Inflasi Kos Perubatan 14% Setahun, So What?

Pertumbuhan kos perubatan di Malaysia ialah 14% dan dijangka akan meningkat lagi.

❗Apa maknanya semua ini?

❗Kalau hari ni anak Azman demam dan warded utk 4H3M di hospital swasta ,kos rawatan sekitar RM3000.

❗Tahun depan, kenaikan kos 14% bersamaan dengan RM3420. Fuuhh..apadehal kan tambah RM420 je 😂

❗Itu tahun depan. Kalaulah sekata kenaikannya, berapa agak2 amaun utk 10 tahun akan datang? 2029?

❗14% setahun..10 tahun akan datang, bersamaan RM11,122. 😱 dari 3k naik jadi RM11k. Banyak beza tu.

❓Jadi apa solusinya? Melabur? Kalau pelaburan dengan dividen 7% setahun selama 10 tahun, baru RM5900. Masih xcukup nak kejar inflasi dalam kos perubatan.

✅ Solusinya ialah TAKAFUL PERUBATAN!!! 

Walaupun kenaikan caj tabarru’ ada, tapi masih jauh lebih rendah berbanding kenaikan inflasi kos perubatan.

Jika caruman takaful RM150 sebulan, setahun bersamaan RM1800. 10 tahun, bersamaan RM18k. 20 tahun, RM36k.. 

Kos demam pada masa tu ( jika kenaikan 14% setahun) bersamaan RM41k, hahahahaha…takkan tak demam dalam tempoh 20 tahun…itu baru demam..😅

Ps : biz dalam bidang kesihatan ni mesti ROI tinggi. Hehe

Insurans I, Company Dah Cover

Ada tak pasangan atau kawan-kawan anda yang belum ambil takaful medical card sebab “COMPANY dah cover” ?
.
Ye la kan, buat apa nak buang duit. Company dah cover kos perubatan.
.
Tapi….

Umur 25 Tahun – Insurans i Company Cover – Tak perlulah cari yang personal

Umur 28 Tahun – Menghidap buasir kos rawatan RM8000 – Insurans i Company Cover – Nasib baik ada company cover

Fuuhhhh… Nasib baik

Dah mula kencing manis – Mana nak cari agent ekk?

Maaf- Rekod dah banyak. Insurans ni nak ambil sebelum penyakit takde

Hahahaha— Company dah tak cover. — Itulah dulu bongkak sangat


.
Jom share & tag orang yang anda sayangi. Mana tau bermanfaat untuk mereka dan keluarga kelak.
.
Untuk info/khidmat nasihat lanjut : www.wasap.my/60173293028

Wang Pampasan Biaya Sekolah 4 Anak !

pampasan biaya sekolah 4 anak

BAYANGKAN jika esok hari anda akan OUTSTATION untuk tempoh sebulan, apa yang akan anda tinggalkan untuk isteri dan anak2, ibu bapa?

Tapi….kalau esok OUTSTATION tu untuk selama-lamanya ?

Kita hidup bukan nak menongkat langit. Tiba masanya kita akan pergi. Yang tinggal ialah sedekah jariah, doa anak2 yg soleh dan ilmu yg dimanfaatkan oleh org lain. Inilah saham yang akan berterusan walaupun sudah di alam barzakh.

Wang PAMPASAN Takaful bukanlah segala-galanya bagi kita. Tapi PENTING bagi mereka yang bakal ditinggalkan. Wang tersebutlah bakal menyara kehidupan mereka. menjadi Amal jariah walaupun sudah tiada. Wang tersebutlah bakal digunakan untuk menyara persekolahan anak-anak. Sehingga mereka bakal menjadi anak-anak yang berguna. InsyaAllah.

JOM bertindak sekarang. Apalah sangat caruman RM150/bulan untuk persediaan kepada insan yang bakal ditinggalkan. #wangpampasan

Ps : Caruman serendah RM150/bln layak untuk mendapat manfaat pampasan kematian sebanyak RM400,000

Sebelum Kena Darah Tinggi ( Hypertension ), Jom Ber takaful !

prubsntakaful darah tinggi hypertensionDarah tinggi ( hypertension ) ni adalah pembunuh senyap no 1  di Malaysia. Dengan gaya hidup dan cara pemakanan kita ( garam, kalori, kafein, merokok ) , tak hairan lah hampir 30% rakyat Malaysia ada penyakit tekanan darah tinggi.

Bahaya ke darah tinggi (hypertension )  ni ?

Bahaya !

Kalau tak, penyakit ni takkan dikenali sebagai pembunuh senyap no 1 negara.

Apabila tekanan darah tinggi yang lebih serius berlaku, komplikasi yang dialami akan lebih parah. Pembuluh darah besar jika pecah boleh mengakibatkan STROK OTAK & SERANGAN JANTUNG.

Manakala pembuluh darah kecil yang pecah boleh mengakibatkan masalah-masalah lain seperti buah pinggang dan penglihatan. Jantung pun boleh bengkak disebabkan tekanan darah yang tinggi.

darah tinggiOleh sebab itulah syarikat insurans dan pengendali takaful seperti PruBSN memandang serius tentang penyakit ini. Andaikata ada peserta yang memohon takaful sedang menghidap tekanan darah tinggi ( hypertension ) permulaan, insurans/takaful beliau akan “rated up”. Maksudnya beliau perlu bayar premium / sumbangan lebih dari yang sepatutnya. Bahkan mungkin ditolak jika tekanan darah tinggi tersebut melampau.

Kesimpulannya bermulalah dengan usia yang masih muda untuk bertakaful.

Ps: Jom dapatkan quotation takaful di sebelah. Klik je gambar disebelah kanan anda.

 

Insurans Ni Tak Haram, Sebab Melabur Dalam Dana Syariah ???

Pernah anda dengar tentang penerangan sebegini rupa? Insurans ni tak haram sebab pelaburannya dalam DANA SYARIAH. Entah dari mana datang fahaman ni. Apa yang boleh saya maklumkan, agent ini belum cukup faham tentang isu Halal Haram dalam dunia insurans.

Kita semua jelas tentang HARAM nya khinzir. Tak kisahlah walaupun khinzir tadi dimasak oleh ustaz. Ataupun khinzir panggang yang disembelih dengan amalan patuh syariah. Haram tetap haram.

fatwa insurans haramBegitu juga, kita semua jelas tentang HARAM berjudi. Walaupun amalan berjudi tadi dimulakan dengan bacaan doa, ataupun alunan merdu suara tok imam. Yang haram tetap haram.

Tetapi…

Ramai lagi yang kurang jelas tentang kenapa INSURANS KONVENSIONAL haram !

Mereka kata insurans ini halal sebab pelaburannya patuh syariah .

Sejak bila khinzir jadi halal apabila disembelih mengikut syarak?

Sejak bila berjudi jadi halal jika tok imam yang membeli atau dilakukan secara berjemaah dan berdoa kepada tuhan?

HARAMnya INSURANS KONVENSIONAL adalah disebabkan konsep insurans itu sendiri.

Insurans pada dasarnya adalah satu instrument kewangan yang konsepnya adalah “jual beli”. Jual beli dalam Islam adalah diharuskan selagi tidak melanggar syarak. Para ulama telah menggariskan beberapa panduan dalam urusan jual beli yang diharuskan. Juga jual beli yang melanggar syarak. Dalam berjual beli INSURANS KONVENSIONAL, ada urusan jual beli yang ditegah.

Kenapa ?

Pertama. Kita panggil Gharar. Gharar ini ialah ketidakpastian. Ada gharar yang dimaafkan dan sebaliknya. Dalam urusan jual beli insurans, GHARARNYA sangat luas besar sekali. Penjual menjual sesuatu yang tidak pasti bila tarikhnya si pembeli akan dapat barang. Bila sakit? Bila mati? Bayangkan seorang pemilik polisi insurans yang dah bayar selama 30 tahun dengan jumlah premium dibayar RM30K, tapi tidak mendapat apa-apa barang sebab sihat dan tak mati.

Kedua. Kita difahamkan tentang RIBA. Riba ini pada fahaman masyarakat umum ialah “kadar bunga”. Dalam insurans konvensional, kita bukan berbicara tentang kadar bunga atau kadar pulangan dari pelaburan. Tetapi RIBA disini kerana wujudnya urusan jual beli duit. Para ulama mengaitkannya dengan persamaan barangan ribawi antaranya jual beli emas dengan emas. Apa logiknya perniagaan jual beli wang RM1 dengan RM100 ? Saya jual RM1 , anda beli dengan RM100. Nampak tak? Aneh dan pelik. Barang yang sama tapi nilainya berbeza. Adil ke?

Ketiga. Wujud unsur perjudian. Dengan sejumlah bayaran premium yang kecil, pemilik polisi mengharapkan pulangan wang yang lebih besar apabila musibah menimpa. Begitulah juga sebaliknya pemilik polisi akan rugi jika tiada ada apa-apa berlaku kepadanya.

Nampak tak?

3 perkara yang wujud dalam transaksi insurans ini adalah perkara UTAMA kenapa insurans itu haram. Bukannya perihal pelaburan tersebut.

Harap memberi kefahaman kepada semua. Sekian