Dah lama saya ingin kongsikan pengalaman menguruskan claim ( tuntutan) client saya di Pusat rawatan Isalm Az-Zahrah Bangi. Namun terpaksa ditanggguh kesekian kalinya akibat malas. Hehehe… Nak mula menulis, memang terasa berat. Tapi apabila dah mula menulis, rasa macam nak tulis tak henti-henti.
Pada bulan 9, beliau memaklumkan saya yang anaknya demam. Setelah beberapa pemeriksaan, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dari Pusat rawatan islam Az-Zahrah Bangi. Di Bangi, belum ada hospital panel untuk pemegang kad perubatan Takaful peribadi. Jadi saya perlu menguruskan urusan tuntutan claim secara manual. Prosesnya sedikit sukar berbanding melalui hospital panel. Baiklah. Salah seorang client saya adalah seorang guru di sekolah sekitar Bangi. Beliau telah menyertai skim takaful pada lewat tahun 2012. Skim takaful yang disertai ialah plan pendidikan khas untuk anaknya. Membuat persediaan awal selalu gagal dilakukan oleh orang ramai di luar sana. Atas kesedaran yang ada dan inginkan yang terbaik untuk anak, plan pendidikan Takaful menjadi pilihan. Oh ya! Tahukah anda plan pendidikan dalam takaful berbentuk satu jaminan di mana jika anda ( ibu bapa ) ditimpa musibah ( disahkan menghidap 36 penyakit kritikal ), simpanan anak di takaful akan diteruskan secara percuma tanpa perlu lagi anda menabung untuknya. Itulah jaminan yang diberikan dan kenapa plan pendidikan takaful berbeza dari plan simpanan lain di luar.
Apa yang mengejutkan saya, pihak hospital dan doktor di sana bertindak lebih cepat & cemerlang. Walaupun bukan hospital panel, mereka memudahkan urusan tuntutan claim dengan penyediaan dokumen tuntutan yang segera. Berbanding hospital lain, agent terpaksa memohon ( kalau agent anda rajin, kalau tak client le yang mohon sendiri ) dokumen /laporan dari doktor. Tak percuma tau. Kena bayar laporan tu ( caj laporan doktor yang paling mahal pernah saya mohon ialah dari SimeDarby Medical Center ). Kemudian harus menunggu sehingga 14 hari bekerja. Apapun saya memang puji persediaan pihak Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi kerana memudahkan urusan tuntutan claim. Belum pun saya mohon, laporan doktor dah disediakan. Alhamdulillah terbaik.
Urusan tuntutan secara manual akan lebih mudah apabila semua dokumen ( bil rawatan, discharge summary, laporan doktor, resit bayarn ) yang diperlukan ada. Dalam tempoh masa 14 hari ( sepatutnya 14 hari berkerja ), pihak Takaful telah meluluskan tuntutan claim dan mengisukan cek tuntutan.
Oh ya. Sedikit kelainan yang ada pada hospital ini berbanding hospital lain ialah tema. Hospital ini memang islamic.
Ps : orang-orang Bangi, saya bersedia untuk menjadi agent terbaik anda.
Recent Comments