Saya Nak Fikir Dulu,Naim

Saya Fikir DuluSaya selalu mendengar ungkapan ini “Saya Nak Fikir Dulu” atau “Saya Nak Bincang Dengan Suami/ Isteri Dulu” dan banyak lagi yang ada kaitan dengan fikir ni. Saya pasti sebenarnya ada jawapan yang lebih konkrit dibelakang ungkapan tersebut. Pernah tak anda bagi jawapan ini pada agent insurans/takaful ? atau Jika anda agent, biasa tak dapat jawapan yang macam ni ?

Kenapa “Saya Nak Fikir Dahulu” ?

Saya seringkali terfikir-fikir apakah jawapan sebenar di sebalik ungkapan tersebut. Walaupun setelah diberikan penjelasan tentang “free waiting period” iaitu tempoh bertenang atau percuma manfaat sehingga 15 hari selepas tarikh polisi diserahkan ( proses meluluskan,mencetak dan menyerahkan polisi boleh mengambil masa antara 14 hari-30 hari ). Adakalanya saya ingatkan tentang musibah yang di luar jangkaan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Siap tunjuk video lagi kisah seorang yang bertangguh beberapa hari, dan kemudian maut sewaktu hari nak menyerahkan borang permohonan. Dan macam -macam lagi. Akhirnya, saya membuat kesimpulan sendiri kenapa ramai di luar sana yang masih mahu menggunakan ungkapan “saya fikir dulu” dan seangkatan dengannya.

Jawapan sebenar

“Saya nak fikir dulu” adalah tanda-tanda “saya tak cukup bajet”. Betul tak? Kebiasaannya jika anda bersedia untuk mendengar penjelasan dari agent insurans/ takaful mengenai produk dan plan yang ditawarkan. Anda sebenarnya sudah bersedia untuk menyertainya. Tetapi, setelah melihat pakej yang ditawarkan jauh dari bajet yang mencukupi, inilah ungkapan yang akan digunakan. Samada ia benar atau tidak, saya yakin ramai yang akan sertai jika plan insurans/takaful itu murah. Namun, bukan semua plan yang lengkap dan diingini dapat disediakan pada harga di bawah RM100. Itu adalah hakikat. Lagi murah plan yang anda ambil, lagi kurang manfaat yang ditawarkan. Ia asas dan mudah sahaja. Saya umpamakan menyertai plan takaful yang ditawarkan seumpama membeli handset baru. Anda boleh pilih samada untuk membeli Nokia 3310 atau Samsung Galaxy Note 2. Kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama namun berbeza harga dan manfaat yang ditawarkan.

Oleh kerana masyarakat malaysia ini di selebungi kesopanan yang tinggi, ungkapan “saya nak fikir dulu’ diberikan sebab lebih berlapik dan tidak akan mengguris perasaan mana-mana pihak. Tidak ada penyelesaian lain bagi jawapan sebenar ini melainkan anda meningkatkan pendapatan anda ( jika anda tergolong dalam golongan ini ). Jelas sekali, plan takaful yang akan disertai bukan untuk tempoh 1 atau 2 bulan sahaja. Bahkan sehingga 20 ke 30 tahun lamanya. Anda mesti melihat kembali kewangan diri sebelum betul-betul membuat keputusan untuk menyertainya. Jika tidak, anda bakal merugikan wang sendiri dan juga kontrak agent tersebut. Untuk makluman anda, sesetengah syarikat pengendali takaful mengenakan syarat ketat seperti memastikan sumbangan peserta takaful sehingga “85% dari jumlah penyertaan tahunan” kepada agent untuk terus kekal dalam kerjayanya.

Selain itu, “saya nak fikir dulu” ini juga adalah tanda-tanda kepada “saya tak yakin/ tak faham dengan penjelasan anda “. Ya. Kadang-kadang saya juga perasan ada prospek yang meberikan jawapan kerana penjelasan yang diberikan tidak memuaskan prospek.Oh ya! Pernah anda berikan jawapan ini ? Saya dulu pernah ( waktu sebelum jadi agent ). Ada sebahagian penjelasan yang tidak memuaskan dan meyakinkan. Jadi untuk tidak mengguriskan perasaan, ungkapan ‘saya nak fikir dulu’ digunakan.

Apa Penyelesaiannya ?

Jika anda menghadapi kekangan bajet, lihat kembali kewangan diri anda. Jika boleh, berterus terang dan minta pendapat dari agent. Ramai agent di luar sana mempunyai ilmu perancangan kewangan. Mereka ini bukan sekadar mengejar komisen, tapi anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat kewangan percuma dari mereka. Dan saya yakin, jika anda benar-benar tidak mampu, mereka tidak akan memaksa anda sertai plan yang ditawarkan. Sebaliknya akan mencadangkan beberapa jalan keluar lain. Antaranya seperti mula mencari pendapatan tambahan dengan menjadi agent atau lain-lain lagi. Selalu sangat terjadi kes agent mendesak prospek mengambil plan yang ditawarkan oleh kerana salah faham maksud sebenar ungkapan yang diberikan.

Lain pula untuk penerangan yang tak memuaskan. Anda mesti seboleh yang mungkin bertanyakan apa sahaja yang tidak faham. Kalaupun anda lupa, anda mempunyai banyak masa untuk melihat polisi yang diberikan tempoh bertenang dan mulakan pencarian maklumat lebih dari pelbagai sumber.

Kesimpulannya, anda harus berterus terang. Tak perlu untuk menyelindungkan jawapan sebenar. Masing-masing akan mendapat situasi menang menang

Ps : Anda ada “jawapan sebenar” yang lain ? Kalau ya, boleh kongsi di ruangan komen.

Kes Agent Insurans Penipu

agent insurans penipuSetiap manusia tidak dapat mengelak dari sifat jahat yang ada dalam diri. Jadi kali ini saya ingin berkongsi tentang 1 kes penipuan oleh agent insurans. Yup..ini kes agent yang menipu.

Modus operandi atau kaedah mereka ini sama je. Caranya melalui kutipan tunai peserta takaful yang terus ke dalam akaun agent penipu ni. Sebagai pemilik sijil takaful, anda mesti berhati-hati untuk membuat bayaran tunai kepada agent. Saya tidaklah bermaksud semua agent yang membuat kutipan tunai ni penipu. Tapi kecenderungan untuk menggunakan duit client adalah tinggi.

Bayangkan jika anda telah membuat bayaran selama setahun. Satu hari anda ingin mendapatkan rawatan daripada hospital swasta & mendapati anda tidak boleh menggunakan kad perubatan/ medical card. Apa perasaan anda pada saat tersebut? Bukan kerana syarikat tak nak cover penyakit yang anda alami atas alasan mengelat, tapi disebabkan sumbangan tunai anda selama ini telah dikebas si agent penyangak. Anda harus ingat polisi yang lupus hanya akan berkuatkuasa semula setelah bayaran tunggakan diselesaikan dan harus melalui tempoh menunggu. Jika penyakit tersebut berlaku dalam tempoh menunggu tersebut, ia akan dikategorikan sebagai penyakit sedia ada dan kebarangkalian pihak insurans untuk tidak lagi menanggung sebarang kos perubatan untuk penyakit tersebut adalah tinggi.

Saya yakin sesiapapun akan bengang tahap cipan.

Sebagai seorang pemilik sijil, saya juga taknak perkara ini berlaku kepada diri saya. Memandangkan duit boleh merubah seseorang, anda harus berhati-hati.

Di AIA Takaful, peserta boleh menggunakan beberapa kaedah untuk membayar sumbangan takaful. Kebiasaannya ramai memilih untuk membuat potongan dari akaun bank ataupun kad kredit. Walaupun begitu, bagi segelintir yang membuat bayaran secara tunai, cuba elakkan dari menyerahkan kepada agent dengan harapan beliau akan membuat bayaran.

Selama setahun saya menjadi agent AIA Takaful, sudah lebih dari 5 kali saya mendengar cerita kes tipu ni.

Saranan saya, sebagai pemilik sijil takaful ,anda haruslah :

  • selalu berhubung dengan agent anda ( jika agent anda seorang yang selalu mengambil berat tentang anda, ia satu kredit tambahan yang bagus )

  • setahun sekali, semak kembali polisi yang anda miliki. Dapatkan khidmat nasihat agent anda

  • jika anda membuat bayaran tunai, dapatkan resit atau sesekali anda harus menghubungi pihak syarikat untuk menyemak status akaun anda

Saya harap artikel ini dapat memberi sedikit pencerahan dan langkah berjaga-jaga. Ingat, anda memilih untuk memiliki sijil takaful bukan untuk ditipu tetapi sebagai persediaan menghadapi hari-hari musibah. Jadi senantiasa mengambil langkah persediaan.

Selamat beramal.

Ps : jika anda dapati ada agent penipu sebegini, anda boleh terus membuat laporan kepada pihak syarikat atau bank negara. Say No To Cheaters!

Kenapa Kita Mesti Ada Polisi RM 1 Juta ?

hantaran kahwin takaful RM1 jutaSaya yakin ramai orang yang ingin hidup kaya. Jadi jutawan dalam hidupnya. Dengan pelbagai tujuan, usaha yang dilakukan pun melalui pelbagai jalan. Cuma adakah kita semua sedar usaha yang kita lakukan tersebut selari atau tidak dengan impian ingin menjadi jutawan? Ia satu Realiti atau fantasi untuk semua usaha yang kita lakukan ?
Untuk mengenalpasti samada impian atau angan-angan, saya jemput tuan-tuan dan puan-puan muat turun ebook terkini saya “ebook : Perunding Takaful” di sini ( masih dalam pembikinan ). :)
Berbalik pada topik di atas, tahu tak kenapa kita harus menjadi jutawan ? Yup..maksud saya jutawan dari segi kewangan?
Jutawan & Tanggungjawab

Lihat sekeliling kita. Ini bukan soal materialistik atau gilakan kemewahan dunia. Ini lebih kepada tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang bapa, seorang suami, seorang abang, seorang pejuang anak bangsa, hatta seorang pejuang agama. Menjadi jutawan adalah satu kemestian kerana dengan kekayaan tadi kita bakal melepaskan kerunsingan anak-anak untuk menyambung pelajaran. Untuk si isteri meneruskan kehidupan yang dia berhak milik. Untuk ibu dan ayah walaupun jasa & budi mereka tak terbeli. Untuk anak bangsa. Menyediakan mereka dengan prasarana-prasarana yang membantu mereka membina kehidupan . seterusnya untuk agama. Membantu mengembangkan syiar. Apalah nasib malang jikalau hidup tidak memberi apa-apa, mati pula tiada jasa.

Itulah tujuan BESAR kenapa kita harus menjadi jutawan.
Persoalannya adakah kita boleh menjadi jutawan hari ini? Haaa…Tentu ada yang tertanya-tanya. Kerja makan gaji je. Pendapatan RM3000- RM5000 sebulan. Kalau simpan RM1000 sebulan, setahun baru RM12,000. 10 tahun baru RM120,000. 30 tahun ? 50 tahun ? Sakit ? Mati ?
Nampak macam dah tak realistik kan ?

Kisah RM 500 Ribu & 7 Beradik

Ini kisah benar yang saya dapat dari hasil perbualan saya pagi tadi. Orangnya memang tak sempat jadi jutawan sewaktu hidup, tapi meninggalkan harta pampasan separuh dari RM 1 juta untuk keluarganya.

Syukur. Kisahnya pagi tadi saya bertemu dengan seorang akak. Saya dekati beliau untuk berkongsi info tentang plan takaful. Katanya dia dah ada. Dia dah 5 tahun ambil. Saya tanyakan padanya .

Naim : Akak, Boleh kongsi dengan saya macammana akak boleh ada kesedaran awal tentang takaful & insurans ni?
Akak : Akak bersyukur sangat. Sebenarnya perkara ni berlaku pada akak. Ayah akak. Dia dah meninggal. Meninggal dalam kemalangan. Waktu tu tahun 1991. Belum ada orang melayu yang ada kesedaran nak ambil tahu dan langgan insurans ni. Ayah akak lain. Dia ambil. Ditakdirkan dia meninggal. Pampasan yang diberikan sebanyak RM 500,000. Akak bersyukur sangat. Duit tu lah yang digunakan untuk menyara akak 7 beradik sambung belajar. Bahkan sampai kahwin pun, kami masih boleh guna duit tu.

Nampak tak kesannya?

Ya. Memang mustahak kita menjadi jutawan. Namun bukan semua orang mampu menjadi jutawan. Bukan niat untuk mematahkan impian kalian tentang menjadi jutawan dalam kehidupan, hanya segelintir sahaja yang berjaya menggapai impian ini dalam kehidupan mereka. Selebihnya, samada gagal atau telah terkorban ketika dalam usaha mengejar impian tersebut. Untuk memiliki wang RM 1 juta dalam akaun simpanan, memerlukan usaha dan disiplin yang tinggi. Ramai yang tak mampu. Justeru, ramai mencari jalan mudah dan cepat. Sampailah yang tersesat. Ada yang terperangkap. Tak sempat jadi jutawan, dah jadi tak ketahuan. Kaya tak dapat kayap yang hinggap.

Polisi 1 Juta

Ini adalah salah satu cara yang mudah dan berkesan. Sungguhpun kebarangkalian anda untuk menikmatinya tipis, tapi besar manfaat kepada mereka-mereka yang anda wariskan. Dengan secebis simpanan , semua orang pasti mampu memiliki polisi macam ni. Bayangkan dengan wang persediaan RM 1 juta telah ada dalam akaun bank anda? Dapat bayangkan tak? Jika kita ditakdirkan meninggal esok hari, selain amalan apa lagi yang ingin kita tinggalkan untuk orang-orang yang kita sayang?

Cukuplah dengan apa yang kita pernah alami dulu. Atau barangkali kita pernah mendengar adik beradik bergaduh sesama sendiri demi tanah sekangkang kera. Ada pula yang diam-diam memakan harta anak yatim. Semuanya kerana harta sejemput.

Bagaimana pula dengan masyarakat yang kita tinggalkan? Apa lah yang akan mereka lakukan jika wang pampasan RM 1 juta diberikan kepada mereka? Terbayangkah kita dengan wang tersebut, ada anak-anak jiran yang boleh dibantu sesi persekolahan. Masjid dan pusat bacaan boleh diperbesarkan. Sumbangan untuk pelbagai yayasan boleh diperuntukkan.

Namun, ramai dari kita yang ambil kisah tak kisah je dengan persediaan ni. Duit rokok boleh berhabis. Duit untuk hiburan ASTRO takde masalah. Tapi nak suruh menyimpan untuk persediaan masa susah, macam-macam alasan. Sedih. Sedih saya dengan telatah orang macam ni. Mungkin mereka dah rasa aman dengan apa yang mereka ada.

Tapi bila terjatuh, barulah nak minta sana sini. Masa tu, sanggup berhabis. Bergolok gadai. Sampaikan ada yang terpaksa jual rumah tempat tinggal isteri dan anak-anak.

Adilkah untuk orang yang mereka sayang ?

Sekian.

Ps: Ingin tahu berapa jumlah sumbangan yang diperlukan untuk polisi pampasan RM 1 Juta ? Gunakan ruangan ini dan nyatakan Polisi 1 Juta dalam ruangan kotak tambahan

Asam Garam Bisnes : Appoinment Tipu

20121004-231939.jpg

Salam. Lama tak tulis di blog ni. Nak kata sibuk, tak de la sangat. Cuma kebelakangan ni, saya lebih banyak fokuskan aktiviti luar. Mencari rezeki. Kais pagi, makan 6 tahun 🙂 .

Ohh..saja nak kongsikan cerita malam ni. Tak sangka terkena buat kali kedua. Dalam bisnes takaful ni, terkena dengan appoinment tipu dah jadi lumrah.

Seminggu yang lalu, saya bertemu dengan seorang abang ni. Umur dah cecah 50 an. Beliau nampak macam sedang mencari pakej takaful untuk diri sendiri waktu tu. Saya tegur dan dapatkan info tentang diri dia.

Alhamdulillah, hari ni saya berjaya dapatkan 1 appoinment dengan dia. Tujuan saya mudah je. Nak terangkan apa cadangan takaful yang ingin saya cadangkan padanya. Tak kisah la nak ambil ke tak. Kalau ambil, bagus untuk dia dan tentunya bertambah income saya 🙂 . Kalau tak ambil, ok je. Boleh jadi kenalan tambahan.

Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya appoinment yang saya sangkakan khas untuk bercerita tentang cadangan takaful dah bertukar. Abang ni rupanya nak ajak saya join satu Multi Level Marketing. Hahaha… Terkena la saya ni.

Terus saya cari jalan nak mengelak diri. Sedih le jugak datang jauh-jauh waktu malam. Mujur datang dengan motor je. Jimat minyak. Cuma rugi sangat-sangat sebab dah buang masa. Masa bukannya boleh dijual beli. Tak ternilai.

Pernah terkena? Apa yang anda buat? 🙂

Sakit Jantung & Insurans

Syukur hari ini dipertemukan dengan seorang wanita yang bergelar makcik. :) umurnya baru mencecah 55 tahun. Kebetulan kiosk kami bersebelahan. Sepetang berbual dengan makcik ni. Rupa-rupanya dia ada butik pakaian sendiri. Cuma apabila usia menjengah tua, beliau semakin kurang menjaga butiknya. Nak dijadikan cerita, memang banyak juga celotehnya. Terutama kepedulian si makcik ini tentang keinginan beliau untuk menyertai 1 polisi takaful yang saya sedang promosikan.


 

Makcik : adik, makcik memang nak ambil 1 polisi insurans ni. Berapa perlu bayar?

Saya : ermmm, boleh saya tau usia makcik sekarang?

Makcik : 55 tahun,dik.

Saya : Oooh, saya ada client yang sebaya makcik. Premium bulanannya agak tinggi dan mahal la juga makcik. Lebih kurang RM350.

Makcik : makcik tak kisah. Kalau mahal sikit pun tak mengapa. Makcik dah serik. Dulu makcik nak ambil tak boleh.

Pelikk juga saya apabila si makcik ni cakap begitu. Kebiasaannya hanya 2 je kemungkinan besar kenapa orang tak boleh ambil insurans. 1 kemungkinan sebab dia takde duit. 1 lagi kemungkinan ialah dia dah ada penyakit. Justeru, saya tanyakan makcik t kembali.

Saya : kenapa makcik? Makcik pernah mohon takaful ke sebelum ni?

Makcik : takaful takde dik. Insurans ya. Makcik tak tau kenapa. Cuma dulu , 6 tahun lepas makcik menghidap penyakit jantung. Makcik dah ke hospital s******g ( sebuah hospital kerajaan) 6 tahun lepas. Dalam tempoh tu, diorang kata makcik takde penyakit jantung. Tapi makcik tak puas hati sampailah makcik sendiri ke hospital p*****i ( sebuah hospital swasta ). Mereka maklumkan yang makcik dah lama ada blockage di beberapa salurah darah. Kemungkinan makcik nak kena serangan jantung tinggi. Operation untuk setiap tiup plastik meluaskan saluran darah makcik tu lebih kurang RM59,000. Habis duit KWSP anak-anak makcik . Nak buat macammana. Tapi, sejak tu la makcik tak berapa puas hati dengan perkhidmatan hospital s*****g tu. sekarang,kalau perlu bayar mahal sikit insurans pun tak mengapa. Asalkan makcik dapat servis perubatan dari hospital swasta. Puas hati.

Cerita tamat di situ. :) agak-agak anda apa yang saya cadangkan