Bronkitis, Pneumonia & Plan Pendidikan Dalam Takaful

Selama 3 tahun lebih saya menjadi agent takaful, 2 penyakit ini ( bronkitis dan pneumonia ) kerap menjadi punca utama client-client saya menggunakan kad perubatan.

Boleh saya katakan hampir setiap bulan mesti ada je client saya yang menggunakan kad perubatan untuk rawatan anak-anak mereka di hospital swasta. Puncanya ialah penyakit bronkitis ataupun pneumonia.

Kenapa ?

Saya bukannya doktor. Hehehe. Tapi saya boleh katakanlah apabila baby sedang dalam proses pembesaran, sistem imunisasi mereka sedang diperkasakan.  Ayat….susah nak cari perkataan yang sesuai. Jadi kes demam ni toksah dok cakap la kan, mesti akan berlaku punya. Demam, batuk dan selsema

Dulu-dulu, kalau kes demam bagi baby ni takde le melarat sampai kena tahan wad. Mungkin sebabnya dulu jauh nak ke hospital. Sekarang mudah. Boleh kata semua orang dah ada kereta. Bila nampak anak batuk teruk, solusi pertama ialah mencari pusat rawatan. Klinik dan hospital.

Antara kes bronkitis dan pneumonia client saya :

Claim Pneumonia

Claim Bronkitis

claim bronkitis

Kalau nak dihitungkan, saya anggarkan purata bagi kos rawatan untuk penyakit ni di hospital-hospital swasta antara RM1500 – RM3000. Nampak je macam kes kecik kan? Tapi itulah hakikat yang perlu ditelan.

Orang kata, apalah sangat demam sikit-sikit tu. Tak payahlah nak ke hospital. Amboi…Lain padang, lain belalang. Usah peduli orang kata, kalau mampu apa salahnya dapatkan rawatan yang lebih baik untuk anak kan? Kalau tak mampu, terpaksalah berikhtiar cara lain.

Justeru, saya sangat mencadangkan semua pembaca ( yang dah dapat title ibu bapa ) untuk cepat-cepat mendaftar plan takaful pendidikan yang serba lengkap ni. Bukan sekadar simpanan untuk pendidikan bahkan menjadi sumber utama untuk membiayai kos rawatan perubatan yang mahal apabila keadaan memerlukan.

Ps : Ingin dapatkan quotation untuk anak-anak, boleh klik “quotation percuma” di sebelah kanan.

Kad Perubatan HealthEnrich Vital : Satu Permulaan

HealthEnrich Vital atau HEV ni merupakan antara salah satu pakej kad perubatan terbaru yang diperkenalkan oleh PruBSN Takaful. HEV ialah pakej kad perubatan permulaan pada kadar sumbangan yang lebih murah berbanding dengan pakej kad perubatan PruBSN Takaful sedia ada.

Ini manfaat yang ditawarkan dalam pakej Kad Perubatan ini :

kad perubatan healthenrich vital

kad perubatan healthenrich vital – rujuk sumber

Sesuai dengan sasaran, inilah plan kad perubatan yang boleh anda pertimbangkan jika anda baru sahaja memulakan hidup di alam kerjaya.

Kekurangan manfaat dalam plan ini berbanding pakej kad perubatan sedia ada ( TakafulHealth 2 ) ialah :

  1. tiada pilihan ‘full coverage’ dimana peserta akan menanggung kos 10% dari bil perubatan ( min RM400 )
  2. tiada manfaat rawatan bagi rawatan dialisis buah pinggang
  3. Had tahunan & seumur hidup yang lebih rendah.

Namun sedikit penambahan dari plan sedia ada ialah tempoh masa bagi rawatan pesakit luar telah ditambah dari 30 hari sebelum kepada 90 hari sebelum.

Dah murah, tentulah banyak manfaat yang harus diseimbangkan. Tak gitu ?

Jika anda ingin tahu lebih lanjut atau ingin mengetahui harganya , isikan borang quotation supaya saya dapat sediakan 1 plan cadangan yang bersesuaian. Oh ya. Sudah tentulah PERCUMA 🙂

Staff Kerajaan Tak Perlu Medical Card?

Pada mulanya saya agak terkejut apabila diberitahu rakan saya, seorang pegawai tinggi angkatan tentera bergelar datuk juga terpaksa beratur mengikut giliran di institut jantung negara bagi mendapatkan rawatan “bypass”. Bukankah beliau pernah menjadi seorang hero negara? Namun kenapa masih tidak diberikan layanan yang lebih istimewa.

Itu bukan satu cerita sahaja yang saya dapat. Masih banyak lagi yang merungut apabila terpaksa bersesak dengan orang ramai bagi mendapatkan rawatan perubatan dari hospital-hospital kerajaan yang bermutu tinggi. Walaupun mereka pegawai kerajaan, namun mereka tidak terkecuali dari situasi kesesakan giliran rawatan.

 

Ia satu realiti. Walaupun mereka pegawai kerajaan yang mempunyai pendapatan besar, ramai memilih untuk terus bersesak dengan rakyat bawahan yang tiada pendapatan semewah mereka. Saya tidak ingin menyinggung perasaan mana-mana pihak, namun sedih apabila melihat ramai keluarga kenalan saya yang tidak mempunyai wang yang banyak terpaksa bersesak dengan pegawai-pegawai kerajaan dalam mendapatkan rawatan perubatan. Bukankah mereka yang menjawat jawatan awam patut diberikan kelonggaran dan rawatan yang lebih istimewa seperti di hospital-hospital swasta?

Apabila sakit menjengah, manusia sanggup berhabisan untuk merawat dan mendapat kembali kesihatannya. Pada saat tersebut, wang tidak akan menghalang keperluan mereka pada rawatan. Ada yang bergolok gadai harta warisan, ada juga yang terpaksa menjual segala aset pencarian, bahkan ada juga yang meminjam dan mengemis simpati orang ramai. Itu semua bukannya kesalahan. Orang yang sakit pada saat tersebut mungkin tidak akan menghadapi kesukaran ini. Mereka barangkali sedang berehat di atas katil menanti rawatan. Namun ‘sakit’ sebenar dihidapi oleh insan-insan yang mereka kasihi. Kesukaran yang saya sebutkan di atas ditanggung oleh isteri, suami, anak-anak, ibu bapa mereka.

Keadaan bertambah parah jika mereka yang sakit terus pergi meninggalkan dunia ini. Sudahlah bergolok gadai harta sehingga habis, insan-insan yang mereka tinggalkan ini akan menghadapi saat yang lebih sukar dari kematian. Mari kita bayangkan. Bagaimanakah keadaan anak -anak kita di saat semua harta telah habis dibelanjakan untuk perubatan kita? Bagaimana pula isteri kita berusaha membantng tulang mencari rezeki sesuap nasi setelah semua pendapatan yang pernah kita hulurkan dulu kini hilang buat selama-lamanya? Bagaimana pula keadaan ibu bapa kita yang semakin berusia terpaksa melupakan impian dipelihara anaknya sewaktu usia tua? Dan pelbagai lagi…

Alangkah baiknya jika sewaktu kita sakit nanti, :

  1. duit simpanan tidak diusik untuk rawatan perubatan
  2. mendapat rawatan perubatan istimewa dari hospital yang istimewa. Kos pula ditanggung pihak ketiga tanpa perlu menyusahkan keluarga
  3. jika rawatan gagal, dan kita mati. Insan yang kita tinggalkan tidak perlu bersusah hati mencari rezeki dalam tempoh 5 tahun mendatang

Segala-galanya boleh dicapai dengan tindakan kecil hari ini. Jika sebelumnya kita selalu menyimpan wang di bank, ayuh mulakan simpanan tambahan di takaful pula. Dengan amaun simpanan yang sama, kita sebenarnya memberikan nafas kelegaan kepada ahli keluarga kita kelak.

Kad Perubatan / Medical Card Takaful menawarkan :

  • Tanggungan kos perubatan minima RM100,000 setahun maksima RM1,150,000 setahun
  • Tanggungan kos perubatan Unlimited seumur hidup
  • Bilik penginan hopital dari RM150/hari
  • Tiada ko Takaful
  • Rawatan pesakit luar dari 60 hari sebelum dan 120 hari selepas rawatan
  • Bantuan perubatan kecemasan
  • Banyak hospital panel
  • Tidak perlu deposit
  • Percuma caruman seumur hidup apabila disahkan menghidap penyakit kritikal

Ps : saya sudah, anda bagaimana?