka akan meningkat lagi.

❗Apa maknanya semua ini?

❗Kalau hari ni anak Azman demam dan warded utk 4H3M di hospital swasta ,kos rawatan sekitar RM3000.

❗Tahun depan, kenaikan kos 14% bersamaan dengan RM3420. Fuuhh..apadehal kan tambah RM420 je 😂

❗Itu tahun depan. Kalaulah sekata kenaikannya, berapa agak2 amaun utk 10 tahun akan datang? 2029?

❗14% setahun..10 tahun akan datang, bersamaan RM11,122. 😱 dari 3k naik jadi RM11k. Banyak beza tu.

❓Jadi apa solusinya? Melabur? Kalau pelaburan dengan dividen 7% setahun selama 10 tahun, baru RM5900. Masih xcukup nak kejar inflasi dalam kos perubatan.

✅ Solusinya ialah TAKAFUL PERUBATAN!!! 

Walaupun kenaikan caj tabarru’ ada, tapi masih jauh lebih rendah berbanding kenaikan inflasi kos perubatan.

Jika caruman takaful RM150 sebulan, setahun bersamaan RM1800. 10 tahun, bersamaan RM18k. 20 tahun, RM36k.. 

Kos demam pada masa tu ( jika kenaikan 14% setahun) bersamaan RM41k, hahahahaha…takkan tak demam dalam tempoh 20 tahun…itu baru demam..😅

Ps : biz dalam bidang kesihatan ni mesti ROI tinggi. Hehe