“Abang, plan HIBAH TAKAFUL ni offer 2juta tanpa perlu Medical Checkup” promo seorang agen Takaful PruBisa
“Company PruBisa boleh offer 2juta je. Tapi company saya ni AIOU Takaful boleh offer 4 juta tanpa medical checkup. Lagi power!” kata seorang lagi agent dari company berbeza.
“Ini promosi luar biasa , abang. Hanya RM50, dah boleh hibah RM100k ” pelawaan seorang lagi agent company ETIQUE.
Ini kebiasaan. Tak ada kesalahan pun.
Cuma anda sebagai pelanggan yang bijak, perlu tahu KENAPA dan BERAPA jumlah HIBAH TAKAFUL yang diperlukan. GAGAL memahaminya akan menyebabkan anda :
- bayar mahal, tapi manfaat kurang @
- bayar murah tapi kurang berkesan @
- harga yang sama, tapi boleh dapat lebih dari takaful lain @
- bayaran/ contribution lebih dari 10% gaji
- keliru dan terlepas peluang pelaburan apabila terpengaruh dengan janji keuntungan dari polisi HIBAH bertempoh
BAGAIMANA NAK ELAK TERTIPU @ DITIPU ?
Jawapannya ialah anda perlu tahu KENAPA & BERAPA amaun Hibah Takaful yang diperlukan.
KENAPA :- Diperolehi berdasarkan keperluan kewangan anda. Boleh jadi melibatkan hutang-hutang yang perlu dilangsaikan atau tunai yang diperlukan setiap bulan untuk meneruskan kehidupan
BERAPA :- Hasil dari pengiraan , anda tidak lagi akan terlebih coverage atau terkurang coverage.
OK..boleh faham kan setakat ni?
Dalam kaedah menentukan jumlah perlindungan/ coverage/ hibah/ pampasan , ada 2 kaedah yang biasa digunakan iaitu :
- Capital Liquidation Methode ( Cara Pencairan Modal )
- Caranya dengan menyediakan sejumlah pampasan berpandukan keperluan dalam tempoh tertentu.
- Tujuannya pampasan tersebut akan dibelanjakan sepanjang tempoh yang dijangka
- Cth. penyediaan pampasan sejumlah 10x Gaji Tahunan @ 120 bulan gaji
- Amaun pampasan tadi akan dibelanjakan ( tercair ) sehingga habis mengikut tempoh 10 tahun.
- Capital Intact/Preservation Methode ( Cara Pengekalan Modal )
- Cara ini lebih kepada mengekalkan modal pampasan sedia ada
- Hanya dividen dari modal tadi dibelanjakan.
- Cara ini dapat menjamin modal sepanjang masa tetapi memerlukan sejumlah amaun yang lebih banyak
- Cth. Keperluan perbelanjaan keluarga setahun ialah RM48k ( RM4k x 12 bulan ).
- Untuk mendapatkan RM48k setiap tahun dari dividen, ia perlu dilaburkan. Berapa amaun pelaburan yang diperlukan? Nanti saya tunjukkan pengiraannya
Antara 2 kaedah yang dinyatakan, mana satu kaedah yang terbaik? Jawapannya ialah kita GABUNG kan kedua-duanya. Kan? Kalau boleh digabungkan, buat apa nak pilih lagi.
BAGAIMANA APLIKASINYA DALAM MENGIRA HIBAH ?
OK..inilah isi kandungan utama yang nak dipersembahkan.
Oleh kerana untuk hidup, seseorang perlukan duit untuk dibelanjakan. Maka kita kategorikan semua keperluan harian tadi dalam bentuk PERBELANJAAN. Untuk lebih mudah, kita kira PERBELANJAAN TAHUNAN.
Selain itu, kita perlu ambil kira LIABILITI @ hutang yang diperlukan untuk memenuhi keperluan hidup seperti hutang pinjaman rumah, pinjaman kereta dan sebagainya.
2 item ini akan menggunakan pendekatan berbeza dan digabungkan untuk menentukan jumlah hibah yang diperlukan.
PERBELANJAAN TAHUNAN = CAPITAL INTACT METHODE = KEKALKAN MODAL
LIABILITI = CAPITAL LIQUIDATION METHODE = CAIRKAN MODAL
KAJIAN KES
Dari template kewangan yang saya sediakan ini, En Ahmad memerlukan sejumlah RM4,070 sebulan untuk perbelanjaan keluarga beliau. Manakala liabiliti yang ada ( Hutang yang tiada cagaran/ takaful ) adalah sebanyak RM10,103 yang perlu dilangsaikan sekiranya beliau telah meninggal dunia.
psss..bukan semua hutang perlu dilangsaikan. Dengan pengiraan tertentu, anda boleh menganggarkan baki hutang bagi pinjaman yang tiada insurans/takaful/ cagaran ( seperti kereta, kad kredit ) . Hanya hutang tersebut sahaja diambilkira.
Untuk memastikan isteri en Ahmad terus menikmati wang perbelanjaan keluarga setiap bulan selama-lamanya, DANA TAKAFUL melalui kaedah Capital Intact Method yang diperlukan ialah sebanyak RM851,703 @ RM850K. Baki hutang diselesaikan dan menikmati dividen hasil pelaburan dari wang pampasan .
Kenapa ? Kerana jumlah HIBAH TAKAFUL tersebut jika dilaburkan dalam pelaburan yang memberikan kadar pulangan setahun 6%, ia akan memberikan dividen sebanyak RM48,840 setahun. Bersamaan RM4,070 setiap bulan.
Namun, jika en Ahmad memilih untuk caruman yang lebih rendah, beliau boleh memilih kaedah preservation kerana jumlah yang diperlukan adalah lebih rendah iaitu sebanyak RM515,063 @ RM520K. Wang hibah ini akan digunakan untuk melangsaikan hutangnya & hanya mampu bertahan untuk tempoh 10 tahun sahaja.
PENGIRAAN INI TIDAK MENGAMBILKIRA FAKTOR INFLASI
Buatlah perbandingan dan terus melanggan apabila ia difikirkan memenuhi keperluan kewangan anda.
Recent Comments