Kenapa I-BR1M Merugikan Rakyat ?

i-BR1M-Perlindungan-Insurans-Nyawa

Sebelum ni, saya tak kisah sangat artikel-artikel politik yang ditulis oleh mana-mana belah pihak. Biasalah kalau yang pro kerajaan, semestinya akan menuis apa sahaja yang menyokong dasar kerajaan. Begitu juga sebaliknya bagi blogger yang pro pembangkang.

Antara isu yang pernah dibangkitkan ialah berkaitan I-BR1M yang diberikan kepada semua penerima BR1M ( kecuali golongan berstatus bujang dan warga emas sebatang kara ).

Bagaimana I-BR1M ini merugikan semua orang dan mengkayakan seseorang ?

I-BR1M merugikan

Umum tahu, setiap penerima BR1M akan diperuntukkan RM50 bagi penyertaan skim I-BR1M ini. Pada tahun 2014, seramai 7 juta penerima BR1M yang layak dan ini bermakna kerajaan membelanjakan RM350 juta semata-mata untuk skim ini.

Dari RM 350 juta tersebut, tuntutan yang telah dibuat sehingga September 2014 ialah hanya sebanyak RM42 juta sahaja. Diingatkan, tuntutan hanya sah sehingga 31 Disember 2014.

Maknanya sekarang kerajaan telah membayar RM350 juta kepada syarikat/individu tertentu khas untuk skim I-BR1m semata-mata untuk membela rakyat dengan RM42 juta sahaja. Adakah dengan baki 3 bulan yang tinggal, kerajaan yakin amaun yang dibelanjakan benar-benar membela rakyat atau sebaliknya untuk membela kroni ?

Duit kerajaan datangnya dari cukai rakyat. Boleh anda bayangkan betapa pembaziran yang ketara bagi rakyat seluruhnya.

Saya tak kisah pun kalau benar-benar urusan I-BR1M ini “straight to the point”. Masalahnya ada saja kerenah pengendali takaful ( pengendali sebenar ) yang mewujudkan pelbagai kerumitan untuk membuat tuntutan I-BR1M ini.

Semuanya bermula apabila saya membantu salah seorang client saya membuat tuntutan I-BR1M. Beliau kematian ayah. Namun, proses yang mudah jadi melecehkan.

Kali pertama saya ke bangunan Takaful Ikhlas di Bangsar South. Permohonan tidak diterima atas alasan “Salinan Sijil Kematian” tak dikepilkan. Saya tunjukkan salinan sijil pengkebumian tapi tak diterima. Alasannya mudah iaitu ” ikut prosedur”. Saya kata apa bezanya 2 dokumen ini? Tetap si mati itu mati. Pengkebumian dan kematian. Takkan tanam orang bukan sebab mati. Sejak bila ada perbezaan dengan pengkebumian dan kematian. Kalau pengkebumian tu tanam orang yang tak mati, dah tentu kita takkan ada kementerian pertanian tapi kementerian pengkebumian. Walaupun bukan saya yang menuntut, saya geram juga la menyusahkan penuntut ( client saya ).

Saya beralah.

Kali kedua saya ke bangunan yang sama. Kini bersama-sama salinan sijil kematian. Client saya telah dapatkan dari kampung. Tetapi. Permohonan tetap ditolak. Alasan kali ini lagi membuatkan saya menyirap.

Permohonan ditolak sebab waris yang memohon tak layak. Tak layak? Pegawai di kaunter takaful ikhlas mengesahkan pemohon yang layak cuma isteri si Mati sahaja atau anak-anak yang menjadi tanggungan. Anak yang bukan tanggungan tidak layak.

Inilah yang buat saya bengang. Belum pernah lagi skim takaful yang saya promosikan mengenakan syarat tuntutan mesti dibuat oleh waris yang menjadi tanggungan. kalau dah besar dan kerja, tak dikira sebagai tanggungan dan tak layak. Apakah situasi jika si mati (suami dan isteri) tidak ada anak yang masih bersekolah?

Membazir tak RM50 tu?

Membazir tak RM350 juta tu?

Diabetes Boleh Ambil Pelan Insurans?

Antara pengecualian utama bagi setiap plan kad perubatan mahupun insurans/takaful sendiri tidak akan menawarkan manfaat bagi penyakit sedia ada.
Lazimnya memang begitu. Namun keputusannya tetap tertakluk atas budibicara underwriter ( staff yang membuat keputusan permohonan ). Saya pernah cuba memohon satu pelan kad perubatan untuk suami client saya. Beliau menghidap diabetes dan dinasihatkan mengambil ubat. Saya cuba dan memang tak dapat ditolong.
Syarikat menolak permohonan tersebut. Sekalipun penyakit tadi diketepikan, hampir semua syarikat insurans/takaful akan menolak permohonan sebegini. Diabetes atau penyakit kencing manis memang popular di kalangan rakyat Malaysia. Nak buat macammana kan? Hari-hari makan nasi.
Apatah lagi jika pemohon pernah ditahan wad untuk penyakit tersebut. Proses memohon insurans/takaful akan lebih sukar. Dari saat menghantar permohonan, mengambil laporan doktor, mengisi borang soal selidik penyakit bahkan pemeriksaan kesihatan khas.
Justeru, saya merekomenkan para pembaca yang masih belum ada penyakit-penyakit berbahaya untuk segera memikirkan untuk menyertai mana-mana plan takaful. Biarlah keluar sikit duit poket, asalkan persediaan secukupnya dah ada.
Ps : insurans cover tak penyakit hati? Hehehe..harap maaf. Penyakit hati ubatnya ialah dengan ibadah.

1 Insurans Untuk 1 Kereta, Untuk Keluarga ?

insurans keluarga

Sekarang ramai yang dah mula prihatin tentang keperluan takaful ( termasuk kad perubatan ). Antara faktor-faktor yang menjadikan kad perubatan penting  ialah kos sara hidup yang meningkat, tekanan tempat kerja, tabiat pemakanan yang kurang sihat & teratur, kurang senaman, gaya hidup yang tidak sihat, kos rawatan perubatan yang mahal dan lain-lain lagi yang diluar fikiran. Semua ini mendorong kepada keperluan kad perubatan & plan takaful yang komprehensif.

Namun, masih ada beberapa mitos yang masih tidak jelas bagi sebahagian yang lain. Mereka tahu insurans/ takaful itu penting tetapi salah membuat pertimbangan sewajarnya.

Satu contoh yang paling ketara ialah tentang pemilihan pakej takaful keluarga. Di pasaran hari ini, ada 2 jenis plan takaful yang ditawarkan kebanyakan pengendali takaful. Plan takaful keluarga ( individu ) & plan takaful keluarga ( kelompok ). Kedua-duanya mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing.

Pakej Takaful Keluarga ( individu )
Plan ini direka khusus untuk memenuhi keperluan individu secara peribadi. Maksudnya plan ini mengkhususkan keperluan dan kehendak diri peserta tersebut. Setelah mengambilkira keperluan peribadi dipenuhi, plan ini boleh digabungkan bersama-sama plan individu lain ( ahli keluarga ) dalam keluarga tersebut.

Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan & kehendak berbeza. Sebab itu plan ini direka sebegini rupa. Sebagai contoh, jumlah pampasan kematian ( RM10k atau RM100k atau RM 1 juta ) yang tinggi adalah perlu bagi seorang ketua keluarga. Rasionalnya amaun pampasan ini berupaya menangung keperluan keluarga selaras dengan tanggungjawab seorang ketua keluarga. Sebaliknya amaun pampasan kematian yang kecil lebih sesuai untuk seorang bayi.

Begitu juga lah dalam membuat pemilihan pakej kad perubatan. Bagi seorang ayah, mungkin tidak perlu untuk mengambil pakej kad perubatan yang tinggi dibandingkan keperluan bagi seorang bayi yang baru lahir. Alasan munasabah ialah seorang dewasa mempunyai tahap imun yang lebih kuat dan kurang berisiko berbanding seorang bayi yang baru lahir.

Lain-lain ciri yang ada dalam pakej ini seperti :

  1. plan berkaitan pelaburan ( menjanjikan nilai tunai/simpanan )
  2. rider-rider/ manfaat tambahan boleh ditambah atau digugurkan mengikut keperluan semasa
  3. tempoh masa yang lebih panjang

Walaubagaimanapun, pakej sebegini lebih mahal berbanding pakej takaful keluarga ( kelompok ).

Pakej takaful keluarga ( kelompok )
Selain dari kelebihan harga yang lebih murah, plan ini pada saya tidak mempunyai tarikan manfaat yang menarik.

Sebab…semuanya telah dipakejkan sekaligus tanpa mengambilkira keperluan tertentu ahli keluarga. Lagipun pakejnya hanya tertakluk kepada tempoh masa yang sangat singkat ( setahun sahaja ) & kemudiannya bergantung kepada pengendali takaful untuk membuat pembaharuan polisi. Salah satu prinsip insurans/ takaful ialah tidak akan melindungi penyakit sedia ada peserta. Jadi, bayangkan jika anda telah menghidapi penyakit pada tahun 2013. Apabila masuk 2014, plan anda tersebut perlu diperbaharui. Oleh kerana faktor usia, anda membuat pilihan untuk mencari plan yang serupa dari syarikat lain pada kadar sumbangan yang lebih murah. Risiko yang bakal anda hadapi kelak ialah penyakit sedia ada tidak lagi dilindungi.

Bukan sahaja tidak dilindungi, andaikata anda sekeluarga tidak membuat tuntutan pada tahun semasa ( tak sakit & tak claim ), duit sumbangan bulanan anda tersebut akan hangus begitu sahaja. Walaubagaimanapun, plan ini masih membantu sekiranya anda atau ahli keluarga pernah mempunyai sejarah penyakit . Pengunderwraitan ( proses meluluskan ) dalam pakej ini lebih mudah dan longgar berbanding pakej takaful keluarga ( individu ).

Nasihat saya. Jika anda mampu untuk memperuntukkan sekurang-kurangya RM100/individu setiap bulan, anda boleh mempertimbangkan plan takaful keluarga ( individu ).

Namun jika tidak mampu, anda masih boleh memilih plan takaful keluarga ( kelompok ).

Ps : Anda lebih tahu keperluan dan kemampuan sendiri. Dapatkan info yang betul dan buatlah pertimbangan sewajarnya.

Antara 30 Gelas Teh Ais & Pampasan Mati RM150,000

Teh ais ni dah jadi minuman rutin hampir sebahagian rakyat malaysia. Tak minum waktu sarapan pagi, mungkin waktu makan tengahhari. Tak pun waktu berborak dengan kawan di warung makan.

cerita pampasanYa , jadi apa kaitan teh ais dengan artikel kali ini? .Dalam artikel ini, saya ingin mengajak saudara pembaca terutama yang belum lagi merancang bahagian pengagihan kekayaan apabila telah meninggal dunia nanti untuk melihat bagaimana teh ais boleh membantu kewangan keluarga. Yup..Maksud saya perancangan setelah anda mati. Kita memang perlu merancang dalam setiap tindakan. Nak mati pun kena merancang.Gagal merancang bererti merancang untuk gagal.

Pernah tak anda menyenaraikan segala hutang piutang semasa yang ada?

Pernah tak anda terfikir sekiranya sekejap lagi masa terakhir menghembuskan nafas, apa yang ingin anda tinggalkan untuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang anda sayangi?

Jika belum, ini masanya anda bertindak. Anda perlu senaraikan segala liabiliti kewangan yang dimiliki. Hutang pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, hutang kad kredit, hutang amalan-amalan ibadah, hutang dengan kawan-kawan, hutang ptptn dan segala hutang yang ada. senaraikan dulu.

Dari jumlah hutang tersebut, anda akan sedar 1 perancangan besar perlu dilakukan jika anda bakal meninggal dunia.

Percaya atau tidak, anda bakal meninggalkan bebanan yang tinggi kepada orang yang anda sayangi sekiranya kesemua hutang tersebut tidak dilunaskan.

Kejap…

Kalau tiada hutang?

Oh… Tak berhutang tidak bermakna anda tidak perlu merancang. Anda boleh merancang meninggalkan sejumlah wang untuk meringankan kesedihan orang yang tersayang.

Lihat gambarajah ini. Lihat bagaimana tabiat mengurangkan 1 gelas teh ais sehari bakal menyediakan orang yang anda sayangi dengan sejumlah wang pampasan RM150,000.

promo-teh-ais1

Dengan mengurangkan tabiat meminum segelas air yang berharga RM1.50 setiap hari, anda bakal mengumpulkan sejumlah RM45 sebulan. Amaun ini sebenarnya sudah cukup untuk melayakkan anda dengan 1 plan dari syarikat takaful.

Ingin tahu lebih lanjut tentang plan ini? Boleh hubungi saya terus.

ps: selamat merancang

Beli Insurans, Buang Duit?

Artikel ini khas buat rakan-rakan yang masih belum ada plan insurans/takaful yang komprehensif mahupun yang belum terfikir untuk mendapatkannya.

Tak perlulah saya ulangi berkali-kali tentang peri pentingnya plan perlindungan dalam hidup kita. Saya yakin kita semua tahu apa yang pasti dalam hidup ialah kematian. Tidaklah dilewatkan ataupun diawalkan walau sesaat pun kematian itu. Justeru persediaan kita menghadapi kematian lah yang patut menjadi persoalan. Bukannya masa yang dipersoalkan kerana ia pasti.

 
Photobucket

Namun, tak semua yang sedar tentang perkara ini. Bag mereka, hidup mereka akan lebih lama. Umur mereka akan lebih panjang. Justeru mereka tidak kisah pun siapa yang mereka akan tinggalkan kelak. Apa yang mereka akan tinggalkan kelak. Pada mereka, selagi nyawa dikandung badan, mereka harus memikirkan dan memperuntukkan wang mereka pada pelaburan. Kononnya untuk masa depan.

Yup,itu betul! Tak dinafikan. Namun, bayangkan jika impian kita melabur untuk mendapatkan RM1 juta pada umur 60 tahun terkubur pada umur 50 tahun. Kita disahkan menghidapi penyakit kriikal seperti masalah jantung, otak, kanser dan kegagalan buah pinggang. Yakinkah yang kita tidak sesekali akan menggunakan duit pelaburan yang belum matang tersebut? Impian mendapat 1 juta juga akan terkubur kerana di waktu itu kita harus membelanjakan segala harta yang kita ada untuk melanjutkan hayat yang ada.

Lebih sadis apabila usaha kitapada [Read more…]